March 2009



peoplepeople1people2ksppjanak

Afnan (anak saya) and Gang:

Tahun 2008 – asyik bermain video game di mana saja dia berada.

Tahun 2020 -  apakah pula hobinya nanti?

Tahun  2100 – di mana agaknya dia berada, di alam ghaib atau masih di alam nyata?

3 soalan yang perlu ditanya oleh setiap insan yang bergelar manusia:

1. Dari mana saya datang?

2. Ke manakah akhirnya akan saya pergi?

3. Untuk apakah saya hidup di atas bumi ini?

Jikalau ketiga-tiga persoalan ini mampu dijawab oleh anda maka dengan sendirinya anda akan dapat melihat dengan jelas hala tuju dan jalan yang perlu diambil dalam kita menjalani kehidupan di dunia yang fana ini. (more…)

1 syawal 1429H sekali lagi kami membuat perjalanan pulang ke Ipoh. Pada tahun lepas kami balik ke Ipoh juga sama seperti tahun ini, selepas selesai solat Eidil Fitri. Namun pada tahun ini kami hanya sempat balik semalam sahaja kerana keesokan harinya terpaksa ke KLIA untuk perjalanan ke Mesir. Tujuan kami ke Ipoh hanyalah untuk menghantar anak bongsu saya  untuk ditinggalkan dengan emak saudaranya ketika ketiadaan kami.

2 syawal (bersamaan 2 oktober 2008 ) bermulalah jaulah kami ke Mesir. Hari itu sebelum bertolak ke KLIA kami anak beranak singgah di kubur orangtua saya. Sudah hampir 10 tahun saya tidak menziarahi kubur mereka.

Catatan perjalanan:

2 Oktober ~  5.00 ptg - kami bertolak dari Ipoh selepas menziarahi pusara bapa dan emak.
~ 8.30 mlm – kami singgah di R&R Dengkil untuk makam malam serta solat  jamak Maghrib dan Isyak.
~ 9.30 mlm- kami tiba di Airport KLIA. Selepas bersalam-salaman dengan anak -anak   yang akan meneruskan perjalanan balik  ke Johor  kami pun masuk ke dewan berlepas untuk urusan
check-in dan pertukaran wang.
3 oktober ~   2.00 pg – kami menaiki kapalterbang  ke Dubai. Kami tiba di Airport Dubai lebih kurang pukul 4.30 pg (waktu Dubai ). Kami solat Subuh di situ. Sambil menunggu  penerbangan seterusnya ke
Mesir kami diberi ” free refrseshment “  di Cafe Gate 117. Namun bukan semua penumpang layak mendapatkannya. Hanya mereka yang masa transitnya selama 4 jam dan keatas  sahaja yang dibenarkan makan percuma ini.  Kami diberi beberapa biji samosa comel yang panas , sekeping kek dan segelas fresh oren setiap seorang. Sambil menikmati sarapan kami itu, kami memerhatikan mereka yang berada di sekeliling dan kami dapati bukan semua  orang mendapat menu yang sama seperti kami. Kami membuat andaian mungkin makanan yang diberi percuma itu bergantung kepada berapa lama kita transit di Dubai. Walau apa pun sarapan pagi yang kami dapat cukup mengeyangkan.
~   8.50pg – ( ini waktu Dubai ) Setelah menunggu selama 4 jam lebih sedikit kami  pun menaiki
kapalterbang meneruskan perjalanan ke Cairo. Penerbangan ini mengambil masa lebih kurang 3 jam.
10.30 pg - Kami tiba di Airport Cairo. Pada hari itu balai ketibaan penuh sesak dengan  penumpang-penumpang dari pakej pelancongan. Ketibaan kami disambut oleh 2 orang student  Malaysia yang sedang menuntut di Cairo. Kami telah mengupah mereka sebagai pemandu pelancong kami.

(more…)