May 2008


SEJAK dahulukala umat manusia berbeza-beza dalam menilai masalah makanan dan minuman mereka, ada yang boleh dan ada juga yang tidak boleh. Lebih-lebih dalam masalah makanan yang berupa binatang. Adapun masalah makanan dan minuman yang berupa tumbuh-tumbuhan, tidak banyak diperselisihkan. Dan Islam sendiri tidak mengharamkan hal tersebut, kecuali setelah menjadi arak, baik yang dibuat dari anggur, korma, gandum ataupun bahan-bahan lainnya, selama benda-benda tersebut sudah mencapai kadar memabukkan.

Begitu juga Islam mengharamkan semua benda yang dapat menghilangkan kesedaran dan melemahkan urat serta yang membahayakan tubuh. Adapun soal makanan berupa binatang, inilah yang terus diperselisihkan dengan hebat oleh agama-agama dan golongan yang peka.

Menyembelih dan Makan Binatang Dalam Pandangan Agama Hindu

Ada segolongan, misalnya Golongan Brahmana (Hindu) dan Filsuf yang mengharamkan dirinya menyembelih dan memakan binatang. Mereka cukup hidup dengan memakan makanan dari tumbuh-tumbuhan. Golongan ini berpendapat, bahawa menyembelih binatang termasuk suatu keganasan manusia terhadap binatang hidup. Manusia tidak berhak untuk menghalang binatang daripada hidup.

Namun kita juga tahu dari hasil pengamatan kita terhadap alam ini, bahawa diciptanya binatang-binatang itu tanpa ada suatu tujuan, sebab binatang tidak mempunyai akal dan kehendak. Bahkan secara nalurinya binatang-binatang itu dicipta untuk memenuhi (khidmat) keperluan manusia. Oleh kerana itu bukan sesuatu yang pelik kalau manusia dapat memanfaatkan dagingnya dengan cara menyembelih, sebagaimana halnya dia juga dapat memanfaatkan tenaganya dengan cara yang lazim.

Kita pun mengetahui dari sunnatullah (ketentuan Allah) terhadap makhluknya ini, iaitu: golongan rendah biasa berkorban untuk golongan atas. Misalnya daun-daunan yang masih hijau boleh dipotong/dipetik buat makanan binatang, dan binatang disembelih untuk makanan manusia dan, bahkan, seseorang berperang dan terbunuh untuk kepentingan orang ramai. Begitulah seterusnya.

Haruslah diingat, bahawa dengan melarang manusia dari menyembelih binatang, tidak juga dapat melindungi binatang tersebut dari bahaya maut dan binasa. Kalau tidak bergaduh antara satu sama lain, dia juga akan mati dengan sendirinya; dan kadang-kadang mati dalam keadaan demikian itu lebih sakit daripada ketajaman pisau.

Binatang yang Diharamkan Dalam Pandangan Yahudi dan Nasrani

Dalam pandangan agama Yahudi dan Nasrani (kitab), Allah mengharamkan kepada orang-orang Yahudi beberapa binatang laut dan darat. Penjelasannya dapat dilihat dalam Taurat (Perjanjian Lama) fasal 11 ayat 1 dan seterusnya.

Dan oleh al-Ouran disebutkan sebahagian binatang yang diharamkan buat orang-orang Yahudi itu serta alasan diharamkannya, iaitu seperti yang disebutkan di atas, bahawa diharamkannya binatang tersebut adalah sebagai hukuman berhubung kezaliman dan kesalahan yang mereka lakukan. Firman Allah yang bermaksud,

“Dan kepada orang-orang Yahudi kami haramkan semua binatang yang berkuku, dan dari sapi dan kambing kami haramkan lemak-lemaknya, kecuali (lemak) yang terdapat di punggungnya, atau yang terdapat dalam perut, atau yang tercampur dengan tulang. Yang demikian itu kami (sengaja) hukum mereka. Dan sesungguhnya Kami adalah (di pihak) yang benar.” (al-An’am: 146)

Demikianlah keadaan orang-orang Yahudi. Sedangkan orang-orang Nasrani sesuai dengan ketentuannya harus mengikuti orang-orang Yahudi. Kerana itu Injil menegaskan, bahawa Isa a.s. datang bukan untuk mengubah hukum Taurat (Namus) tetapi untuk menyempurnakannya.

Namun pada kenyataannya, mereka telah mengubah hukum Taurat itu. Apa yang diharamkan dalam Taurat telah dihapus oleh orang-orang Nasrani ,tanpa dihapus oleh Injilnya. Mereka mahu mengikuti Paul yang dipandang suci itu dalam masalah halalnya semua makanan dan minuman, kecuali yang memang disembelih untuk berhala kalau dengan tegas itu dikatakan kepada orang Kristian: “Bahawa binatang tersebut disembelih untuk berhala.”
Paul memberikan alasan, bahawa semua yang suci halal untuk orang yang suci, dan semua yang masuk dalam mulut tidak dapat menajiskan mulut, yang dapat menajiskan mulut ialah apa yang keluar dari mulut.
Mereka juga telah menghalalkan babi, sekalipun dengan tegas babi itu diharamkan oleh Taurat sampai hari ini.

Menurut Pandangan Orang Arab Jahiliah

Orang-orang Arab jahiliah mengharamkan sebahagian binatang kerana kotor, dan sebahagiannya diharamkan kerana ada hubungannya dengan masalah peribadatan (ta’abbud), kerana untuk bertaqarrub kepada berhala dan kerana mengikuti anggapan-anggapan yang salah (waham).
Tetapi di sebalik itu, mereka banyak juga menghalalkan beberapa binatang yang kotor (khabaits), seperti bangkai dan darah yang mengalir.

Makanan Yang Haram Dalam Islam

Allah berfirman yang bermaksud,

“Allah hanya mengharamkan kepada kamu bangkai, darah ,daging babi dan binatang yang disembelih bukan kerana Allah….” (al-Baqarah :173)

Jenis-jenis bangkai:

1. Binatang yang mati kerana dicekik

2. Binatang yang mati kerana dipukul

3. Binatang yang jatuh dari tempat yang tinggi, seperti ke dalam perigi, sehingga mati

4. Binatang yang bergaduh antara satu sama lain sehingga mati

5. Binatang yang disergap oleh binatang buas dengan dimakan sebahagian dagingnya

sehingga mati

Namun belalang, ikan dan kehidupan laut yang sepertinya dikecualikan dari kategori bangkai. Sabda Nabi SAW yang bermaksud,

“ Laut itu airnya suci dan bangkainya halal.”

( Riwayat Ahmad dan ahli sunnah)

Darah yang mengalir:

Limpa, walaupun adalah merupakan darah tetapi tidak diharamkan kerana ia bukan darah mengalir yang diharamkan.

Orang –orang jahiliah dahulu kalau lapar, diambilnya sesuatu yang tajam dari tulang ataupun lainya, lantas ditusukkannya kepada unta atau binatang dan darahnya yang mengalir itu dikumpulkan lalu diminum.

http://www.DuniaHerba.net/saramsa

Dipetik dari buku Halal Dan Haram Dalam Islam

Satu lagi artikel hasil dari bengkel penulisan yang saya sertai tempoh hari. Artikel ini ditulis dengan tujuan untuk dijadikan bahan pamplet dan diedarkan ke masyarakat majmuk. Bukan untuk bacaan orang Islam sahaja tetapi untuk tatapan umum. Sebenarnya artikel ini perlu diedit lagi supaya ia betul-betul sesuai dijadikan bahan bacaan masyarakat majmuk.

Rukun Islam

SESEORANG boleh bertukar dari seorang kafir menjadi seorang muslim dengan hanya mengucap kalimah syahadah yang bermaksud,

“ Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah”.

Walau bagaimana pun kalimah ini tidak akan membawa perubahan yang besar jka sekadar menyebut saja. Perlu ada usaha untuk memahaminya, meyakininya dan menghayatinya. Setelah ini barulah seseorang itu telah dikatakan beriman.

Firman Allah yang bermaksud,

Orang-orang Arab Badwi itu berkata: “Kami telah beriman“. Katakan (kepada mereka): “Kamu belum beriman, tetapi katakanlah “kami telah tunduk”, kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasulnya, Dia tidak akan mengurangi sedikit pun (pahala) amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

( al-Quran surah al-Hujerat ayat 14)

Mereka yang ingin menjalani kehidupan sebagai seorang muslim maka wajib bagi nya mengimani Rukun Iman seperti mana yang disebut dalam al-Quran surah al- Baqarah ayat 285 yang bermaksud,

Dan mereka yang beriman, semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari Rasul-rasulNya”.

Rukun Iman ada 6 perkara:

1. Beriman kepada Allah

Apabila kita melafazkan kalimah syahadah “Tiada Tuhan melainkan Allah….”; perkatan Allah dalam kalimah ini bererti Tuhan. Dialah Tuhan yang merupakan Tuan, Pencipta, Pemberi Rezki dan berbagai-bagai lagi. Kita mengakui bahawa Allahlah Pencipta alam semesta ini, tanpa bersekutu dengan kuasa-kuasa lain. Hanya Dia sajalah yang berhak disembah.

Mereka yang beriman kepada Allah, keimanannya mendorongnya untuk mentaati Allah. Mereka menjauhi setiap pekerjaan yang ditegah Allah, seperti manusia menjauhi menggenggam batu panas neraka dalam tangannya. Mereka bersegera mengerjakan amal yang diredhai Allah, sebagaimana manusia bersegera untuk mencari harta. Mereka itulah orang mukmin sebenar.

2. Beriman Kepada Rasul

Nabi yang disebut dalam al-Quran adalah sebanyak 25 orang. Kita wajib mempercayai kesemua mereka. Mereka diutus oleh Allah kepada semua umat manusia untuk menyampaikan ajaran Islam. Kita beriman kepada Rasul dengan membenarkan apa yang dikhabarkan kepada kita. Kita juga beriman kepada Rasul dengan mendengarkan kata-katanya, mematuhi ucapannya, tunduk kepada perintahnya dan meneladani contohnya dalam setiap sudut kehidupan mereka. Kita juga wajib beriman bahawa Nabi Muhammad adalah Rasul yang terakhir.

3. Beriman kepada Malaikat

Kita wajib mengakui bahawa malaikat itu wujud. Para malaikat itu adalah hamba yang mulia. Mereka suci dari kesalahan dan dosa. Mereka adalah makhluk nurani (diciptakan daripada cahaya). Mereka bukannya seperti manusia yang makan, minum, tidur, mempunyai jantina lelaki atau perempuan. Mereka berada di alam lain, serta tidak mempunyai ciri seperti manusia yang berjasad dan mempunyai fizikal.

4. Beriman kepada Kitab

Kita hendaklah percaya bahawa semua Kitab yang datang dari sisi Allah ta’ala adalah benar. Selain dari al-Quran, kita wajib percaya Allah juga menurunkan kitab-kitab yang lain. Allah telah memberitahu kita nama-nama sebahagian kitab-kitab ini seperti lembaran-lembaran Ibrahim A.S, Taurat yang di turunkn kepada Musa A.S, Zabur kepada Daud A.S dan Injil yang telah di datangkan kepada Isa A.S. Kesemua kitab Ilahi ini, kecuali al-Quran, telah diubah dan ditokok tambah. Hanya al-Quran al-Karim yang masih dalam bentuk asalnya dan ia mengandungi semua petunjuk yang terdapat di dalam kitab-kitab yang terdahulu.

Allah berfirman yang bermaksud,

“Dan mereka yang beriman semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya dan Rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata):”Kami tidak membezakan antara seseorang dengan yang lain dari Rasul-rasul-Nya.”

5. Beriman kepada Hari Akhirat

Seluruh nabi telah mengkafirkan mereka yang tidak atau ragu-ragu mempercayai akanHari Kiamat. Apa yang wajib kita percayai dengan hari itu ialah:

  • Allah akan meleburkan alam dan segala kehidupan yang ada di dalamnya pada suatu hari yang dikenal sebagai Hari Akhirat
  • Kemudian, Allah menghidupkan mereka semula dan mengumpulkan mereka di hadapan-Nya. Ini adalah perhimpunan dan kebangkitan
  • Kemudian, Allah menghadapkan mereka di hadapan mahkamah-Nya untuk di nilai semua pekerjaan mereka yang baik atau yang jahat, selama mereka hidup di dunia, tidak kurang dan tidak lebih
  • Akhir sekali mereka yang di ampuni-Nya di masukkan ke dalam syurga dan mereka yang di hukum di masukkan ke dalam api neraka.

6. Beriman kepada Qada’ dan Qadar

Qadar adalah ketetapan tertentu yang di tentukan oleh Allah Taala kepada sesuatu perkara. Ketetapan tersebut terlaksana berdasarkan peraturan yang telah di tetapkan oleh Allah untuk perjalanan alam ini. Terdapat takdir yang baik dan takdir yang buruk. Allah telah memberi kita petunjuk, pendengaran, penglihatan dan akal supaya dapat membezakan antara takdir yang baik untuk kita manfaatkan dan takdir buruk supaya kita jauhinya.

Mereka yang beriman dengan takdir mengetahui bahawa setiap yang wujud di alam ini berfungsi menurut hikmah yang Maha Tinggi. Apabila ditimpa perkara buruk, dia tidak akan gelisah. Apabila mendapat kejayaan dan kemenangan, dia tidak akan bongkak.

Apabila kita berikrar bahawa Allah sebagai Tuhan dan membenarkan kitab-Nya dan Muhammad S.A.W sebagai utusan-Nya, maka wajib bagi kita mematuhi setiap ajaran yang di sampaikan kepada kita yang terkandung di dalam al-Quran.

Kita di tuntut mengimani kesemua rukun Iman ini dan menyempurnakan Islam kita dengan bertindak atau beramal sesuai dengan keimanan kita.

coretan oleh:

http://saramsa.wordpress.com

http://www.DuniaHerba.net/saramsa

Pada hujung minggu lepas saya menyertai satu bengkel tulisan. Salah satu aktiviti yang dijalankan ialah menghasilkan satu artikel pasal HUJAN. Kami dikehendaki menulis berpandukan tips-tips yang diberi. Berbagai-bagailah stail penulisan yang dihasilkan. Tajuk artikel juga adalah mengikut citarasa sendiri.

Inilah hasil tulisan saya yang bertajuk seperti di atas.

SALAH seorang dairipada anak saya pernah bertanya, “ Kenapa air laut ni masin ek?“. Rupanya dia tertelan air laut ketika sedang mandi . Umurnya masih kecil pada masa itu.

Mengapa pula anak saya ingin bertanya soalan seperti itu, berdetik hati kecil saya. Memang benar jikalau diperhatikan air hujan yang turun apabila dirasa tawar sahaja rasanya. Allah itu Maha Besar , air yang diturunkan dari langit walaupun rasanya tawar tetapi apabila jatuh ke bumi rasanya boleh berubah-ubah. Jika ia menjadi air laut maka masinlah rasanya. Jika terkumpul di paya rasanya menjadi payau pula tetapi jika turun di bukit , jadilah ia seperti air mineral yang dibotolkan.

Hujan adalah antara nikmat-nikmat Allah yang banyak yang di perlukan oleh tubuh manusia seperti udara untuk pernafasan, makan dan minum , tempat tinggal, pakaian, tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang dan lain-lain nikmat yang tidak terhitung jumlahnya. Proses pembentukan air hujan dari wap air yang ringan lalu dibawa oleh awan mendung yang berarak ke sana ke mari dan akhirnya diturunkan sebagai hujan yang menyiram bumi sangatlah menakjubkan. Firman Allah yang bermaksud

Furqan [48]……dan Kami menurunkan dari langit: Air yang bersih suci, [49] [49] Untuk Kami hidupkan dengan air itu bumi yang mati, serta memberi minum air itu kepada sebahagian dari makhluk-makhluk Kami, khasnya binatang ternak yang banyak dan manusia yang ramai.

Bumi yang basah menghidupkan tumbuhan-tumbuhan yang subur untuk segala kehidupan di muka bumi. Cuba bayangkan kehidupan kita tanpa adanya air hujan. Bagaimana agaknya kita menjalani kehidupan di atas muka bumi ini ?

coretan oleh:

http://saramsa.wordpress.com

http://www.DuniaHerba.net/saramsa


Dalam satu penyelidikan ilmiah yang dilaporkan oleh sebuah majalah sains terkenal, Journal of plant Molecular Biologist, menyatakan bahwa sekumpulan saintis yang mengadakan penyelidikan mendapati ada suara halus yang keluar dari sebahagian tumbuhan yang tidak boleh didengar oleh telinga biasa. Suara tersebut berjaya disimpan dan dirakam dengan sebuah alat perakam tercanggih yang pernah ada.


Para saintis itu telah meneliti fenomena yang mencengangkan ini selama 3 tahun. Mereka berjaya menganalisis denyutan atau detak suara tersebut sehingga menjadi isyarat-isyarat yang bersifat cahaya elektrik dengan sebuah alat yang bernama Oscilloscope. Akhirnya para saintis tersebut dapat melihat denyutan cahaya elektrik itu berulang lebih dari 1000 kali dalam satu detik.
Prof. William Brown yang mengetuai para pakar sains bagi mengkaji fenomena tersebut merumuskan, setelah selesai kajiannya, bahwasanya tidak ada penafsiran ilmiah atas fenomena tersebut, walaupun beliau telah menyerahkan hasil kajiannya kepada universiti- universiti serta pusat-pusat kajian di Amerika dan juga Eropah untuk diteliti , akan tetapi semuanya tidak sanggup menafsirkan fenomena itu bahkan semuanya tercengang tidak tahu apa yang harus dikomen.


Pada pembentangan terakhir, fenomena tersebut dihadapkan dan dikaji oleh para pakar dari Britan, dan diantara mereka ada seorang saintis muslim yang berasal dari India . Setelah 5 hari mengadakan penelitian dan kajian, para saintis Inggeris tersebut angkat tangan tanda mengalah. Tetapi sebaliknya saintis muslim tersebut mengatakan: “Kami umat Islam tahu tafsir dan makna dari fenomena ini, bahkan semenjak 1400 tahun yang lalu”.
Maka para saintis yang hadir pun tersentak dengan penyataan tersebut, dan meminta bersungguh-sungguh untuk ditunjukkan tafsir dan makna dari kejadian itu.
Saintis muslim itu pun terus memetik firman Allah:


”Dan tidak ada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun” (QS. Al-Israa’: 44)


Tidaklah suara denyutan itu melainkan lafadz jalalah (nama Allah Azza wa Jalla) sebagaimana dilihat dalam layer (Oscilloscope). SubhanalLaah, Maha Suci Allah! Ini adalah salah satu mukjizat dari sekian banyak mukjizat agama yang haq ini!! Segala sesuatu bertasbih menggunakan nama Allah Jalla wa ‘Ala. Akhirnya orang yang bertanggungjawab terhadap penyelidikan ini, yaitu Prof. William Brown menemui saintis muslim itu untuk membincangkan tentang agama yang dibawa oleh seorang Nabi yang ummi sebelum 1400 tahun lalu tentang fenomena ini. Maka saintis tersebut pun menerangkan kepadanya tentang Islam, setelah itu ia menghadiahkan alQur’an dan terjemahannya kepada professor tersebut.


Selang beberapa hari selepas itu, ketika professor William mengadakan ceramah di universiti Carnich Miloun, beliau mengatakan: “Dalam hidupku, aku belum pernah menemui fenomena seperti ini selama 30 tahun berkecimpung dalam pekerjaan ini, di mana tidak ada seorang pun dari para pengkaji yang melakukan kajian yang mampu menafsirkan makna sebenar dari fenomena ini. Begitu pula tidak pernah aku berjumpa kejadian alam yang satu-satunya tafsir yang boleh kita dapati adalah didalam alQur’an. Hal ini tidak memberikan pilihan lain buatku selain mengucapkan, “ Aku bersaksi bahwa tidak ada ilah yang haq melainkan Allah, dan bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya”.
P
rofessor ini telah mengumumkan Islam nya di hadapan para hadirin .

http://www.DuniaHerba.net/saramsa

Dipetik dari Majalah QIBLATI edisi no. 11 tahun 2006/1427 H
Allahu Akbar !!
Maha Benar Allah dengan Segala FirmanNya.