GAZA


Di bawah ini adalah petikan dari satu emel yang disiarkan di laman web resmi PPIM.

Ianya merupakan luahan hati saudara Razali Awang, pemberita TV 3 yang turut ke Gaza baru-baru ini, dan diceritakan semula oleh salah seorang pendengarnya.

Mesir

Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 mas jid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran…  “Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas !” – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!!  Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine )
Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid.  Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap “Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi”…like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan ros ak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org…tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Ha mas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas . Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serangngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn…

Rakyat Palestine
Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza …So, inilah yg diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha…yg paling dekat…SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .

Bom fosforus adalah antara bom yang dilarang guna dalam peperangan. Walaupun jelas terbukti Israel telah menggunakannya ke atas penduduk Gaza, tetapi tiada apa-apa tindakan yangt telah diambil terhadapnya, seperti mana biasa!

Lihat kesan bom jenis ini …….. walaupun selepas 5 hari bangunan ini di bom, namun api masih lagi menyala dan membakar lantainya.

coretan oleh:

http://saramsa.wordpress.com

http://www.DuniaHerba.net/saramsa

more about “Children of Gaza“, posted with vodpod

A moving, must-see video that first aired on Channel 4 (UK)’s Dispatches on 15 March. BAFTA-winning filmmaker Jezza Neumann follows the lives of three children for over a year. The children are amazing: well-spoken, reflective, resilient, understandably vengeful and fearful, but very endearing. The toll this inhumanity has taken is also clear.

Gaza, itulah nama hamparan tanah yang luasnya tidak lebih dari 360 km persegi. Berada di Palestin Selatan, “potongan” itu “tersepit” di antara tanah yang dikuasai penjajah Zionis Israel, Mesir, dan laut Mediterania, serta dikepung dengan tembok di sepanjang daratannya.

Sudah lama Israel ingin menguasai sebidang tanah ini. Bermacam-macam cara serta penindasan yang dibuat agar rakyat Gaza mengalah. Mereka mengadakan sekatan bekalan makanan, ubat-ubatan dan bahan-bahan mentah.  Mereka menyekat pergerakan rakyat Palestin tetapi itu semua tidak  melemahkan semangat mereka. Malah mereka bangun dan bangkit menentang puak Zionis ini dengan lebih kuat lagi.

Akhirnya Israel melakukan serangan “habis-habisan” ke wilayah ini dari 27 Disember 2008 hingga 18 Januari 2009. Mereka menggugurkan ratusan ton bom dan mengerahkan semua kekuatan tentera termasuk pasukan simpanan. Tentera Israel yang dikenali sebagai pasukan tentera yang terkuat di dunia, walaubagaimanapun gagal mengalahkan para mujahidin Gaza.

Di atas kertas, kemampuan senjata AK 47, roket anti tank RPG, ranjau, serta beberapa jenis roket buatan lokal yang biasa dipakai para mujahidin Palestin, tidak akan mampu menghadapi pasukan Israel yang dibantu tank Merkava yang dikenali terhebat di dunia. Apalagi menghadapi pesawat tempur canggih F-16, heli tempur Apache, serta ribuan ton “bom canggih” buatan Amerika Syarikat.

Allah maha berkuasa …… jika Dia ingin sesuatu itu berlaku maka berlakulah ia tanpa perlu ada sebab-sebab yang logik.

Firman Allah dalam surah Yasin ayat 82,

إِنَّمَآ أَمْرُهُ إِذَآ أَرَادَ شَيْئاً أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ

“Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia. “

Hilang seribu, tumbuh tiga ribu. Ungkapan ini amat sesuai diletakkan kepada penduduk Gaza. Kesedihan rakyat Gaza atas hilangnya nyawa 1,412 putera puetrinya, terubat dengan lahirnya 3,700 bayi selama 22 hari di Gaza. Hamam Nisman, seorang pengarah dalam Kementerian Kesihatan  Gaza berkata,  “Mereka lahir antara 27 Disember 2008 hingga 17 Januari 2009, ketika Israel melakukan serangan yang menyebabkan meninggalnya 1,412 rakyat Gaza, yang kebanyakannya wanita dan anak-anak,” .

Bulan Januari tercatat sebagai angka kelahiran tertinggi dibanding bulan-bulan sebelumnya. “Setiap tahun 50 ribu kes kelahiran tercatat di Gaza, dan dalam satu bulan tercatat 3,000 hingga 4,000 kelahiran. Akan tetapi di masa serangan Israel 22 hari, kami mencatat 3,700 kelahiran dan pada baki bulan Januari tercatat 1,300 kelahiran. Ini bermakna dalam bulan Januari sahaja berlaku peningkatan kelahiran  sehingga 1,000 kes.

Nisbah antara kematian dan kelahiran di Gaza memang tidak sama. Angka kelahiran, jelasnya lagi, mencapai 50 ribu setiap tahun, sedangkan kematian mencapai 5 ribu.

Kini lebih setahun sudah sejak Gaza diserang oleh tentera Israel. Apakah kita sudah lupa kepada mereka yang dizalimi ini? Apakah kita masih terus menerus berbuat sesuatu untuk meringankan beban mereka ……….seperti menderma ke Tabung Palestin dan memboikot barangan keluaran Israel dan sekutunya?

Jika diperhatikan di sekeliling kita, masih ramai orang Islam yang tidak  ambil peduli langsung di mana mereka berbelanja dan jenama apa yang mereka guna ……. apakah produk ini diboikot atau tidak ……apakah rangkaian kedai ini diboikot atau tidak? Marilah kita “refresh” balik jenama produk yang perlu kita boikot.

Mungkin kita tidak dapat hendak memboikot kesemua yang disenaraikan tetapi kita boleh  terus berusaha sedaya yang mungkin ……… do your best and Allah will do the rest ….

Bagi yang berkemampuan, hulurkan bantuan anda  kepada Aqsa Syarif, sebuah badan NGO yang mengutip dana untuk disalurkan kepada rakyat Palestin. Setiap sen yang disumbangkan akan sampai kepada mereka, InsyaAllah. Itulah yang dijanjikan oleh badan ini…….so, ayuh kita beramal sekarang sebelum terlambat!


Ketika  menonton video di atas, hati saya begitu tersentuh dan sedih dengan penderitaan yang telah dilalui kanak-kanak di sana. Saya juga bersimpati dengan  ibu-bapa yang berasa bersalah kerana begitu lemah, sehingga tidak mampu melindungi dan membantu anak-anak mereka dari kekejaman  tentera Israel.

Sungguh terharu apabila mendengar celoteh anak-anak itu yang tidak mengharapkan apa-apa kecuali kebebasan …….. bebas ke laut tanpa ada orang yang memburu …… bebas dari serangan dari atas ……. bebas di daratan tanpa ada sekatan hendak kemana-mana  …….KEBEBASAN ……itulah impian dan harapan mereka.

Maka menjadi tanggungjawab kita sebagai  saudara seislam mereka, membantu membebaskan tanahair mereka dari cengkaman puak Zionis Yahudi. Kehidupan mereka kini bolehlah diibaratkan sebagai berada dalam penjara yang besar.

Coretan oleh:

http://saramsa.wordpress.com

http://www.DuniaHerba.net/saramsa

Mesir sebuah negeri yang penuh dengan sejarah Islam dan kisah para anbiya. Pelancong berpusu-pusu ke negara itu untuk melihat kesan-kesan sejarah yang ditinggalkan. Kehebatannya hanya bergantung pada kisah silam. Namun pada hari ini tindakan-tindakan yang diambil hanya  menjadikannya sebuah negara yang dicemuh oleh sebilangan penduduk dunia ….. baik yang kafir maupun yang Islam.

Lihatlah tindakan yang diambil terhadap konvoi bantuan ke Gaza yang sepatutnya tiba pada hujung tahun 2009 tetapi disebabkan kerenah negeri Mesir, ia hanya tiba tengah malam semalam. Di bawah ini adalah surat dari VPM (Viva Palestina Malaysia):

Dear all,

The convoy of hope from London to Gaza has been attacked. Members injured & hospitalised, also arrested, including a Malaysian student. This was because the convoy members protested against the Egyptian government’s refusal to allow some 50 trucks into Gaza. Bear in mind that the convoy complied with all of Egypt’s demands before this.

I spoke to Mr George Galloway via telephone Wed, 6th Jan at 7.36 am (M’sian time) & he said there was “massive violence” by the Egyptian police. Stones were thrown, beatings, tear gas. Some members have been hospitalised & some arrested. Those arrested include a Malaysian student studying in the UK. Currently 10 Turkish MPs are negotiating with top Egyptian officials. Egypt has just proven to the world that there is indeed a siege on Gaza.

Viva Palestina Malaysia is very concerned for our fellow Malaysians & all the rest in the convoy. Malaysia has 9 vehicles carrying aid to the people of Gaza.

VPM will be handing over a memorandum to the Egyptian ambassador this afternoon expressing our outrage at this latest incident and demanding that the Egyptian government ensures the safety of the convoy and the quick delivery of badly needed aid.

VPM calls on all our friends to join us this afternoon when we hand over the memo and bring about a conclusion to this journey which began a month ago over thousands of miles.

Pihak Mesir telah melarang  konvoi memasuki  port Nuweiba untuk ke Rafah sebelum memasuki Gaza.

Mereka terpaksa berpatah balik ke Syria mencari jalan alternatif untuk sampai ke Rafah. Tindakan Mesir ini telah menjadikannya sekutu besar Israil dalam usahanya menceroboh Gaza dan menjadikan ia satu kawasan penjara yang terbesar di dunia.

coretan oleh:

http://saramsa.wordpress.com

http://www.DuniaHerba.net/saramsa


Al-Quran, surah At-Tin ayat 4-5 yang bermaksud,

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya,

Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya ( neraka ) “

Allah menciptakan manusia dalam keadaan yang terbaik dan bentuk yang sangat sempurna. Dia mencipta  manusia dengan susuk badan yang stabil, iaitu kepala di atas, kaki di bawah dan makan dengan tangan. Dia juga menganugerahkan akal fikiran dan kemampuan memanupulasi makhluk yang lain seperti binatang dan tumbuh-tumbuhan. Bahkan akal fikirannya jauh menjangkau luas  untuk memanupulasikan sumber asli lain untuk tujuan dan manfaatnya seperti apa yang sedang kita alami di zaman sains dan teknoloji ini.

Fitrah kejadian manusia yang disediakan oleh Allah mengajak kepada berkasih sayang. tolong menolong, mengutamakan keadilan dan berakhlak mulia. Namun ada kala manusia terjerumus ke lembah kejahatan lantaran faktor sekeliling yang menggerakkan elemen-elemen jahat. Ketika itu dia lupa dengan fitrahnya dan kembali kepada kebinatangannya. Dia melakukan amalan penghuni neraka. Maka dia berada di tempat yang paling rendah dan lebih dahsyat daripada semua binatang buas.

Cuba kita lihat  apa yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap rakyat Palestin. Inilah yang dikatakan keadaan manusia yang apabila lupa akan fitrahnya dia mengganas lebih daripada binatang buas.

gaza_beit_hanoun_dead_girl

gaza_dead_boy

gaza_new_weapon_legs1

gaza_new_weapon_molten_head

gaza_shot_foetus

gaza_headshot1

Di bawah ini juga adalah kekejaman yang berlaku sesama manusia.

coretan oleh:

http://saramsa.wordpress.com

http://www.DuniaHerba.net/saramsa

Inilah tajuk sebuah lagu khas untuk penduduk Gaza. Ia dicipta untuk mengutip derma dengan mengenakan bayaran bagi sesiapa yang ingin mendengarnya. Namun disebabkan ada masalah teknikal projek itu tidak dapat diteruskan . Oleh itu lagu ini diberikan percuma kepada semua yang ingin mendengar. Walau bagaimana pun bagi mereka yang prihatin digalakkan menyumbang kepada mana-mana tabung untuk Gaza yang berdekatan dengan kita setelah mendengar lagu ini sebagai memenuhi impian projek ini.

Liriknya seperti di bawah:

( listen to the song here)  we will not go down

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain

But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools

But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

boycott-bullets560x388

Dalam kesibukan orang memperkatakan tentang saranan memboikot barangan keluaran Yahudi dan Amerika Syarikat ( sekutu kuatnya ) kedengaran suara-suara sumbang yang memperlekehkannya. Kata mereka, “Apalah sangat kesannya tindakan itu sedangkan sebahagian besar keperluan asas kita bergantung pada produk keluaran US. Dari bahan asas membuat dedak ayam sehinggalah kepada peralatan komputer! Mampukah kita memboikotnya secara keseluruhan? ” Ada juga yang mengatakan, ” Kalau kita boikot semua barang keluaran US lumpuhlah ekonomi negara  kerana sebahagian besar ekonomi kita bergantung kepada perdagangan dua hala dengan syarikat-syarikat gergasi dari US.”

Memang benar semua andaian-andaian itu. Namun kita sebagai rakyat biasa yang masih waras sewajarnya membuat sesuatu menunjukkan  protes kita terhadap kezaliman yang dilakukan ke atas penduduk Palestin. Apatah lagi kita yang saudara seIslam ini menjadi tanggungjawab membela mereka yang dizalimi. Adakah cukup dengan hanya berdoa siang dan malam untuk saudara kita itu? Adakah kita mampu memberi bantuan di medan peperangan seperti yang dilakukan oleh pihak MERCY Malaysia? Rasanya yang paling senang dan mampu kita buat ialah dengan menyumbang ke dalam  dana atau tabung bantuan Gaza. Itupun bagi yang berkemampuan dan ianya hanya ingatan sementara terhadap isu ini. Lain pula halnya jika kita turut serta dalam kempen memboikot ini. Ia memerlukan komitmen atau istiqamah untuk melihat hasilnya. Jika benar-benar mahu berjaya kita harus meneruskannya sehinggalah negara Israel lenyap dari mukabumi ini. Maknanya kita tidak boleh berhenti pemboikotan ini sebaik saja Israel berhenti menyerang Gaza. Usaha ini mesti diteruskan dan dalam masa yang sama kita kena berusaha untuk bebaskan ekonomi kita dari cengkaman US.

Apabila ada usaha berterusan ini dengan secara tidak langsung kita akan sentiasa diperingat tentang saudara kita di Palestin itu. Penderitaan  yang telah begitu lama mereka hadapi dan juga harapan mereka. Usaha boikot ini juga memerlukan kita melawan hawa nafsu. Ini juga adalah jihad kecil bagi umat Islam. Jikalau kita tidak mampu berjihad di medan perang marilah kita sama-sama berjihad melawan nafsu dengan tidak membeli barang-barang dari label-label yang telah disenaraikan untuk diboikot. Impaknya mungkin tidak besar ke atas sasaran kita tetapi dari segi moral amat berharga bagi rakyat Palestin. Pokoknya kita buatlah apa saja yang termampu sebagai menyokong perjuangan mereka agar impian mereka tercapai suatu hari InsyaAllah. Lakukan dengan ikhlas. Do your best and Allah will do the rest.

coretan oleh:

http://saramsa.wordpress.com

http://www.DuniaHerba.net/saramsa

Boikot Barangan Israel!

Bismillahirrahmanirrahim..

“Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!”

- Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)

>> Brands and Labels To Boycott <<

Ini adalah senarai label atau jenama yang dicadangkan di UK.

Manakala senarai label atau jenama yang perlu diboikot oleh rakyat Malaysia seperti di bawah:


Senarai barang yang perlu diboikot di Malaysia

http://www.DuniaHerba.net/saramsa

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 209 other followers