DARI 25 Januari hingga 13 Februari 2011 berlaku revolusi kebangkitan rakyat Mesir terhadap kerajaan yang memerintah. Tiap-tiap hari mereka berdemo menentang rejim Mubarak di beberapa bandar besar. Tiap-tiap  hari pula kita melihat beritanya di kaca TV dan internet. Pada masa itulah saya terkenangkan lawatan kami ke Mesir selama lebih kurang 8 hari pada tahun 2008.

Demo anti-kerajaan di Alex pada 11 Feb 2011

Kami hanya melawat bandar Kaherah (Cairo) dan Iskandariah (Alexandria) atau lebih dikenali dengan panggilan Alex. Kebanyakan masa kami berada di Alex, sebuah bandar yang sangat cantik yang mendapat jolokan “The Pearl of the Mediterranean”. Alex adalah bandar kedua terbesar di Mesir dan pelabuhannya yang terbesar.

Pada tahun itu suami  kena menghadiri seminar di Alex. Jadi dia telah mengambil kesempatan itu dengan membawa saya bersama dan menjadikannya sebagai percutian kami. Selama 5 malam di Alex kami telah menginap di Windsor Palace Hotel Alexandria, sebuah bangunan tua yang terletak di tepi laut.

Inilah tempat penginapan kami selama 5 malam

Tiap-tiap pagi kami bersarapan di dewan makannya yang terletak di tingkat enam hotel itu. Pemandangan dari situ sangat cantik sekali …… laut Mediteranian yang biru  kelihatan begitu tenang , sejuk mata memandang …..meminggiri pantai sejauh 32 km bandar Alex.

pemandangan daripada atas hotel

Antara tempat menarik yang kami kunjungi seperti kubu Sultan Qaitbay (Fort Qaitbey), Masjid Mursi Abdul Abbas, Universiti Alexandria, Amphitheatre, Bibliotheca Alexandrina (Library of Alexandria) dan Montazah Garden. Kami hanya menggunakan kenderaan awam (selain berjalan kaki) ketika pusing-pusing di  kota Alex. Semua jenis kenderaan kami mencuba ……… teksi, van ‘putih’, bas dan juga tram.

Berposing di depan Fort Qaitbey ...... keseluruhan bangunannya dibuat daripada batu-bata putih

Pemandangan dari atas Fort Qaitbey

Dari kubu kami hanya berjalan kaki ke Masjid Mursi Abdul Abbas.

Masjid Abdul Abbas .......perkarangannya dipenuhi dengan peminta-peminta sedekah

Agak menarik di Mesir ini terdapat peninggalan sejarah dari orang Rom, iaitu  Amphitheatre atau Roman Theatre yang terdapat di Alex. Ia adalah sebuah gelanggang terbuka yang berada di tengah-tengah dan dikelilingi tempat duduk penonoton, yang boleh memuatkan seramai lebih kurang 700-800 orang. Kawasan ini sebenarnya adalah muzium terbuka di mana kita boleh berjalan-jalan sambil melihat, menyentuh dan membaca maklumat-maklumat yang terdapat di situ.

Ketika berada dalam runtuhan binaan Amphitheatre

Amphitheatre di belakang kami.....struktur yang kelihatan berada di level bawah

Lagi satu tempat yang sangat menarik yang sempat dilawati di Alex ialah  Montazah Garden dan Montazah Palace. Ia terletak di satu kawasan berbukit batu yang menganjur ke laut Mediteranian ……… sangat cantik dengan taman bunga yang dijaga rapi dan kebun tamar yang subur.

Kebun kurma yang terdapat dalam taman ........ kebanyakan pokoknya sedang berbuah dengan lebat

Kawasannya sangat luas dan agak penat juga berjalan dari pintu masuk dan  bersiar-siar di dalam taman. Di dalam taman ini juga terdapat Istana Sultan Farouk, raja terakhir Mesir. Semasa pemerintahan Mubarak istana ini dijadikan sebagai “Rumah tetamu Presiden”

Montazah Palace ........tidak dibenarkan masuk, hanya boleh dilihat dari luar

Di bandar Alex ini juga terdapat sebuah perpustakaan yang baru dan  moden (dirasmikan pada  2002). Ia lebih dikenali dengan nama Bibliotheca Alexendrina atau dalam bahasa Arab Makatabat al-Iskandariah atau dalam bahasa Inggeris Library of Alexandria. Ianya bukan sekadar sebuah perpustakaan yang boleh memuatkan berjuta-juta buku sahaja, tetapi ia sebenarnya  adalah sebuah pusat mencari dan menyampaikan  ilmu. Di bawah satu bumbung terdapat beberapa buah perpustakaan yang khusus, planetarium, musium, galeri seni dan lain-lain. Bentuk bangunannya juga adalah unik.

Di luar perpustakaan tetapi bahagian atas ....... ada kolam dan kelihatan bumbungnya yang unik

Ini pula dari bahagian dalam perpustakaan ....... lihat pada cahaya yang diterima melalui bumbungnya.

Salah satu kerja seni yang dipamerkan di galeri seni

Last but not least ialah lawatan kami ke Universiti Alexandria, di mana suami ada temujanji dengan pihak universiti. Ia sebuah universiti lama yang telah wujud sejak 1938. Pada hari itu Kami telah pergi khusus ke bahagian Fakulti Kejuruteraan. Ia merupakan universiti yang kedua terbesar di Mesir.

Bangunannya tersergam ........

Suami bersama kakitangan universiti di salah sebuah bengkel elektrik ...

http://saramsa.wordpress.com

http://www.DuniaHerbaHPA.net/saramsa