isu semasa


Jumaat 20 Januari 2012

Hari ini selepas mengambil anak daripada Hospital Sultanah Aminah JB kami menyinggah di sebuah masjid yang terletak tidak jauh dari sekolah Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB). Jam sudah menunjukkan 12.50 tgh ketika itu. Kebetulan di tepi masjid ada sebuah kedai makan yang dibuka. Suami dan anak menjamu selera terlebih dahulu sebelum masuk ke masjid untuk menunaikan solat fardhu Jumaat. Saya tidak  makan bersama mereka kerana masih terasa kenyang.

Niat di hati nak join jemaah tetapi keadaan masjid tidak mengizinkan saya solat bersama. Sementara menunggu mereka selesai solat saya pun tunggu di kedai makan dan mengambil keputusan untuk makan sedikit supaya masa lapang itu terisi.

Hari itu sangat panas. Saya hendak menjamu selera di bawah kipas tetapi semua meja yang berada di bawah kipas sudah dipenuhi. Jadi saya pun tunggulah hingga selepas azan berkumandang untuk makan kerana waktu itu mesti semua pelanggan lelaki yang berada di situ akan keluar menuju ke masjid. Selepas azan hanya sebahagian saja yang keluar …… saya agak hairan dan tertanya-tanya sendiri “Kenapa depa tak pi masjid?”.

Saya pun masuk ke dalam kedai. Ada beberapa buah meja yang kosong dan saya duduk di sebuah meja yang berhadapan dengan 2 orang jejaka yang sedang menjamu selera dengan relaksnya  ….. tidak nampak lansung aksi nak dipercepatkan apa yang sedang dibuat. Saya gelar mereka berdua ini Mat Biru dan Mat Belang. Mat biru kacak berpakaian baju melayu biru langit dan berkain pelikat. Mat Belang pula berbaju T-shirt belang melintang biru tua dan putih, juga berkain pelikat. Mereka mungkin berada dalam golongan  pertengahan umur walaupun Mat Biru sudah beruban.

Lelaki-lelaki yang berada di situ samada sedang berborak-borak sambil minum atau makan ataupun sebahagian besar hanya duduk untuk menghabiskan rokok di tangan, walaupun  jelas kedengaran imam sedang berkhutbah. Di pertengahan khutbah pertama, Mat Belang sempat mengoder teh ‘o’ panas. Dalam hati saya beristighfar dan berkata…..Ssempat ke dia nak minum?”. Selamba saja mereka berdua bersembang tanpa menghiraukan khutbah yang sedang dibaca.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

Jika kamu berkata kepada temanmu pada hari Jum’at, “Diamlah kamu” sementara imam sedang berkhutbah, maka sungguh engkau telah berbuat kesia-siaan”. Muttafaqun ‘alaihi
Ucapan “diamlah kamu” teranggap memutuskan perhatian dari mendengar khutbah walaupun sebentar sehingga menghasilkan kesia-siaan. Ini adalah keadaan orang yang menasehati (baca: menegur), maka bagaimana pula dengan orang yang memulakannya (yang ditegur-pent.)

Al-Hafzh menyatakan dalam Al-Fath, “Maka jika beliau (Nabi) menghukumi ucapan “diamlah kamu” -padahal dia adalah orang yang beramar ma’ruf- sebagai kesia-siaan, maka ucapan yang lainnya lebih lagi dianggap sebagai kesia-siaan”.

Selesai khutbah pertama dibaca Mat Biru dan beberapa orang yang lain bangun meninggalkan kedai menuju masjid tetapi Mat Belang bersama beberapa orang yang lain, termasuk Pakcik ‘ambil oder’ dan mamat ‘tukang bancuh air’ masih berada dalam kedai. Apabila khutbah kedua mula dibaca Mat Belang minta ketul ais untuk tehnya yang masih panas untuk diminum. Selesai khutbah kedua dibaca barulah dia berserta beberapa yang lain bangun  menuju ke masjid.

Menurut jumhur ulamak, khutbah merupakan antara syarat sah solat Jumaat.  Sa’id bin Jubair berpendapat bahawa khutbah menyamai 2 rakaat solat zuhur, seandainya khutbah ditinggalkan dan mengerjakan Solat Jumaat sahaja bererti kita telah meninggalkan dua rakaat solat Zuhur

Kemudian saya terpandang di sebalik almari lauk-pauk masih ada empat orang anak muda duduk bersembang-sembang di sebuah meja. “Mereka ini budak-budak China agaknya.”, hati saya berkata-kata.

Semasa khutbah kedua sedang dibaca hujan turun dengan lebat sekali…..agaknya sebab itulah cuaca sebelum hujan itu sangat panas (mengikut teori orang tua-tua). Apabila solat hendak bermula saya pun berpindah duduk di bahagian luar kedai supaya saya dapat melihat bahagian dalam masjid. Mudah untuk saya tahu bila solat telah slesai sambil menunggu hujan rahmat berhenti.

Sebaik sahaja keluar terpandang di kiri saya dua orang budak sekolah sedang nyenyak tidur di sebuah sofa buruk. Saya pun kejutkan mereka dan dengan bingkas mereka bangun dan kelihatan begitu terkejut apabila terpandang saya, menyuruh mereka pergi solat. Tanpa banyak bicara mereka meninggalkan sofa buruk itu. Selepas itu saya mencari tempat duduk di sebelah kanan. Alangkah terkejutnya saya apabila melihat sekumpulan empat orang anak muda yang saya sangka berketurunan China itu sebenarnya orang Melayu yang secara otomatiknya beragama Islan di Malaysia ini. Salah seorangnya lengkap memakai baju melayu berkain pelikat. Sampai hati mereka tak ke masjid yang hanya beberapa meter saja dari meja duduk mereka!

Siapakah yang hendak mereka tipu ……. ibu-bapa mereka, kawan-kawan, diri mereka ataupun Allah? Tidak ada lansung perasaan malu dalam diri mereka!

Salah Siapa?

Siapakah yang sepatutnya dipersalahkan dalam hal ini? Siapakah yang akan menanggung dosa …… tuan kedai, pelanggan atau kedua-dua?

Islam tidak melarang umatnya berjual beli pada hari Jumaat tetapi bersyarat. Firman Allah di dalam surah al-Jum’ah ayat 9  yang bermaksud:

 ”Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikumandangkan seruan mengerjakan Solat Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah S.W.T dan tinggalkanlah jual beli (pada saat itu) ; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu , jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah dari limpah kurnia Allah S.W.T, serta ingatlah akan Allah S.W.T banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya ( di dunia dan di akhirat).

Dalam kes di atas kami berasa selesa dapat menjamu selera di situ kerana dapat menjimatkan waktu supaya suami dan anak dapat masuk awal ke masjid.

Allah S.W.T  memberi ganjaran yang besar kepada mereka yang sering berusaha datang awal ke Masjid  pada hari Jumaat terutama sebelum khatib berkhutbah. Dalam sepotong hadith Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Apabila tiba hari Jumaat, maka pada setiap pintu masjid  terdapat malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutan. Apabila imam / khatib telah duduk di atas mimbar, maka malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengar khutbah.”

Dilema di atas boleh dielakkan jika semua pihak (penjual, pembeli dan pihak berkuasa) mengambil beberapa tindakan seperti di bawah:

Pertama: Aktiviti jual beli hendaklah ditangguhkan sementara waktu ketika mana  azan kedua berkumandang.

Kedua: Perniagaan boleh diteruskan dengan syarat urus niaga tersebut dijalankan antara penjual wanita dan pembeli wanita sahaja.

Ketiga:  Para jemaah lelaki disarankan agar menangguhkan urusniaga di samping  mengambil peluang  masuk awal ke dalam masjid mendengar khutbah .

Berita 21 Julai 2010:

(AFP) – Muslims must not wear the famous Manchester United red jersey because of the “devil” emblem on its team crest, Malaysian clerics said today.

Manchester United and the rest of the English Premier League are massively popular in Muslim-majority Malaysia and the rest of the Asian region, but conservative religious scholars said the jersey is un-Islamic.

Also off limits are the shirts of teams including Brazil, Portugal, Barcelona, Serbia and Norway, all of which carry images of the cross on their team emblems.

“This is very dangerous. As a Muslim, we should not worship the symbols of other religions or the devils,” Nooh Gadot, a top Islamic cleric from Johor, said.

“It will erode our belief in Islam. There is no reason why we as Muslims should wear such jerseys, either for sports or fashion reasons,” said Nooh, an adviser to the Johor religious council.

“Even if it (the jersey) is a gift, we should decline it. It is even more sinful when people realise this is wrong and still buy these jerseys to wear,” he added.

Nooh said there was no “fatwa”, or religious edict, against the shirts but that one was not needed when it was clearly wrong for Muslims to don such a garment.

“These Muslims should repent, repent immediately,” he said.

Another leading cleric, Harussani Zakaria, a cleric from Perak, agreed that devils should be shunned, not celebrated.

“Yes of course in Islam we don’t allow people to wear this sort of thing,” he said. “Devils are our enemies, why would you put their picture on you and wear it? You are only promoting the devil.”

Malaysia is a generally moderate Islamic country, but conservative clerics have issued controversial edicts in the past including a ban on the ancient practice of yoga, which is criticised for including Hindu religious elements.

 

lambang pasukan bola Manchester United

Setelah membaca berita di atas pada minggu lepas, saya rasa terpanggil untuk menyentuh isu ini kerana sebahagian besar daripada kehidupan saya memang pernah berkait dengan simbol dan adat-adat agama Keristian. Benarkah simbol-simbol dan emblem yang tidak Islamik ini benar-benar mampu mempengaruhi aqidah umat Islam? Saya bukanlah seorang yang arif agama seperti ulamak kita di atas untuk mencanggah pendapat mereka. Namun saya ingin berkongsi  menceritakan pengalaman yang saya dan keluarga telah lalui dalam isu yang sama.

Dari sejak alam persekolahan sehingga kini, saya sudah lali dengan simbol “cross” agama Keristian. Begitu juga dengan anak-anak saya …… mereka tidak berasa janggal dengan simbol itu.

Pada tahun 1968 saya telah dimasukkan ke sebuah sekolah Convent. Ini adalah sekolah yang dikendalikan oleh orang Keristian. Selama 11 tahun saya belajar di sekolah ini (6 tahun sekolah rendah dan 5 tahun sekolah menengah). Guru besarnya semasa di sekolah rendah adalah seorang “Nun” dan semasa di sekolah menengah pengaruh Keristian sudah mula cair. Guru besarnya adalah dari kalangan guru biasa tetapi beragama Keristian. Walaupun begitu aktiviti-aktiviti keagamaan masih seperti biasa.

Setiap hari dalam kelas, sebelum memulakan pembelajaran kami diminta memandang ke salib ( dilekatkan ke bahagian atas dinding depan) sambil membaca, “In the name of the holy father, the holy son and the holy  spirit”  (sambil membuat simbol “cross” dengan meletakkan hujung jari di atas dahi, di tengah dada, bahu kiri dan bahu kanan). Kemudian disambung dengan doa ringkas. Kadang -kadang ada guru yang menyambung dengan doa lain yang lebih panjang. Walaubagaimanapun kami murid-murid Islam dikecualikan daripada membaca doa itu. Namun kami mendengar doa itu dibaca setiap hari persekolahan selama 6 tahun semasa berada di sekolah rendah.

Rupa salib yang terpampang dalam kelas itu lebih kurang begini rupanya

Selain daripada ini, kadang -kadang kami juga terpaksa menghadiri kelas moral yang diisi dengan cerita-cerita daripda bible, apabila kelas agama Islam dibatalkan.  Waktu kelas muzik pun ada kalanya diajar lagu-lagu berunsur keagamaan yang biasa dinyanyikan di gereja. Ketika itu kami tidak tahu pun yang dinyanyikan itu lagu Keristian …….. seronok ikut menyanyi bersama …….  kerana lagunya sedap-sedap belaka!

Di waktu lain pula kami selalu dilawati paderi-paderi besar (memakai jubahnya) yang datang untuk program”pengampunan dosa”. Saya sendiri sangat terpikat dengan keramahan dan kelembutan mereka dalam menegur dan menyapa murid-murid. Kadang-kadang mereka juga datang untuk mengadakan upacara sembahyang khas atau “mass” sempena peristiwa-peristiwa tertentu. Saya masih ingat saya dan kawan-kawan Islam yang lain dikehendaki mengahadirkan diri dalam salah satu upacara sembahyang ini yang diadakan kerana kematian seorang pembesar negara.

Lencana sekolah kami juga mempunyai lambang “cross”. Saya memakainya selama 11tahun di alam persekolahan. Pada ketika itu ramai juga

Lencana sekolah sekarang ...... lambang cross telah diganti dengan bintang

anak-anak melayu yang bersekolah di sekolah itu. Ini kerana ianya adalah sekolah yang paling hampir dengan kampung kami. Seingat saya tidak pernah terdengar cerita-cerita murtad yang berlaku di kalangan kami, walaupun cerita-cerita berzina dan dadah memang sudah ada sejak zaman itu.Lambang sekolah sekarang sudah agak Islamik sedikit kerana lambang salibnya telah digantikan dengan bintang ……… simbol Islam agaknya?? Kalau tak silap warnanya pun sudah ditukar …….. dulu warnanya merah menyala!

Selepas tingkatan 5 saya terus menyambung pelajaran ke UK ……. sebuah negara Keristian. Sekali lagi saya bergelumang dengan nilai-nilai Keristian dan aktiviti-aktiviti yang tidak Islamik ……. Christmas, boxing day, valentines day, easter dan lain-lain. Pertama kali jejak kaki di bumi UK saya telah dibawa melawat Cathederal di Durham. Selama 4 tahun saya berada bersama mereka.

Saya telah kembali semula tinggal di UK pada tahun 1990 selama setahun dan lagi sekali dari tahun  2002 sehingga 2006. Kedua-dua kali ini saya bersama dengan anak-anak dan suami. Cabaran kali ini lebih besar kerana anak-anak bersekolah dan berada dalam sistem pendidikan mereka. Bukanlah suatu yang mudah untuk mengelak dari  terlibat dengan aktiviti-aktiviti keagamaan mereka terutama semasa berada di sekolah. Buat pertama kali anak-anak terdedah dengan agama Keristian.

Di sekolah saya telah membenarkan anak-anak untuk terlibat sekali dalam akviti-aktiviti seperti Christmas play, lawatan ke churh dan Hindu temple dan Harvest festival. Ini untuk mengelak dari prasangka yang tidak baik dari guru terhadap anak-anak kerana pihak sekolah juga ada mengatur program berunsur agama lain. Mereka ada buat lawatan ke masjid. Mereka juga ada membuat pertunjukan Hari Raya. Semua aktiviti ini disertai oleh semua murid. Kebetulan sekolah anak saya ini ada ramai murid Islam.

Selama 4 tahun mereka bersekolah di sini saya tidak pernah rasa risau kot-kot mereka terpengaruh dengan agama Keristian. Ini kerana saya akan sentiasa meninjau pemikiran mereka dan pada masa yang sama memberi input dan informasi tentang agama Islam. Contohnya apabila gurunya menceritakan tentang kisah Nabi Isa versi orang Keristian saya akan menceritakannya balik versi agama Islam. Begitulah seterusnya, saya akan selalu membuat perbandingan antara agama Keristian dan agama Islam.

Kebetulan anak saya ramai lelaki. Jadi selama berada di Uk memang banyak mengumpul jersi bola dan barang-barang suvenir dari UK. Tidak dinafikan setengahnya ada simbol-simbol yang terlarang itu, tetapi semasa membelikannya saya tidak pernah terfikir untuk mengagung-agungkannya atau memujanya. Setiap perbuatan yang berlebih-lebihan  pasti akan meninggalkan kesan yang buruk. Islam sangat-sangat menggalakkan kesederhanaan dalam kehidupan kita.

Sebuah hadis riwayat Abu Dawud dan Akhmad mengingatkan kita yang ertinya :

Makanlah, minumlah, berpakaianlah, dan bersedekahlah dengan tidak berlebih-lebihan dan tidak pula bermegah-megah.

Lambang (England) ini selalu digunakan di atas baju dan barang suvenir yang lain

Pada pendapat saya apalah pengaruh yang ada pada simbol-simbol ini jika hendak dibandingkan dengan kesan pengaruh yang ditinggalkan jikalau kita berada dalam sistem pendidkian mereka. Selama 11 tahun saya memakai lambang ini tidak pernah terlintas sekali pun di hati ingin menukar agama. Bahkan semasa di sekolah saya akan sentiasa teringat bahawa saya adalah orang Islam ……. ini membuat saya sangat berhati-hati dalam tindakan saya seperti tidak membeli masakan dari kantin yang diusahakan oleh orang bukan Islam. Mungkin ini adalah hidayah daripada Allah SWT.

Wallahua’lam. Saya dan anak-anak insyaAllah masih  teguh  aqidah kami walaupun pernah berada dalam sistem pendidikan mereka. Pokoknya di sini bukanlah mana-mana lambang atau pengaruh luar yang menjadi punca utama kerosakan aqidah. Sebab utamanya ialah kurangnya didikan agama di rumah dan pemantauan ibu-bapa.

Coretan oleh:

http://saramsa.wordpress.com

http://www.DuniaHerba.net/saramsa

Di bawah ini adalah petikan dari satu emel yang disiarkan di laman web resmi PPIM.

Ianya merupakan luahan hati saudara Razali Awang, pemberita TV 3 yang turut ke Gaza baru-baru ini, dan diceritakan semula oleh salah seorang pendengarnya.

Mesir

Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 mas jid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran…  “Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas !” – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!!  Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine )
Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid.  Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap “Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi”…like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan ros ak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org…tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Ha mas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas . Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serangngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn…

Rakyat Palestine
Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza …So, inilah yg diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha…yg paling dekat…SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .

Bom fosforus adalah antara bom yang dilarang guna dalam peperangan. Walaupun jelas terbukti Israel telah menggunakannya ke atas penduduk Gaza, tetapi tiada apa-apa tindakan yangt telah diambil terhadapnya, seperti mana biasa!

Lihat kesan bom jenis ini …….. walaupun selepas 5 hari bangunan ini di bom, namun api masih lagi menyala dan membakar lantainya.

coretan oleh:

http://saramsa.wordpress.com

http://www.DuniaHerba.net/saramsa

Menurut pandangan Prof  Dato’  Dr Khoo Kay Kim, sistem pendidikan hari ini melahirkan generasi yang mindanya terkongkong …… baik pelajarnya maupun gurunya.

Petikan daripada HarakahDaily.Net
KHOO KAY KIM: Sistem pendidikan hari ini membuat andaian yang salah. Kalau diperhatikan dasar pelajaran secara rasmi, yang disebut tidak sama dengan apa yang berlaku. Kita perlu beri perhatian pada apa yang berlaku bukan apa yang tertulis di kertas. Contohnya pada  1956 Kerajaan keluarkan Penyata Razak mengenai Dasar Pelajaran Kerajaan. Dasar tersebut mengatakan objektif utama sistem pelajaran kebangsaan ialah perpaduan negara. Sekarang tidak ada sekolah memberi keutamaan tersebut. Lama kelamaan kita dapati dasar utama setiap sekolah ialah murid mesti mendapat grad A seberapa banyak dalam peperiksaan. Akhbar juga memberi perhatian utama pada perkara ini.
Keputusan peperiksaan sebenarya tidak menjamin masa depan. Kita boleh mendapat 15A tahun ini tapi sepuluh tahun akan datang apa yang akan terjadi? Sebenarnya tidak ada jaminan, terutama jika mendapat A kerana cekap menghafal.

Berdasarkan pengalaman Prof di universiti, adakah situasi yang sama dihadapi di universiti?
Ya, mereka di universiti hari ini ramai yang lulus peperiksaan kerana menghafal. Mereka menggunakan perkataan atau istilah dengan tidak memahami istilah atau perkataan tersebut. Mereka hanya dikehendaki memberi jawapan untuk satu soalan. Walhal banyak soalan memerlukan lebih dari satu jawapan. Setiap orang itu mesti berfikir bukan permudah. Jadi, jika kita belajar sehingga universiti dan berpendapat untuk setiap soalan ada satu jawapan, itu bererti kita belum terdidik.

Pendidikan bererti banyak aspek yang perlu diutamakan. Bukan hanya lulus peperiksaan. Seseorang itu mesti diberi latihan untuk mendidik murid. Ini bererti memberi perhatian pada setiap orang murid itu sebagai individu, watak seseorang itu, kelemahan kecenderungan, latar belakang. Dengan cara ini, seorang pendidik itu beransur-ansur mendidik murid.

Keadaan di universiti sekarang sudah sampai ke satu peringkat di mana pensyarah takut gagalkan penuntut. Pemikiran mereka ialah apabila mereka gagalkan seseorang penuntut, itu akan merosakkan periuk nasinya. Jika peperiksaan tidak dikaitkan dengan periuk nasi, barulah sesebuah universiti itu dapat memberi manfaat pada masyarakat. Mereka yang datang ke universiti untuk meluaskan pemikiran, bukan pasport untuk mendapatkan pekerjaan.

Tidak ada faedah jika lulus peperiksaan hanya untuk bergelar graduan saja. Minda akan terkongkong, sepatutnya pensyarah cuba membebaskan minda penuntutnya, supaya jika kurang faham, dia berani menyoal dan ingin menambahkan pengetahuan. Semua ini penting.

Bagaimanakah ciri-ciri universiti yang ideal?
Ia adalah universiti yang berani meneroka idea baru, universiti yang tidak menerima jawapan biasa sebagai jawapan muktamad dan universiti di mana orang akan sentiasa mencipta idea. Bukan bagaimana kita seharusnya melakukan sesuatu. Ini pendekatan yang ada struktur yang tidak akan membawa pada kreativiti. Jika kita biasa buat apa yang orang buat, tidak ada daya cipta.

Flowers are Red

By : Zain Bhikha

(Dawud Wharnsby Ali, Muhammed Bhikha & Rashid Bhikha ( Fakazi Ngwekazi (Nhlanhla), Linda Gcwensa & Mfana Nxumalo (Sipho)


A little boy went first day at school
He got some crayons and he started to draw
He put colors all over the paper
For colors was what he saw
The teacher said, “What you doin’ young man?”
“I’m paintin’ flowers see”
“Well this is not the time for art young man
And anyway flowers are green and red
There’s a time for everything young man
a way it should be done
You’ve got to show concern for everyone else
For you’re not the only one”
And she said…
“Flowers are red
Green leaves are green
There’s no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen “
But the little boy said…
“There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one”
Well the teacher said… “You’re sassy
There’s a way that things should be
And you’ll paint flowers the way they are
So repeat after me…”
she said…

“Flowers are red
Green leaves are green
There’s no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen “
But the little boy said again…
“There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one”
Well the teacher put him in a corner
She said… “It’s for your own good…
And you won’t come out ’til you get it right 
responding like you should”
Well finally he got lonely
Frightened thoughts filled his head
And he went up to that teacher
And this is what he said
“Flowers are red, green leaves are green
There’s no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen”


Well time went by like it always does
he moved to another town
And the little boy went to another school
And this is what he found
The teacher there was smilin’
She said…”Painting should be fun
And there are so many colors in a flower
So let’s paint every one”
that little boy painted flowers
In neat rows of green and red
And when the teacher asked him “why”

This is what he said..
“Flowers are red, green leaves are green
There’s no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen.”
But there must still be a way to have our children say,
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one

Penyanyi asal lagu ini ialah Harry Chapin. Dia juga pencipta lagu ini. Pada suatu hari dia telah dipanggil ke sekolah anaknya untuk berbincang dengan gurunya perihal anaknya yang bermasalah. Hasil dari pertemuan itu dia merasakan berlaku pertembungan karekter antara anak  dan gurunya itu. Dia melahirkan perasaannya itu dengan mengabadikannya dalam bentuk lagu Flowers are Red.

Lagu ini telah dinyanyikan semula oleh Zain Bhikha dalam versi yang lebih menarik. Ada orang komen, ” What has this song got to do with Islam? “,  sebab penyanyi Zain Bhikha selalunya menyanyi lagu yang ada kena mengena dengan Islam.

Memang benar tidak terdapat satu istilahpun di dalam lagu itu yang boleh dikaitkan dengan Islam. Namun mesej yang hendak disampaikan sangat diambil berat oleh mereka yang benar-benar faham tentang pendidikan anak-anak dalam Islam atau istilah Arabnya ” Tarbiatul Aulad “.

Anak-anak lahir ke atas bumi ini dalam keadaan suci dan bersih seperti mana hadis Rasulullah s.a.w. menjelaskan yang bermaksud:

Setiap anak yang lahir itu ibarat kain putih, ibu bapanya yang mencorakkan sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Beginilah keadaannya, apabila  yang mendidik terkongkong mindanya, maka yang dididik juga akan mempunyai minda yang terkongkong. Para pendidik harus melakukan anjakan paradigma agar apa yang ingin disampaikan selari dengan keadaan semasa.

Jikalau dahulu anak-anak di tadika tidak tahu bagaimana hendak mewarnakan gambar nasi …..  kenapa?……” sebab nasi warna putih……kalau warna pun tak nampak sebab kertasnya warna putih.”

Tetapi pada hari ini saya yakin anak-anak tadika tidak lagi mempunyai masalah  untuk mewarnai gambar nasi …… kerana sekarang terdapat berbagai-bagai warna nasi! ……. ada warna merah, hijau, biru, kuning, oren, dan sebagainya.

Para pendidik tidak sepatutnya mendidik anak-anak dengan mempamerkan kuasa yang ada pada mereka sehingga menyebabkan anak-anak itu sangat takut kepada guru mereka. Jadikanlah anak-anak didik mereka sebagai kawan yang boleh bertukar-tukar pendapat dan tegur-menegur. Dari dulu sampai sekarang kebanyakan anak-anak sekolah (terutama yang luar bandar) mempunyai pandangan yang sama … “The teacher is always right” …… kalau tahu cikgu salah pun, tak berani nak tegur!

Ketika anak bongsu saya baru mula masuk sistem pendidikan di Malaysia, dia tidak berani membetulkan kesalahan gurunya. Hatta sehingga sekarang! Dia hanya boleh merungut di rumah sahaja, “Cikgu sebut sandcastle tak betul” dan ada beberapa lagi yang dia komplen terutama dari sudut sebutan dan ejaan dalam bahasa Inggeris. Namun pada masa sekarang sudah jarang  dia komplen …….. samaada gurunya sudah memperbaiki mutu bahasa Inggerisnya ataupun he doesn’t care anymore …… dah terima hakikat itu.

Namun keadaan ini sangat berbeza apabila anak-anak saya bersekolah di UK. Rata-rata gurunya “sangat baik” …. mereka boleh dianggap sebagai kawan yang boleh diajak sembang dan bergurau. Hubungan guru dengan murid sangat baik. Mungkin ada yang kata, ini menyebabkan murid berani “pijak kepala guru”. Mungkin ada kebenarannya tetapi nilai-nilai positif yang ada mengatasi nilai negatifnya.

Sistem pendidikan di sana  tidak memberatkan ujian. Mereka lebih  utamakan kemaslahatan murid-muridnya ……. jarang bawa balik kerja sekolah ke rumah, tidak ada beg sekolah yang berat perlu dipikul (hanya bawa file bag saja), tidak ada ujian yang besar ( hanya sekadar latihan ), dan sudah tentu tidak ada nombor kedudukan dalam kelas. Semasa perjumpaan ibu-bapa dan guru pada hari terbuka, semua yang diceritakan oleh guru tentang muridnya, yang baik-baik belaka.

Dari pengalaman dan perhatian saya, anak-anak yang melalui sistem ini mempunyai keyakinan diri. Mereka berani tampil ke hadapan apabila diminta oleh guru tanpa segan silu. Apabila ditawarkan tugasan, masing-masing berebut-rebut mengangkat tangan untuk dipilih. Guru dan murid boleh berbual seperti kawan-kawan.

Tahun yang terakhir kami berada di sana kami telah merancang untuk bercuti ke Spain semasa Easter break selama 2 minggu. Semua anak-anak telah mengetahuinya. Jadi hari terakhir sebelum mula bercuti,  guru anak saya yang bongsu itu telah menanya dia,

GuruWhere are you going for the holiday Afnan?  ( Memang budaya mereka ‘makan angin’     apabila cuti panjang)

Afnan:  Spain.

Guru:  Oh! …really? Can I come with you?

Afnan: I don’t know …. (balik kena tanya mak ayah dulu kot)

Perbualan inilah yang anak saya selalu ingat sampai sekarang. Apabila kami pergi bercuti dia akan recall balik perbualan di atas.

Walaupun anak saya sudah melalui sistem itu selama empat tahun, namun apabila dia masuk sistem pendidikan di Malaysia, hilang semua keyakinan dirinya. Ini kerana dia terkejut dengan budaya belajar di sini. Sehingga sekarang, setelah tiga tahun belajar di sini, dia masih tidak berani untuk bercakap dengan mana-mana guru sekolahnya. Ini kerana dia melihat guru-guru di sini sebagai “harimau yang nak terkam dia”. Hal ini terjadi kerana beberapa kali dia melihat gurunya menampar dan memukul rakan sekelasnya. Walaupun perkara ini tidak pernah terjadi pada dirinya, namun dia masih merasai ketakutan itu sehingga kadang-kadang dia merengek tidak mahu  ke sekolah jikalau tidak sempat siapkan kerja sekolahnya.

Kita tidak mahu sistem pendidikan kita hanya mampu melahirkan generasi “burung kakak tua” yang hanya pandai mengulangi apa yang telah diajarkan kepadanya. Kita mahu generasi yang ada mampu menggunakan akal yang dianugerahkan ilahi dengan meneroka setiap sudut pelusuk alam. Biarlah mereka menjadi individu yang berinovasi, berani mencipta dan mencuba idea-idea baru supaya mereka benar-benar tahu dan mengenal potensi yang ada pada diri mereka.

Wallahualam!

Coretan oleh:

http://saramsa.wordpress.com

http://www.DuniaHerba.net/saramsa


Di bawah ini adalah lagi satu artikel yang saya muatkan dalam lembaran wasilah keluaran Januari baru-baru ini. Walaupun hari ini sudah  13 hari kita berada di tahun 2010, rasanya ramai di antara kita masih dalam proses peralihan atau penyesuaian ke tahun baru.

Anak bongsu lelaki  saya yang baru masuk ke Tingkatan 1 masih belum memulakan pembelajaran seperti biasa. Sekolahnya masih mengadakan program suaikenal selama sebulan. Walaupun anak saya bersekolah di sekolah harian, namun disebabkan ianya jauh dari rumah, kami terpaksa menempatkannya di asrama. Saya pasti, sangat banyak perubahan dan penyesuaian yang perlu dilaluinya dalam kehidupan seharian …….. daripada makan “nasi kawah” (sangat memilih makanan) hinggga ke pengurusan diri sendiri seperti membasuh dan menggosok pakaian sendiri, yang tidak pernah dibuatnya sebelum ini.

Penghijrahan atau perubahan ini perlu dilaluinya demi kebaikan dirinya. Proses inilah yang akan mematangkannya dan membuat dia berdikari dan berkeyakinan. Kami mengharapkan  pengalaman ini akan menjadikannya seorang insan yang lebih baik daripada sekarang dan insan yang berguna di masa akan datang ….. ” Melentur aur biarlah dari rebungnya”.

Teruskanlah membaca tulisan saya ini …….

SABAN tahun kita melihat bagaimana Negara menyambut Tahun Baru dengan  rakyat berhimpun beramai-ramai untuk mengira detik 12 malam.Sambutan tahunan yang diadakan ini adalah tidak bermakna dan mengandungi aktiviti yang tidak berfaedah dan tersasar jauh dari budaya ketimuran yang mana akhirnya akan hanya mengundang kepada perlakuan sumbang dan keji para muda-mudi.

Sambutan tahun baru yang dirayakan dan dianjurkan setiap tahun  amat  tidak selaras dengan kehendak Islam serta menyimpang daripada budaya dan adat kesopanan orang timur. Adakah kita mahu dan rela muda-mudi bangsa melalai dan merosakkan diri mereka sendiri setiap kali tibanya tahun baru? Jadi, apakah cara terbaik  bagi umat Islam menyambut  Tahun Baru  mahupun Tahun Hijrah yang mampu meninggalkan kesan kepada kita?

Menyambut tahun baru dengan berpesta bunga api dan berhibur

Tidak kiralah sama ada menyambut Tahun Baru Miladiah (Tahun Baru) ataupun Tahun Hijrah (Awal Muharam), keduanya membawa satu penekanan iaitu setiap individu akan mengalami suatu proses penghijrahan dari satu tahun ke tahun yang berikutnya, sama ada  kita telah bersedia ataupun tidak, atau telah berjaya mencapai azam tahun lalu ataupun tidak.

Tahun baru sepatutnya disambut dengan azam; penghijrahan untuk memperbaiki  diri dan   kehidupan dengan merenung kepada pencapaian tahun lalu. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan

(surah al-Hashr: 18).

Penghijrahan yang hakiki di zaman ini adalah seperti yang disebut oleh Nabi dalam hadisnya yang bermaksud, daripada Abdullah bin Habsyi, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.”

(Hadis riwayat Abu Dawud)

Perayaan Maal Hijrah yang disambut di seluruh negara sebenarnya bukan merupakan semangat yang dihayati tetapi hanyalah satu rutin sempena Muharram. Aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada pemantapan aqidah sepatutnya menjadi agenda utama para pemimpin.

Pendekatan yang digunakan bagi menyambut  tahun baru seharusnya dikaji dengan lebih teliti bagi memastikan ia senantiasa berada di landasan agama dan budaya dan tidak hanya sekadar  sambutan yang melalaikan tanpa diterapkan di dalam sanubari rasa keinsafan dan semangat baru bagi  mengatasi  pencapaian lalu.

Rasa keinsafan dan semangat baru ini hanya dapat diisi oleh mereka yang sanggup serta dengan penuh kesungguhan untuk berubah, kerana Allah s.w.t tidak akan mengubah nasib hamba-hamba-Nya jika mereka sendiri tidak mempunyai semangat dan iltizam untuk berubah. Dengan semangat sedemikian, nescaya perubahan yang dibawa, akan memberi makna yang besar bukan sahaja kepada diri, tetapi juga keluarga, bangsa, agama dan negara tercinta.

Apakah kita langsung kita tidak boleh mengadakan sebarang majlis pada awal tahun hijrah? (jawapan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin)

Jawapan: Sambutan Hijrah ini tidak boleh dibuat atas asas ianya amalan khas agama ini, kerana kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada mengada-adakan perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w. dalam soal ibadah atau menokok tambah agama, sedangkan baginda bersabda:

“Sesiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan agama ini maka dia tertolak”

( Riwayat Muslim )

Namun majlis mengingatkan rakyat tentang tahun baru ini , pada pandangan saya,  boleh diadakan atas adat negeri atau bangsa dengan tujuan mengingatkan rakyat tentang tarikh baru sesuatu tahun. Ini membolehkan mereka merancang aktiviti dan menimbulkan semangat kesepakatan serta kesungguhan. Perhimpunan menggerakkan semangat pencapaian dan kerja adalah urusan kehidupan yang dibolehkan syarak selagi tiada dalil tentang keharamannya. Ia bukan ibadah khusus. Di samping itu, seperti mana apabila kita melintasi sesuatu tempat atau negeri kita menyebut tentang sejarahnya. Demikian juga apabila kita melintasi sesuatu tarikh kita di bolehkan menyebut tentang sejarahnya, sebagai satu pengajaran dan proses pembelajaran.  Namun ibadah yang khusus sempena tarikh berkenaan tidak boleh dilakukan melainkan terdapat dalil yang sabit daripada baginda Nabi s.a.w.

Marilah sama-sama kita menyambut kedatangan bulan Muharram dengan berlumba-lumba mengerjakan amal kebajikan agar  kita memperolehi kebahgiaan yang hakiki. Kita mengisinya dengan tafakur, tasyakur, muhasabah, zikir, dan takhthit (perancangan).

coretan oleh:

http://saramsa.wordpress.com

http://www.DuniaHerba.net/saramsa

Mesir sebuah negeri yang penuh dengan sejarah Islam dan kisah para anbiya. Pelancong berpusu-pusu ke negara itu untuk melihat kesan-kesan sejarah yang ditinggalkan. Kehebatannya hanya bergantung pada kisah silam. Namun pada hari ini tindakan-tindakan yang diambil hanya  menjadikannya sebuah negara yang dicemuh oleh sebilangan penduduk dunia ….. baik yang kafir maupun yang Islam.

Lihatlah tindakan yang diambil terhadap konvoi bantuan ke Gaza yang sepatutnya tiba pada hujung tahun 2009 tetapi disebabkan kerenah negeri Mesir, ia hanya tiba tengah malam semalam. Di bawah ini adalah surat dari VPM (Viva Palestina Malaysia):

Dear all,

The convoy of hope from London to Gaza has been attacked. Members injured & hospitalised, also arrested, including a Malaysian student. This was because the convoy members protested against the Egyptian government’s refusal to allow some 50 trucks into Gaza. Bear in mind that the convoy complied with all of Egypt’s demands before this.

I spoke to Mr George Galloway via telephone Wed, 6th Jan at 7.36 am (M’sian time) & he said there was “massive violence” by the Egyptian police. Stones were thrown, beatings, tear gas. Some members have been hospitalised & some arrested. Those arrested include a Malaysian student studying in the UK. Currently 10 Turkish MPs are negotiating with top Egyptian officials. Egypt has just proven to the world that there is indeed a siege on Gaza.

Viva Palestina Malaysia is very concerned for our fellow Malaysians & all the rest in the convoy. Malaysia has 9 vehicles carrying aid to the people of Gaza.

VPM will be handing over a memorandum to the Egyptian ambassador this afternoon expressing our outrage at this latest incident and demanding that the Egyptian government ensures the safety of the convoy and the quick delivery of badly needed aid.

VPM calls on all our friends to join us this afternoon when we hand over the memo and bring about a conclusion to this journey which began a month ago over thousands of miles.

Pihak Mesir telah melarang  konvoi memasuki  port Nuweiba untuk ke Rafah sebelum memasuki Gaza.

Mereka terpaksa berpatah balik ke Syria mencari jalan alternatif untuk sampai ke Rafah. Tindakan Mesir ini telah menjadikannya sekutu besar Israil dalam usahanya menceroboh Gaza dan menjadikan ia satu kawasan penjara yang terbesar di dunia.

coretan oleh:

http://saramsa.wordpress.com

http://www.DuniaHerba.net/saramsa


Semalam  Mahkamah Tinggi telah memutuskan Nizar adalah MB Perak yang sah. Pada  tanggal 6 Februari 2009 yang lalu telah tercatat dalam sejarah politik Malaysia sebagai Hari berlakunya rampasan kuasa di negeri Perak Darul Ridzuan. BN telah melakukan silap mata, “kejap ada kejap tak ada”. Ini semua adalah gara-gara ingin berkuasa semula dan tidak sabar untuk menanti pilihanraya yang akan datang.

Pada 7 Mei yang lepas Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak telah diadakan dan kita melihat bagaimana manusia yang “gila” kuasa ini menggunakan segala kuasa yang ada memperalatkan polis untuk melaksanakan impian mereka. Memang benar sekali apabila manusia sudah mabuk dia hilang pertimbangan untuk melakukan sesuatu yang normal. Mereka akan membuat perkara yang tidak rasional walaupun mereka tahu yang ia adalah salah. Nafsu mengatasi akal fikiran.

Saya bukanlah minat menulis pasal politik tetapi saya amat berminat apa yang berlaku di Perak kerana itu negeri ‘teman’ yang berasal dari Ipoh. Semasa berlaku “rampasan kuasa ” hari itu risau juga pasal ahli-ahli keluarga yang berada di Ipoh. Perasaan inilah yang dimainkan oleh BN terhadap rakyat yang ingin melakukan perubahan.

Sebenarnya saya ingin menceritakan tentang manusia yang mempunyai berbagai-bagai ragam dan feel. Apabila kita terlalu asyik dengan sesuatu, ini boleh membuat kita menjadi seolah-olah “gila” atau “mabuk”. Contohnya mabuk cinta, gila talak, gila kuasa, gila duit, gila perempuan, gila judi dan bermacam-macam lagi.

Ketika saya bekerja sebagai “cleaner” semasa menemani suami buat PhD di UK, ada seorang  teman sekerja (keturunan Inggeris) merungut pasal salah seorang lagi teman lain (rakyat British tetapi keturunan India Afrika) yang “money crazy” katanya. Ada sahaja kerja extra dia akan ambil. Kemudian waktu cuti sekolah (kami kerja di sekolah) dia akan bawa kerja yang sepatutnya dibuat di rumah, ke tempat kerja, kerana waktu itu tidak banyak kerja yang kena dibuat “urgent” tetapi tidak bermakna tidak ada……curi tulanglah tuu!…. Dia sebenarnya mengambil upah menjahit (sub-con) dari sebuah kilang baju yang dibuat di rumahnya.

Sebuah hadis riwayat Abu Dawud dan Akhmad mengingatkan kita yang ertinya :

Makanlah, minumlah, berpakaianlah, dan bersedekahlah dengan tidak berlebih-lebihan dan tidak pula bermegah-megah.

Setiap yang berlebihan atau keterlaluan itu boleh mendatangkan keburukan. Makan berlebihan juga boleh menjejaskan kesihatan dan tidak ambil makanan yang secukupnya juga akan memberi kesan kepada kesihatan. Oleh itu bersederhanalah dalam setiap amalan kita.

coretan  oleh:

http://saramsa.wordpress.com

http://www.DuniaHerba.net/saramsa

Ramai sekali orang melatah,
Enaknya remaja semua dilapah,
Membujur lalu melintang patah,
Aku kini tualah sudah.

Janganlah kalian tersalah anggap,
Akan usia dan badan tegap,
Hingga bercakap tergagap-gagap,
Angkuh dan ego tak boleh cakap.

Namun remaja cuba teliti,
Yang mana betul lagi bererti,
Antara nafsu dan ikut hati,
Semuanya palsu menyesal nanti.

Ego kita jangan turuti,
Kalau diturut kesallah nanti,
Allah dah kurnia “aqal dan hati”,
Lekaslah guna sebelum mati.

Ingatlah Allah dan juga Nabi,
Remaja bukan hanya sekali,
Esok di akhirat sekali lagi,
Maka segeralah cuba insafi.

Apakah remaja untuk di tiau?,
Jadi samseng dan kutu rayau,
Atau lepak tegur tak hirau,
Hingga negara pun kacau bilau!.

Akibat khayal makan pil tidur,
Nayalah diri kerana terlanjur,
Yang tahu hanya untuk berhibur,
Akhirnya tertidur di atas kubur,

Sibuk kenapa gila nak cuba,
Entah kenapa nasihat tak guna,
Kalau dadah memangnya tuba,
Akhirnya hidup merana jua.

Lalang dan semak tempat sembunyi
Ingin nikmati gam yang dibeli,
Ramailah hancur dan hilang budi,
Emak dan ayah tak dipeduli.

Malam dan siang tiada bezanya,
Anak derhaka entah di mana,
Jangan cuba hendak ditanya,
Ayah dan ibu pun ditengkingnya.

Hancurlah sudah hati siibu,
Ayahpun bingung hati berbuku,
Namun sianak berhati batu,
Yang dibuat apa dimahu.

Agaknya ini salah siapa?
Salah ibukah yang mengandungnya
Entah ayah yang manjakannya?
Kerana terlanjur begini jadinya?

Atau kerajaan yang memerintah?
Longgok hiburan untuk diratah,
Itu sebabnya remaja melatah,
Ramai terkorban hatinya patah.

Entahlah siapa hendak dituding,
Melihat semua menambah runsing,
Akibat gejala sosial meruncing,
Jelasnya dirilah termakan pancing.

Apalah gunanya tuding menuding,
Hanya menambah fikiran pusing,
Ada baiknya bawa berunding,
Nak mengatasi ikhlas yang penting.

Yang diperdebat hanya remaja!,
Apakah yang lain tak buat dosa?,
Saham mereka tidak dikira?,
Eloknya semua mesti disita.

Kalau dikira apa kurangnya,
Angkara mereka yang dah dewasa,
Lihatlah bukti dimedia massa,
Ironisnya haruan makan anaknya.

Remaja janganlah nak naik marah,
Eloklah terima berhati fasrah,
Memfokus kalian tidaklah salah,
Agaknya di situlah punca masalah.

Jelasnya semua dah serba salah,
Akibat melanggar perintah Allah,
Hadis dan Quran letak di sebelah,
Akhirnya negara ditimpa masalah.

Nak selesaikan segala masalah,
Yakinlah agama dah tunjuk arah,
Ayuh rujuklah segera kitabullah,
Selesaikan masalah usah berbalah.

Eloklah diteropong ke dalam diri,
Kuman dan virus dah serang hati,
Ambillah ubat dengan teliti,
Lekaslah rawat sebelum mati.

Ingatlah sekelian para remaja,
Remaja bukan sekali saja,
Esok di akhirat fikirkan juga,
Mahukah menjadi ahli neraka?

Andainya tidak segeralah taubat,
Janganlah hanya asyik tau buat,
Ayuh, segeralah mencari ubat,
Hampiri masjid buatlah ibadat.

Ayuhlah segera berbuat bakti,
Nak buat apa nanti menanti,
Yang degil biarkan di atas titi,
Andai terjatuh menyesal nanti.

Sayangilah diri dan keluarga,
Eloklah akhlak sentiasa dijaga,
Kelak menjadi penghuni syurga,
Allah dah janji jangan curiga.

LilLahi Ta’alalah amalan kita,
Iltizam mengamal ajaran agama,
Ramaikan masjid kita bersama,
Enak bersama ‘alim ulama.

Marilah bersihkan jiwa dan raga,
Ajaran agama sentiasa dijaga,
Janganlah malu mulalah segera,
Amalan kita bawa ke syurga.

Hati tak usah memikir cerca,
Amalan baik pemberat neraca,
Namun pelajaran teruslah baca,
Yang berjaya ceria di depan kaca.

Ayuhlah perjuangkan segala cita,
Semua menyokong tanpa cerita,
Elaklah dahulu ingin bercinta,
Kelak merana lain pula cerita.

Apa diburu sicantik jelita,
Lepas ijazah lainlah cerita,
Impian semua akan tercipta,
Rajinlah usaha mencapai cita.

Emak dan ayah tentu gembira,
Melihat anak menurut kata,
Akan dikabul segala pinta,
Jangan persia harapan mereka.

Akhirkata inilah sahaja,
Berpisah sementara menyuci jiwa,
Yang membaca diharap ceria,
Esok lusa bertemu jua.

Sekian terima(lah) kasih)

Azhari(s)

Telah dihasilkan
pada: 30 Ogos 2003.

Petikan dari: December 12, 2007 ambuyatelbinangkit

http://www.DuniaHerba.net/saramsa

” Baiti Jannati ” ( Rumahku Syurgaku ). Satu gambaran bahawa rumahlah segala-galanya bermula dan tempat untuk kita dapat mengecapi kebahgiaan. ” Syurga itu di bawah tapak kaki  ibu “, hadis dari Al-Tabarani. Hadis ini pula memberitahu bahawa kecemerlangan kehidupan seseorang itu bermula dengan mendampingi dan melayani kehendak seorang ibu.  Rumah dan ibu dikaitkan dengan syurga …… suatu tempat yang menjadi idaman semua manusia yang beriman. Untuk mendapatkan syurga bukanlah semudah membeli barang. Ianya ” priceless “. Hanya mereka yang bertakwa dan beriman yang layak mendapatkannya. Dari sini jelas dapat dilihat bahawa semua yang baik itu berpunca dari rumah yang didiami oleh seorang ibu atau bapa serta anak-anaknya. Rumahlah institusi pendidikan pertama bagi anak-anak.

Kata pepatah, ” Melentur buluh biarlah dari rebungnya “. Samalah  juga bila mendidik anak-anak. Semua nilai-nilai yang mulia dalam Islam perlu diterapkan kepada anak-anak seawal yang mungkin. Janganlah kita biarkan mereka terbiasa dengan sifat-sifat yang negatif  semasa kecil kerana ini akan menyulitkan kita memperbetulkannya apabila remaja kelak. Wujudkanlah suasana “solehah” dalam rumah agar anak-anak tidak kekok dengan amalan-amalan dan cara hidup seorang muslim yang sebenarnya. Tarbiyah tidak cukup dengan hanya secara teori tetapi memerlukan amalan -amalan yang berterusan. Kita boleh hantar anak-anak ke sekolah agama untuk mendapatkan ilmu Islam, tetapi apakah kita yakin mereka mampu mempergunakannya dalam kehidupan mereka? Disinilah peranan ibu-bapa dalam membimbing anak-anak mereka dengan menjalani dan sekaligus memberi gambaran kehidupan yang diredhai oleh Allah SWT.

Peranan Ibu-bapa

Apabila membincangkan tajuk ini kita tidak boleh lari daripada membicarakan tentang peranan dan tanggungjawab ibu-bapa dalam mendidik dan mentarbiyah anak-anak. Ibu-bapa perlulah melihat anak-anak dalam kontek yang bebeza-beza agar timbul rasa keinsafan dalam diri dan rasa bersyukur terhadap anugerah Allah SWT ini. Cuba lihat bagaimana keadaan pasangan-pasangan yang tidak dikurniakan anak…… betapa ‘kepinginnya’ mereka kepada anak-anak.

1. Anak sebagai anugerah, bukan rezeki kerana tidak semua orang dapat anak sepertimana rezeki-rezeki yang lain. Semua orang tanpa terkecuali mendapat rezeki masing-masing….. cuma banyak dan sedikit saja yang membezakannya.

2. Anak adalah perhiasan hidup.

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَوةِ الدُّنْيَا

(surah  Al-Kahfi: 46)

Maksudnya : Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia….

Pasangan -pasangan yang akan mendapat anak juga digalakkan berdoa seperti dibawah:

“Rabbi habli mil ladunka zurriyatan tai-yibatan innaka samee-ud-Dua”

Ya Allah kurniakanlah kami zuriat yang terbaik, sesungguhnya Kau mendengar doa kami’.

Jika seorang anak itu dianggap sebagai perhiasan, maka sudah semestinya ia perlu dijaga dengan baik, digilap selalu agar sentiasa kelihatan cantik dan indah. Anak itu juga menjadi suatu yang sangat berharga kepada kedua ibu-bapa. Oleh kerana itu menjadi kewajipan para ibu dan bapa menyusun dan mengatur tarbiyah anak-anak  supaya mereka menjadi anak-anak yang indah  akhlaknya menurut nilai-nilai Islam. Didiklah mereka menjadi insan yang disukai oleh orang ramai sebagaimana indahnya  sebutir mutiara, tiada siapa yang membencinya.

3.  Anak  adalah amanah, satu tanggungjawab yang perlu dipikul oleh ibu-bapa.  Tanggungjawab ini tidak akan dapat dijalankan dengan sempurna tanpa bantuan daripada anak-anak.  Maksudnya, anak-anak   juga perlu ada perasaan tanggungjawab terhadap kedua ibu-bapa. Anak-anak yang bermasalah akan menyukarkan ibu-bapanya menjalankan tanggungjawab mereka .

4. Anak adalah ujian. Anggaplah kerenah anak-anak yang  menimbulkan berbagai-bagai masalah itu sebagai satu ujian daripada Allah SWT. Ibu-bapa yang terpaksa berdepan dengan anak-anak yang seperti ini haruslah banyak bersabar . Berdoa dan bermunajat untuk anak-anak agar mereka diberi hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT. Jangan sekali-kali mendoakan keburukan terhadap anak-anak apabila dalam keadaan marah, takut-takut doanya termakbul ketika itu.

Maksud hadis:

Jangan meminta keburukan terhadap diri kamu, atau anak-anak kamu atau harta kamu, dikhuatiri Allah SWT menjawab kata-katamu pada ketika itu.

5.   Anak adalah pewaris. Pertama, anak akan mewarisi harta pusaka yang ditinggalkan. Kedua, anak juga akan mewarisi agama dan perjuangan ibu-bapa. Anak-anak mestilah dididik agar membelanjakan harta yang diwarisi di jalan Allah SWT. Begitu juga dengan agama, anak-anak perlu diberitahu betapa pentingnya mempertahan dan memperjuangkan agama Islam yang dianutinya.

6. Anak sebagai penerus amal soleh. Doa anak kepada ibu -bapa walaupun sesudah mati diterima oleh Allah SWT. Lain-lain Amal yang boleh dibuat oleh seorang anak terhadap ibu-bapanya yang telah meninggal dunia seperti bersedekah bagi pihak mereka dan menjelaskan hutang-hutang mereka samada dengan Allah maupun dengan manusia lain.

Hadis daripada Sahih Muslim:

From Abu Hurayrah, may Allah be pleased with him, that the Messenger of Allah said:

إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّااِمنْ ثَلَاثٍ: وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ مِنْ بَعْدِهِ، أَوْ صَدَقَةٍ جَارِيَة

(When a son of Adam dies, his deeds cease apart from three: a righteous child who will pray for him, knowledge from which others may benefit after him, or ongoing charity.)

Makna hadis:

Apablia seorang anak Adam meninggal segala amalannya terputus kecuali tiga: anak yang soleh yang akan mendoakan untuknya, ilmu yang manusia mendapat manfaat darinya dan sedekah yang berterusan.

Bersyukurlah ibu-bapa yang dikurniakan anak, tidak kira dalam keadaan apa pun mereka itu berada…. yang bijak , yang kurang cerdik, yang kacak, yang tidak cantik, yang sempurna, yang kurang upaya, yang berakhlak, yang panjang akal dan sebagainya. Mereka telah diamanahkan kepada kita, maka lindungilah mereka dan penuhilah keperluan-keperluan mereka setakat yang termampu. Semua itu bermula di rumah….jangan harapkan pihak sekolah atau pengasuh melaksanakan tanggungjawab yang  sepatutnya kita pikul.

Bagi pihak anak-anak pula bersyukurlah dengan apa yang telah disediakan oleh kedua ibu-bapa. Jika kita terasa apa yang didapati daripada ibu-bapa itu masih belum mencukupi keperluan, cuba bayangkan mereka yang tidak ada ibu-bapa langsung. Jadilah anak yang tahu membalas jasa kedua ibu-bapa bagi menandakan kesyukuran kita terhadap mereka.

coretan oleh:

http://saramsa.wordpress.com

http://www.DuniaHerba.net/saramsa


Mukaddimah

“Remaja hari ini adalah pemimpin hari esok.”, “ Pemuda harapan bangsa”, “Remaja tunggak Negara” Itulah beberapa ungkapan yang biasa kita dengar apabila bercakap dengan remaja. Ini adalah satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan oleh para remaja, baik yang lelaki maupun perempuan.. Remaja hari ini akan membesar menjadi orang dewasa suatu hari nanti dan merekalah yang akan mengambil alih pucuk kepimpinan negara , negeri, daerah, kawasan, tempat kerja atau pun setidak-tidaknya sebagai ketua keluarga apabila sudah berumah tangga nanti.. Nabi pernah bersabda yang bermaksud:

” Setiap daripada kamu adalah pemimpin.yang bertanggungjawab terhadap mereka yang di bawah jagaannya. Pemimpin negara bertanggungjawab ke atas rakyat di bawah pemerintahannya; seorang lelaki adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap keluarganya; seorang wanita adalah penjaga rumah suami serta anak-anaknya; seorang hamba bertanggungjawab terhadap harta tuannya; kamu semua adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas mereka yang dalam jagaan kamu.”

( Hadis Sahih Bukhari )

Tiada siapa dalam dunia ini yang boleh lari daripada tanggungjawab masing-masing. Sebagai pelajar , maka menjadi tanggungjawab mereka untuk belajar. Sebagai anak mereka juga ada tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa. Sebagai abang, kakak, adik., rakan , jiran dan berbagai-bagai lagi tanggungjawab yang boleh dipikul oleh seorang remaja.

Peranan Remaja

Remaja memainkan peranan penting dalam menentukan maju atau mundurnya suatu bangsa. Malah remaja menjadi tunggak harapan negara. Remaja juga disebut sebagai generasi penerus yang berperanan penting dalam perjuangan bangsa dan negara. Zaman remaja adalah masa muda dalam kehidupan yang penuh dengan tenaga, harapan dan semangat. Adalah penting agar golongan remaja ini diberi didikan dan pengetahuan yang jelas supaya jangan sampai tenaga yang penuh energetik itu disalahgunakan, sehingga timbul berbagai-bagai masalah yang tidak diinginkan samada kepada masyarakat atau pun dirinya sendiri.

Pemuda adalah barisan pemimpin pelapis negara yang akan mencorakkan lanskap negara masa depan. Jikalau rosak akhlak remaja hari ini, bermakna pemimpin negara yang akan datang juga terdiri dari mereka yang tidak berkualiti dan tidak bermoral. Disebabkan inilah remaja hari ini mesti diberi bimbingan dan didikan serta pengetahuan yang cukup sebagai persediaan membina barisan pelapis pemimpin negara yang berwibawa.

Persediaan awal ke atas remaja mestilah memfokuskan kepada 3 peranan remaja yang utama:

1. Remaja sebagai individu

2. Remaja sebagai anak

3. Remaja sebagai ahli masyarakat

1. Remaja sebagai individu

Apa yang dimaksudkan disini ialah tanggungjawab remaja terhadap Rabbnya yakni Allah SWT yang telah menciptanya . Dia hendaklah melihat dirinya sebagai hamba Allah yang kerdil, yang sentiasa mengharapkan petunjuk, pertolongan dan bantuan dariNya. Justeru untuk menjadi remaja yang cemerlang dan berkualiti mereka hendaklah berusaha melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya

2. Remaja sebagai anak

Sebagai seorang anak adalah menjadi kewajipannya mematuhi segala arahan ibu dan bapanya., selagi mana arahan itu tidak bercanggah dengan syariat Allah. Dia harus berusaha menjadi anak yang soleh dengan melakukan kebaikan kepada kedua mereka serta berlemah lembut dengan mereka ketika berbicara. Arahan ini jelas disebut dalam al-Quran surah al-Isra` ayat 23 yang bermaksud :

” Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya swampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ”ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.”

3. Remaja sebagai ahli masyarakat

Apabila seseorang remaja itu berakhlak mulia , dengan sendirinya dia akan menjadi ahli masyarakat yang baik, berbudi dan perihatin. Dia adalah sebahagian daripada anggota masyarakat dan oleh kerana itu dia harus memainkan peranannya . Jika dia tidak mampu untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat, sekurang-kurangnya dia hendaklah menjauhkan diri daripada sebarang gejala sosial yang boleh merosakkan masyarakat. Sentiasa bekerjasama dalam perkara kebaikan agar kehidupan lebih cemerlang sebagaimana pepatah mengatakan , ”Bersatu teguh bercerai roboh.”

Remaja berkualiti

Remaja berkualiti adalah remaja yang berdiri atas kakinya sendiri iaitu dia tidak seratus peratus bergantung pada ibubapa atau orang lain. Remaja begini akan bersemangat dalam apa juga yang dilakukan; dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang diimpikannya tanpa banyak kerenah. Biasanya remaja yang suka berdikari ini mempunyai personaliti yang menarik iaitu dalam dirinya ada banyak sifat positif yang tertanam atau hidup subur dalam dirinya seperti sifat suka membantu orang lain, berusaha bersungguh-sungguh, menyayangi diri sendiri, ibu bapa, dan masyarakat, tidak mementingkan diri sendiri, bersikap prihatin dan peka dengan persekitaran, serta bersih dari perlakuan buruk .

Cara mendidik anak ada diajarkan oleh Allah SWT seperti yang terdapat dalam Al-Qur’an surah Luqman ayat 13 – 19 yang dapat kita simpulkan sebagai berikut :

1. Menanamkan jiwa tauhid.
2. Menghargai dan menghormati orang tua.
3. Memelihara dan memperlakukan orang tua dengan baik.
4. Kejujuran, bahwa tidak ada satupun yang dapat disembunyikan dihadapan Allah SWT.
5. Mendirikan sholat dan ibadah lain.
6. Mengajak kepada perbuatan baik dan mencegah perbuatan munkar.
7. Bersabar.
8. Melarang keangkuhan dan kesombongan dalam pergaulan.
9. Sederhana dalam sikap, berjalan dan berbicara.

coretan oleh :

http://saramsa.wordpress.com

http://tinyurl.com/626qv26

Next Page »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 209 other followers