Amar Makruf Nahi Mungkar (menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran)
Islam datang dan mengeluarkan manusia daripada kegelapan jahiliah kepada cahaya Ilahi
Kita semua adalah pemimpin. Maka dengan itu marilah kita cuba lakukan sesuatu kepada mereka yang di bawah pimpinan kita samada dengan mengajak mereka ke arah kebaikan atau melarang mereka daripada melakukan sebarang kerosakan. Semoga segala usaha kita akan diberkati oleh Allah dengan ganjaran kehidupan yang berjaya di dunia dan akhirat.
surah 103:AL-A’SHR
وَالْعَصْرِ – إِنَّ الإِنسَـنَ لَفِى خُسْرٍ – إِلاَّ الَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّـلِحَـتِ وَتَوَاصَوْاْ بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْاْ بِالصَّبْرِ
Demi masa,
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
Hadis:
Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara yang lain;
1. Kaya sebelum miskin
2. Sihat sebelum sakit
3. Muda sebelum tua
4. Lapang sebelum sibuk
5. Hidup sebelum mati
Buatlah amal kebajikan sebanyak mungkin sementara kita masih menikmati ke lima-lima perkara ini sebelum kita ditimpa perkara yang sebaliknya.
Masa itu Emas
Ayuh! Kawan-kawan di luar sana
Mari berganding bahu,
bekerjasama
Nyahkan maksiat yang melata
di sekeliling kita semua
Lakukan dengan bijaksana
Agar impian terlaksana
Negara aman, makmur, bahagia
Ayuh semua
Jangan membuang masa
Masa itu emas, tidak menanti kita
Pesanan
Kepada ibu-bapa di luar sana
Tunaikanlah tanggungjawab bersama
Mendidik anak-anak yang diamanahkan kepada kita
Agar menjadi insan yang berguna
Hayatilah hadis ini:
Didiklah mereka dengan nilai-nilai Islam dengan berpandukan Al-Quran dan Sunnah
Kewajipan terhadap masyarakat
Dalam negara maupun antarabangsa
Menjadi tanggungjawab kita membela umat Islam walau di mana pun mereka berada.
Bantulah penduduk Gaza dengan menderma kepada Tabung Palestin dan memboikot barangan dari Israil dan sekutu-sekutunya.
Utamakan barang-barang tempatan dan produk orang Islam.










July 11, 2009 at 5:53 pm
salam.. saya benar2 tertarik dgn pdgn puan dlm WMC mengenai wanita berkerja. Saya setuju dgn puan sekalipun saya ni wanita berkerja. Sy dh lama bercita2 nk berhenti tp suami tdk menyokong…malah keluarga pun sama. tambah lg saya ada loan rumah. kdg2 saya kasihan dgn anak2…. bolehkah kita berkenalan?
tq-lina
July 12, 2009 at 9:33 am
Terima kasih kerana sudi berkenalan dgn saya dan juga bersetuju dgn pendapat saya walaupun Lina seorang yg bekerjaya. Sangat susah zaman sekarang yg ada stand spt Lina. Syabas!….Teruskan semangatmu demi anak-anak yg tercinta. Semoga Allah izinkannya di suatu hari..InsyaAllah…
January 3, 2011 at 12:12 am
[...] Home April 2008 2 comments 5 [...]