Bicara Hukum


Hari ini sudah 21 hari kita masuk  ke bulan Syawal. Di sana sini dalam kuliah al- Islam orang akan menanyakan tentang hukum bagaimana cara sebenar-benarnya menunaikan ibadat puasa enam di bulan ini ………. ada yang kata kena selesaikan puasa ganti yang wajib dahulu sebelum memulakan berpuasa enam ……. ada juga yang kata tidak perlu tetapi boleh dibuat serentak dengan meniatkan puasa wajib qadha terlebih dahulu sebelun niat berpuasa sunat Syawal …….  dan ada juga yang berpendapat boleh  puasa sunat Syawal sahaja, sementara puasa qadha boleh dibuat di kemudian hari, pada waktu bila-bila saja.

Dilema ini hanya berlaku bagi wanita sahaja. Bagi orang lelaki jikalau perlu menggantikan puasa wajib tidak ada yang berselisih pendapat. Puasa wajib mesti digantikan terlebih dahulu sebelum  berpuasa enam. Wanita diberikan kelonggaran berdasarkan  berbagai halangan kesihatan yang terpaksa mereka lalui dalam melaksanakan ibadah berpuasa. Namun bagi yang berkemampuan boleh saja melangsaikan yang wajib sebelum meneruskan yang sunat.

Diriwayatkan dari Abu Ayyub r.a.

Bahwasanya Rasulullah saw. bersabda: “Barangsiapa shaum(berpuasa) pada bulan Ramadan, kemudian diikuti dengan shaum (sunah) enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah ia shaum sepanjang tahun.” (HR.Muslim).

Dari hadis ini tidaklah bermakna puasa enam hari itu mesti dilakukan berturut-turut, tetapi ianya boleh dilaksanakan enam hari di sepanjang bulan Syawal.

Bagi saya yang kurang berkemampuan saya memilih untuk melakukannya dengan berniat serentak, iaitu niat menkadhakan puasa Ramadhan dan diikuti niat untuk berpuasa sunat bulan Syawal. Jikalau saya ingin menunaikan yang wajib dahulu memang saya tidak berkemampuan di sudut kesihatan. Setiap tahun saya terpaksa menggantikan puasa lebih kurang seminggu. jika ditambah enam hari Syawal, bermakna saya kena berpuasa sebanyak 13 hari di bulan Syawal. Jumlah hari yang saya boleh berpuasa di bulan Syawal hanyalah lebih kurang 21 hari saja. Tolak lagi hari yang digunakan untuk berhari raya, tinggallah berbelas hari saja untuk menunaikan puasa yang sebanyak 13 hari (sekurang-kurangnya ….. kadang-kadang lebih) itu.sigh

Saya perhatikan ada di kalangan masyarakat Malaysia yang sudah memulakan berpuasa enam pada hari yang kedua Hari Raya dan melakukannya berturut-turut. Mereka akan menolak sebarang undangan jamuan Hari Raya. Mereka juga tidak pergi menziarahi ahli keluarga yang lain kerana ingin menghabiskan puasa enam itu terlebih dahulu. Ini adalah amalan yang kurang tepat kerana kita digalakkan menerima undangan seperti yang disebut dalam hadis di bawah,

Dari Ibnu Umar r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:” Apabila seseorang daripada kamu dijemput ke majlis kenduri maka hendaklah kamu menghadirinya.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #2574,Bab Wajib Memenuhi Jemputan Orang Ke Majlis Kenduri)

Hari ini pun saya masih ada jemputan ke Majlis Hari Raya dan saya masih ada 1 hari lagi untuk menghabiskan puasa enam. Ianya tertangguh disebabkan masalah kesihatan. InsyaAllah saya akan menyambungnya esok untuk menggenapkan 6 hari …… barulah puasa itu dikira sebagai “Puasa enam”.

Bagi yang masih menjalankan ibadah puasa enam ……. selamat berpuasa! Bagi mereka yang masih belum …. selamat mencuba!

coretan oleh:

saramsa.wordpress.com

http://www.DuniaHerba.net/saramsa

Hari ini 22 Sya’aban 1430 Hijrah bersamaan 13 Ogos 2009 . Minggu lepas banyak masjid dan surau di sekitar Johor mengadakan majlis khas sempena ‘Nisfu Sya’aban’ iaitu bersamaan 15 Sya’aban. Ada yang menamakannya sebagai Majlis Yasin Perdana, ada pula yang memanggilnya Majlis Tahlil Khas dan seumpamanya. Mereka berhimpun selepas solat maghrib.jemaah

Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ia satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya. Ini adalah di antara beberapa amalan yang dilakukan pada malam tersebut.

Sebenarnya hadis sahih mengenai keutamaan malam Nisfu Syaaban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu. Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:

“Allah melihat kepada hamba-hamba- Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) “ (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain)

Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. (jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh).

Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi s.a.w.

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban:

“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.”

Perhimpunan (malam Nisfu Syaaban) seperti yang disebut di atas adalah bidaah. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.

Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Namun demikian,  ini bukanlah bererti malam tersebut tidak mempunyai kelebihannya. Bahkan, terdapat hadis-hadis thabit yang menyebut akan fadilat dan kelebihannya, tetapi tidak dinyatakan tentang amalan ibadah khas yang perlu dilakukan. Maka sebarang ibadah yang dilakukan pada malam tersebut tidak boleh disandarkan dengan mana-mana hadis atau pun menganggapnya mempunyai kelebihan yang khas dan tidak juga dilakukan secara berjemaah.

Hal ini telah disebut al-Imam al-Suyuti:

“Dan pada malam Nisfu Syaaban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah.” (Rujuk: al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba’ wa al-nahyu an al-ibtida’ (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1, 1998), hal 61) b)

Amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW pada bulan Sya’aban hanyalah amalan-amalan biasa seperti membaca Quran, berzikir , berdoa dan mengerjakan solat sunat. Hanya beliau memperbanyakkan puasa sunat pada bulan ini seperti yang disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Nasaai dan Abu Daud, disahihkan Khuzaimah daripada Usamah bin Zaid katanya:

“Aku bertanya Rasulullah SAW: Ya Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan berbanding bulan lain seperti engkau berpuasa daripada sebahagian Syaaban. Baginda bersabda: Itulah bulan yang manusia melupakannya antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang diangkat amalan kepada Allah, Tuhan semesta alam. Oleh itu, aku suka supaya amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa.” (Hadis riwayat al-Nasaai)

Mengikut sunnah Nabi, Aishah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah berpuasa di kebanyakan hari dalam Sha’aban, tetapi beliau berhenti berpuasa apabila menjelang tibanya Ramadhan. Adalah lebih baik kita melakukan amalan sunat berpuasa sebanyak-banyaknya sebelum nisfu Sya’aban dan berhenti berpuasa  selepas nisfu Sya’aban, kecuali puasa ganti dan sebagainya.

Melalui amalan ini Rasulullah SAW ingin memberitahu kepada kita bahawa kita digalakkan mempersiapkan tubuh badan kita untuk menghadapi puasa Ramadhan di awal Sya’aban. Namun sebelum tiba Ramadhan, badan harus dirihatkan dari berpuasa seketika sebagai persediaan untuk berpuasa terus menerus selama sebulan di bulan Ramadhan. Ini juga adalah untuk membezakan antara puasa di bulan Syawal yang hanya dianggap sebagai latihan dan puasa yang dituntut di bulan Ramadhan. Itulah hikmahnya tidak dilakukan puasa Sya’aban terus-menerus bersambung dengan puasa Ramadhan.

Coretan oleh:

http://saramsa.wordpress.com

Dari koleksi emel group

Hari ini 15 Rejab 1430 Hijriah mengikut kalendar Islam. Apabila tiba saja bulan Rejab kita akan berjumpalah hadis yang sangat famous yang menceritakan tentang fadhilat-fadhilat berpuasa di bulan Rejab.

Di bawah ini saya sertakan salah satu hadisnya  sebagai contoh.

Awas! Hadis ini palsu.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1430 h/Isra Mi’raj ( Isnin , 20 Julai 2009 ) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab ( 24,25 dan 26 Jun 2009 ) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah saw lagi :”Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :”Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?” Lalu beliau bersabda “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.”

Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.” Tsauban bertanya “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Di bawah ini juga saya perturunkan dalil-dalil yang menunjukkan tidak ada apa-apa keistimewaannya berpuasa di bulan Rejab berbanding bulan-bulan lain.

Dipetik daripada dakwatuna.com


Bulan Rajab adalah salah satu dari Empat Bulan Haram atau yang dimuliakan Allah swt. (Bulan Dzulkaidah, Dzulhijjah, Muharram dan Rajab). Allah swt berfirman:

“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan Ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.”
At Taubah: 36

Fenomena pergantian bulan di mata muslim adalah salah satu sarana untuk mengingat kekuasaan Allah swt dan dalam rangka untuk mengambil ibrah dalam kehidupan juga sebagai sarana ibadah.

Kerana itu, pergantian bulan dalam bulan-bulan Hijrah kita disunnahkan untuk berdo’a, terutama ketika melihat hilal atau bulan pada malam harinya. Do’a yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah saw. adalah:

“Ya Allah, Jadikanlah bulan ini kepada kami dalam kondisi aman dan hati
kami penuh dengan keimanan, dan jadikanlah pula bulan ini kepada kami
dengan kondisi selamat dan hati kami penuh dengan keislaman. Rabb ku
dan Rabb mu Allah. Bulan petunjuk dan bulan kebaikan”.
(HR. Turmudzi)

Shaum ( puasa ) di Bulan Rajab

Shaum dalam bulan Rajab, sebagaimana dalam bulan-bulan mulia lainnya
hukumnya sunnah.

Diriwayatkan dari Mujibah al-Bahiliyah, Rasulullah aw. Bersabda:

“Puasalah pada bulan-bulan haram (mulia).” Abu Dawud, Ibnu Majah, dan Imam Ahmad.

Rasulullah saw. juga bersabda:

“Kerjakanlah ibadah apa yang engkau mampu, sesungguhnya Allah tidak pernah bosan hingga kalian bosan”.

Ibnu Hajar, dalam kitabnya “Tabyinun Ujb”,
menegaskan bahwa tidak ada hadits, baik sahih, hasan, maupun dha’if yang menerangkan keutamaan puasa di bulan Rajab.

Bahkan beliau meriwayatkan tindakan Sahabat Umar yang melarang mengkhususkan bulan Rajab dengan berpuasa.

Ditulis oleh Imam Asy Syaukani dalam Kitabnya, Nailul Authar, menerangkan bahwa Ibnu Subki meriwayatkan dari Muhamad bin Manshur As Sam’ani yang mengatakan bahwa tidak ada hadis yang kuat yang menunjukkan kesunahan puasa Rajab secara khusus.

Disebutkan juga bahwa Ibnu Umar memakruhkan puasa Rajab, sebagaimana Abu Bakar al-Tarthusi yang mengatakan bahwa puasa Rajab adalah makruh, karena tidak ada dalil yang kuat.

Namun demikian, sesuai pendapat Imam Asy Syaukani, bila semua hadis yang secara khusus menunjukkan keutamaan bulan Rajab dan disunahkan puasa di dalamnya kurang kuat untuk dijadikan landasan, maka hadis-hadis yang umum, seperti yang disebut di atas, itu cukup menjadi hujah atau landasan.

Di samping itu, kerana juga tak ada dalil yang kuat yang memakruhkan puasa di bulan Rajab.

Do’a Bulan Rajab

Bulan Rajab merupakan starting awal untuk menghadapi Bulan Suci Ramadhan.

Subhanallah, Rasulullah saw. menyiapkan diri untuk menyambut Bulan Suci Ramadhan selama dua bulan berturut sebelumnya, yaitu bulan Rajab dan bulan Sya’ban. Dengan berdoa dan memperbanyak amal solih.

Do’a keberkahan di bulan Rajab. Bila memasuki bulan Rajab, Nabi saw.
mengucapkan,

“Allaahumma Baarik Lana Fii Rajaba Wa Sya’baana, Wa Ballighna Ramadhaana”.

“Ya Allah, berilah keberkahan pada kami di dalam bulan Rajab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.”

Hadis di atas disebutkan dalam banyak keterangan, seperti dikeluarkan
oleh Abdullah bin Ahmad di dalam kitab Zawaa’id al-Musnad (2346).
Al-Bazzar di dalam Musnadnya -sebagaimana disebutkan dalam kitab Kasyf al-Astaar- (616). Ibnu As-Sunny di dalam ‘Amal al-Yawm Wa al-Lailah (658).

Ath-Thabarany di dalam (al-Mu’jam) al-Awsath (3939). Kitab ad-Du’a’ (911).

Abu Nu’aim di dalam al-Hilyah (VI:269). Al-Baihaqy di dalam Syu’ab
(al-Iman) (3534). Kitab Fadhaa’il al-Awqaat (14). Al-Khathib al-Baghdady
di dalam al-Muwadhdhih (II:473).

Memperbanyak amal solih, seperti shaum sunnah, terutama di bulan Sya’ban.

Diriwayat oleh Imam al-Nasa’i dan Abu Dawud, disahihkan oleh Ibnu Huzaimah.

Usamah berkata pada Nabi saw.

“Wahai Rasulullah, saya tidak melihat Rasul melakukan puasa (sunnah)
sebanyak yang Engkau lakukan dalam bulan Sya’ban.’ Rasul menjawab: ‘Bulan Sya’ban adalah bulan antara Rajab dan Ramadhan yang dilupakan oleh kebanyakan orang. Di bulan itu perbuatan dan amal baik diangkat ke Tuhan semesta alam, maka aku ingin ketika amalku diangkat, aku dalam keadaan puasa.”

Allahu a’lam
_________________
personal blog: http://saramsa.wordpress.com
business web: http://hpasaramsa.viviti.com/




Aurat wanita dengan lelaki ajnabi di luar sembahyang adalah sama dengan auratnya dalam sembahyang, iaitu seluruh badan kecuali muka dan dua  tapak tangan, termasuk kekura tangan hingga ke sendi yang memisahkan tapak tangan dengan tangan, iaitu tempat wanita memakai gelang.

Hujah wajib menutup aurat

Banyak nas-nas syarak yang menunjukkan aurat wajib ditutup.

1.   Allah menyebut dalam ayat 31 surah al-Nur yang bermaksud:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya menahan pandangan mereka (daripada memandang perkara-perkara yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan mereka perlu melabuhkan kain tudung mereka ke dada.”

Ayat ini melarang wanita menunjukkan perhiasan yang di pakai kecuali perhiasan yang pada kebiasaannya terdedah. Ini bermaksud, anggota yang boleh didedahkan adalah anggota yang pada kebiasaannya dijadikan tempat memakai perhiasan zahir, iaitu muka dan tapak tangan. Ia juga memerintahkan wanita supaya melabuhkan tudung kepala hingga ke paras dada. Ertinya, tengkok dan leher tidak boleh didedahkan.

2.  Allah berkata dalam ayat 59 surah al-Ahzab yang bermaksud:

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka melabuhkan pakaian bagi menutup seluruh tubuhnya.”

Ayat ini mengarahkan Rasulullah supaya memerintahkan para isterinya dan wanita Islam melabuhkan pakaian di tubuh mereka.

3.   Aisyah melaporkan:

“Asma’ binti Abu Bakar pernah masuk ke tempat Nabi, di badannya (dipakai) pakaian yang jarang, lalu Rasulullah berpaling dan berkata: ‘Ya Asma’, apabila perempuan sampai usia haid (iaitu baligh, dengan datang haid, genap usia 15 tahun ataupun mimpi dan kelur mani) tidak wajar lagi dilihat  anggota tubuhnya kecuali ini dan ini. Beliau mengisyaratkan muka dan dua tapak tangannya.”    (Direkodkan oleh Abu Daud)

Maksud tangan  dalam hadis ini ialah bermula daripada pergelangan tangan, kekura tangan hingga ke hujung jari (bahagian atas tapak tangan) dan tapak tangan. Hadis ini menjelaskan, anggota yang boleh di dedahkan adalah muka dan dua tangan. Selain daripada itu mestilah ditutup.

Image000

Pakaian wanita yang sempurna menutup aurat untuk sembahyang – kaki berstoking

aurat wanita-1

Adakah kaki wanita aurat?

Maksud kaki di sini ialah mulai daripada pergelangan kaki ke bawah, termasuklah buku lali, kekura kaki hingga ke hujung jari, tumit dan tapak kaki. Ulama berbeza pendapat  sama ada ia aurat ataupun tidak:

1.   Majoriti ulama’ berpendapat, kaki wanita adalah aurat. Hujah yang mereka pegang adalah hadis yang dilaporkan oleh Ibnu Umar, Rasulullah berkata:

“Allah tidak melihat kepada sesiapa yang mengheret pakaiannya yang labuh kerana bermegah. Ummu Salamah bertanya: ‘Bagaimana wanita patut lakukan dengan hujung-hujung pakaian mereka yang labuh?’. Beliau menjawab: ‘Labuhkanlah kadar sejengkal.”

Dalam hadis ini, Rasulullah memerintahkan wanita supaya melabuhkan pakaian mereka kadar sejengkal bagi menutup kaki mereka. Perintah ini menunjukkan kaki wanita adalah aurat, sebab itu ia wajib ditutup.

2.   Mazhab Hanafi berpendapat, kaki wanita bukan aurat. Hujah yang nereka pegang adalah;  Kaki termasuk dalam anggota yang dikecualikan daripada larangan mendedahkannya seperti mana Allah menyebut (kecuali anggota yang zahir). Oleh itu,  kaki adalah sama dengan muka dan tapak tangan. Ia dianggap anggota zahir, bukan aurat yang wajib ditutup.

Bagi Mazhab Shafie, walaupun wanita ini tidak memakai sarong kaki dia sempurna menutup aurat kerana pekerjaaannya menyukarkan beliau memakai stoking

Bagi Mazhab Shafie, walaupun wanita ini tidak memakai sarong kaki dia sempurna menutup aurat kerana pekerjaaannya menyukarkan beliau memakai stoking

Pakaian wanita ini belum sempurna menutup aurat mengikut pendapat semua mazhab

Pakaian wanita ini belum sempurna menutup aurat mengikut pendapat semua mazhab

Ini pakaian wanita sempurna bagi Mazhab Syafie

Ini pakaian wanita sempurna bagi Mazhab Syafie

Dipetik daripada buku Islam yang Mudah oleh:

Ustaz Alias Othman dan Dr. Anisah bt Abdul Ghani

Coretan oleh:

http://saramsa.wordpress.com

http://www.DuniaHerba.net/saramsa

Lama ” bebenor ” rasanya tak menulis. Dok asyik membaca Malaysia Today mencari berita terkini mengenai kemelut yang sedang melanda negara. Rasa keletihan pun ada kerana travelling out-station almost every weekend, so terasa malas sangat nak menulis.

Pagi tadi semasa membaca emel terjumpa artikel yang sangat menarik dan penting untuk kita ketahui, yang bertajuk seperti di atas. Artikel ini disediakan oleh seorang sahabat saya yang juga seorang peguam. Oeh kerana ianya satu maklumat yang penting yang patut disedari oleh semua orang Islam, saya ingin menyimpannya sebagai koleksi saya.

Apakah
Interfaith Commission (IFC)?

  • adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang

  • IFC boleh mengubah ajaran sesetengah agama IFC yang nama asalnya ialah IRC – Inter Religious Council akibat desakan penganut agama lain.

  • Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang disabit.

  • Ia berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.

APAKAH MATLAMAT PENUBUHAN IFC ?

Matlamat IFC ialah :-

  • meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan aqidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.


AGENDA TERSEMBUNYI PENUBUHAN IFC


IFC akan melangkaui kuasa Institusi Agama Islam

IFC akan “bypass” Mahkamah Syariah dan mahu Mahkamah Civil tentukan perkara berkaitan dengan Islam

Penubuhan IFC adalah suatu campurtangan dalam “Intra-Muslim Affairs (NOT the Inter-Religious Affairs)”

IFC secara perlahan akan menyekat perkembangan Islam dan meletakkan institusi Islam dibawahnya

Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC ini?

Digagaskan oleh Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, and Sikh

(Malaysian Consultive Counsil of Buddhism, Christinity, Hinduism, and Sikhism)

APAKAH TUNTUTAN MEREKA?

1. Seorang anak yang dilahirkan oleh Ibubapa Islam tidak seharusnya terus jadi Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam

Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak

7. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu

9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing

13. Orang-orang bukan Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah

APAKAH BAHAYANYA PENUBUHAN IFC TERHADAP ISLAM?

1. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam

2. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah

3. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja

4. Orang Islam bebas untuk murtad

5. IFC berhak menentukan status agama seseorang

http://www.DuniaHerba.net/saramsa

SEJAK dahulukala umat manusia berbeza-beza dalam menilai masalah makanan dan minuman mereka, ada yang boleh dan ada juga yang tidak boleh. Lebih-lebih dalam masalah makanan yang berupa binatang. Adapun masalah makanan dan minuman yang berupa tumbuh-tumbuhan, tidak banyak diperselisihkan. Dan Islam sendiri tidak mengharamkan hal tersebut, kecuali setelah menjadi arak, baik yang dibuat dari anggur, korma, gandum ataupun bahan-bahan lainnya, selama benda-benda tersebut sudah mencapai kadar memabukkan.

Begitu juga Islam mengharamkan semua benda yang dapat menghilangkan kesedaran dan melemahkan urat serta yang membahayakan tubuh. Adapun soal makanan berupa binatang, inilah yang terus diperselisihkan dengan hebat oleh agama-agama dan golongan yang peka.

Menyembelih dan Makan Binatang Dalam Pandangan Agama Hindu

Ada segolongan, misalnya Golongan Brahmana (Hindu) dan Filsuf yang mengharamkan dirinya menyembelih dan memakan binatang. Mereka cukup hidup dengan memakan makanan dari tumbuh-tumbuhan. Golongan ini berpendapat, bahawa menyembelih binatang termasuk suatu keganasan manusia terhadap binatang hidup. Manusia tidak berhak untuk menghalang binatang daripada hidup.

Namun kita juga tahu dari hasil pengamatan kita terhadap alam ini, bahawa diciptanya binatang-binatang itu tanpa ada suatu tujuan, sebab binatang tidak mempunyai akal dan kehendak. Bahkan secara nalurinya binatang-binatang itu dicipta untuk memenuhi (khidmat) keperluan manusia. Oleh kerana itu bukan sesuatu yang pelik kalau manusia dapat memanfaatkan dagingnya dengan cara menyembelih, sebagaimana halnya dia juga dapat memanfaatkan tenaganya dengan cara yang lazim.

Kita pun mengetahui dari sunnatullah (ketentuan Allah) terhadap makhluknya ini, iaitu: golongan rendah biasa berkorban untuk golongan atas. Misalnya daun-daunan yang masih hijau boleh dipotong/dipetik buat makanan binatang, dan binatang disembelih untuk makanan manusia dan, bahkan, seseorang berperang dan terbunuh untuk kepentingan orang ramai. Begitulah seterusnya.

Haruslah diingat, bahawa dengan melarang manusia dari menyembelih binatang, tidak juga dapat melindungi binatang tersebut dari bahaya maut dan binasa. Kalau tidak bergaduh antara satu sama lain, dia juga akan mati dengan sendirinya; dan kadang-kadang mati dalam keadaan demikian itu lebih sakit daripada ketajaman pisau.

Binatang yang Diharamkan Dalam Pandangan Yahudi dan Nasrani

Dalam pandangan agama Yahudi dan Nasrani (kitab), Allah mengharamkan kepada orang-orang Yahudi beberapa binatang laut dan darat. Penjelasannya dapat dilihat dalam Taurat (Perjanjian Lama) fasal 11 ayat 1 dan seterusnya.

Dan oleh al-Ouran disebutkan sebahagian binatang yang diharamkan buat orang-orang Yahudi itu serta alasan diharamkannya, iaitu seperti yang disebutkan di atas, bahawa diharamkannya binatang tersebut adalah sebagai hukuman berhubung kezaliman dan kesalahan yang mereka lakukan. Firman Allah yang bermaksud,

“Dan kepada orang-orang Yahudi kami haramkan semua binatang yang berkuku, dan dari sapi dan kambing kami haramkan lemak-lemaknya, kecuali (lemak) yang terdapat di punggungnya, atau yang terdapat dalam perut, atau yang tercampur dengan tulang. Yang demikian itu kami (sengaja) hukum mereka. Dan sesungguhnya Kami adalah (di pihak) yang benar.” (al-An’am: 146)

Demikianlah keadaan orang-orang Yahudi. Sedangkan orang-orang Nasrani sesuai dengan ketentuannya harus mengikuti orang-orang Yahudi. Kerana itu Injil menegaskan, bahawa Isa a.s. datang bukan untuk mengubah hukum Taurat (Namus) tetapi untuk menyempurnakannya.

Namun pada kenyataannya, mereka telah mengubah hukum Taurat itu. Apa yang diharamkan dalam Taurat telah dihapus oleh orang-orang Nasrani ,tanpa dihapus oleh Injilnya. Mereka mahu mengikuti Paul yang dipandang suci itu dalam masalah halalnya semua makanan dan minuman, kecuali yang memang disembelih untuk berhala kalau dengan tegas itu dikatakan kepada orang Kristian: “Bahawa binatang tersebut disembelih untuk berhala.”
Paul memberikan alasan, bahawa semua yang suci halal untuk orang yang suci, dan semua yang masuk dalam mulut tidak dapat menajiskan mulut, yang dapat menajiskan mulut ialah apa yang keluar dari mulut.
Mereka juga telah menghalalkan babi, sekalipun dengan tegas babi itu diharamkan oleh Taurat sampai hari ini.

Menurut Pandangan Orang Arab Jahiliah

Orang-orang Arab jahiliah mengharamkan sebahagian binatang kerana kotor, dan sebahagiannya diharamkan kerana ada hubungannya dengan masalah peribadatan (ta’abbud), kerana untuk bertaqarrub kepada berhala dan kerana mengikuti anggapan-anggapan yang salah (waham).
Tetapi di sebalik itu, mereka banyak juga menghalalkan beberapa binatang yang kotor (khabaits), seperti bangkai dan darah yang mengalir.

Makanan Yang Haram Dalam Islam

Allah berfirman yang bermaksud,

“Allah hanya mengharamkan kepada kamu bangkai, darah ,daging babi dan binatang yang disembelih bukan kerana Allah….” (al-Baqarah :173)

Jenis-jenis bangkai:

1. Binatang yang mati kerana dicekik

2. Binatang yang mati kerana dipukul

3. Binatang yang jatuh dari tempat yang tinggi, seperti ke dalam perigi, sehingga mati

4. Binatang yang bergaduh antara satu sama lain sehingga mati

5. Binatang yang disergap oleh binatang buas dengan dimakan sebahagian dagingnya

sehingga mati

Namun belalang, ikan dan kehidupan laut yang sepertinya dikecualikan dari kategori bangkai. Sabda Nabi SAW yang bermaksud,

“ Laut itu airnya suci dan bangkainya halal.”

( Riwayat Ahmad dan ahli sunnah)

Darah yang mengalir:

Limpa, walaupun adalah merupakan darah tetapi tidak diharamkan kerana ia bukan darah mengalir yang diharamkan.

Orang –orang jahiliah dahulu kalau lapar, diambilnya sesuatu yang tajam dari tulang ataupun lainya, lantas ditusukkannya kepada unta atau binatang dan darahnya yang mengalir itu dikumpulkan lalu diminum.

http://www.DuniaHerba.net/saramsa

Dipetik dari buku Halal Dan Haram Dalam Islam

Para Orientalis, orang kafir dan tidak kurang juga orang-orang Islam sendiri menyifatkan Islam sebagai satu agama yang sudah ketinggalan zaman, kuno, “barbaric” dan seumpamanya. Mereka menuduh hukum Islam kejam. Mereka mencela hukum qisas, hukum sebat dan pengasingan dalam Undang-Undang Islam. Benarkah begitu? Sekali-sekala terdengar ahli-ahli poitik bukan Islam memperkatakan sesuatu yang kurang enak tentang Islam. Apakah mereka layak membahas tentang isu-isu semasa dalam Islam sedangkan mereka hanya mengenali Islam melalui lisan rakan -rakan mereka atau pun melalui pemerhatian cara hidup masyarakat Islam sekeliling mereka. Sungguh malang sekali ada di antara ahli poitik ini yang sanggup mengeluarkan kata-kata ” over my dead body ” bagi menunjukkan penentangan habis-habisan terhadap cetusan harapan menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

Kadang-kadang saya terfikir mengapa mereka ini yang dilahirkan dan membesar dalam sebuah negara yang mengaku Islam sebagai agama rasminya memusuhi Islam sedemikiam rupa. Semasa saya di UK apabila ada sekumpulan aktivis Islam menyatakan hasrat mereka untuk menjadikan England sebuah negara Islam , tidak ada pula ahli politiknya yang mengeluarkan kenyataan yang mengancam seperti itu walaupun mereka tidak setuju. Apabila diminta komen mereka (ahli politik) mengatakan itu adalah hak mereka (aktivis) dan mereka boleh mencubanya (menjadikan England sebuah negara Islam). Ini adalah kenyataan yang datangnya daripada mereka yang dilahirkan dan dibesarkan di sebuah negara yang agama rasminya adalah Keristian. Malah tidak lama dulu ada seorang Paderi Besarnya menyarankan kerajaannya menggunapakai sesetengah hukum-hukum Islam dalam menyelesaikan masalah kekeluargaan terutamanya di kalangan orang-orang Islam.Yang peliknya, di antara mereka yang menentang saranan ini dengan lantangnya adalah seorang paderi yang mempunyai nama seperti seorang Islam. Adakah dia seorang murtad atau pun kebetulan namanya saja bunyi macam orang Islam! Wallahua’lam.

Dari manakah orang-orang yang terpelajar ( seperti ahli politik, kumpulan Hak Asasi Manusia, Woman’s Right, Animal’s Right, dll. ) ini mendapat gambaran yang salah tentang Islam? Kemungkinan jikalau mereka terbaca pun bahan-bahan pasal Islam, mereka tidak dapat menghayatinya kerana tidak mahu atau masih belum diberi hidayah. Sama seperti orang Islam sendiri jikalau diberitahu sesuatu perkara yang dituntut Islam mengerjakanya, dia masih mengingkarinya kerana kedegilanya. Sebaliknya jika mereka mendapatnya melalui berinteraksi dengan orang Islam iaitu melalui contoh yang dipamerkan oleh penganut-penganut Islam, maka yang patut dipersalahkan di sini ialah kita sebagai model Islam. Sebagaimana yang kita maklum bukan semua orang Islam yang di luar sana itu ” good muslim”. Berapa ramai yang meminum arak, yang berzina , yang mencuri, yang membohong, menipu ,yang mengambil rasuah, yang membuang anak, yang membunuh dan macam-macam lagi. Sebut saja apa jenis maksiat , orang Islam ada melakukanya. Jadi tidak hairanlah mereka mempunyai tanggapan yang sangat negatif terhadap Islam. Mereka tidak dapat melihat Islam dalam bentuknya yang cantik dan indah.

Sebagai orang Islam marilah kita sama-sama memperbaiki ahklak kita seperti yang di anjurkan oleh Islam. Hiasilah diri kita dengan sifat-sifat mahmudah ( terpuji) dan jauhilah diri dari sifat-sifat mazmumah (negatif atau keji). Berdasarkan sebuah Hadis Nabi s.a.w. dalam bentuk doa, ada lapan sifat negatif yang menyebabkan kemurkaan Allah iaitu: (1) kesusahan yang tidak diatasi, (2) kedukacitaan yang berterusan, (3) lemah, (4) malas, (5) penakut dan pengecut yang tidak kena pada tempatnya, (6) bakhil, (7) hutang keliling pinggang dan(8) merelakan diri ditindas orang. Jikalau semua orang Islam bebas daripada sifat-sifat yang disebut di atas sudah pasti tidak akan kedengaran komen-komen negatif daripada “non-muslim” seperti “orang Islam malas” , “orang Islam pengotor” dsbnya.

coretan oleh:

http://saramsa.wordpress.com

http://www.DuniaHerba.net/saramsa