Kebesaran Ilahi


Setiap musibah yang Allah timpakan kepada kita selalunya adalah sebagai peringatan atau setidak-tidaknya sebagai ujian sejauh manakah iman kita terhadap Allah yang Maha Esa.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Alif laam miim. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 1-3)

Kebesaran Allah itu kita boleh lihat di mana-mana saja dalam fenomena alam sejagat kerana alam ini (serta isi-isinya) adalah milik Allah yang Maha Besar. Dia berhak melakukan apa saja yang dikira wajar sebagai peringatan kepada  manusia yang semakin jauh meninggalkan hukum-hukum Allah, yang semakin angkuh dan terus menerus membuat kerosakan di atas mukabumi ini.

Al-Quran surah Ar-Rum ayat 41-42 mengatakan , yang bermaksud:

Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). Katakanlah: “Adakan perjalanan di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang dahulu. Kebanyakan dari mereka itu adalah orang-orang yang mempersekutukan (Allah).”

Allah menggunakan fenomena alam untuk mengajak manusia supaya kembali mengesakan Allah …… selalu memikir-mikirkan tentang kejadian langit dan bumi, siang dan malam, bulan dan bintang dan berbagai-bagai lagi ciptaan Allah yang tidak terhitung oleh manusia. Allah juga menggunakan fenomena alam sebagai peringatan kepada kita dalam bentuk azab ……. gempa bumi, ribut taufan, tanah runtuh, banjir, gunung berapi dan berbagai-bagai lagi cara Allah yang tersendiri.

Orang-orang yang beriman akan selalu mengaitkan malapetaka yang berlaku sebagai azab atau bala’ daripada Allah SWT sepertimana yang selalu disebut dalam kalam Allah. Namun bagi mereka yang angkuh dan tidak percaya, akan hanya menganggapnya sebagai fenomena alam semulajadi.

kemusnahan jiwa dan harta sebagai tanda peringatan daripada Allah SWT

kemusnahan jiwa dan harta sebagai tanda peringatan daripada Allah SWT

Gempa bumi di Padang adalah satu contoh yang sangat menarik untuk dikaitkan dengan ayat-ayat  al Quran. Para pengkaji Al Quran telah menemui kaitan rapat antara ayat, surah dan masa berlaku gempa bumi.

Gempa bumi di Padang berlaku pada 30 September dan masanya adalah  seperti di bawah:

Gempa di Tasik berlaku pada pukul 15.04 (3.04 pm)

Cuba perhatikan dari al Quran surah 15 (al Hijr) ayat 4

وَمَآ أَهْلَكْنَا مِن قَرْيَةٍ إِلاَّ وَلَهَا كِتَـبٌ مَّعْلُومٌ

“Dan Kami tiada membinasakan sesuatu negeri pun, melainkan ada baginya ketentuan masa yang telah di”tetapkan.”

Gempa di Padang pula berlaku pada pukul 17.16 (5.16 pm)

Kita lihat lagi al Quran serta maknanya surah 17 (al Israa’) ayat 16

وَإِذَآ أَرَدْنَآ أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُواْ فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا

“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

Diikuti dengan gempa susulan pada pukul 17.58  (5.58 pm)

Mari kita terus mentadabur surah 17 ini ayat 58 pula di mana  Allah memberi amaran bahawa setiap kaum yang ingkar pasti mendapat hukuman.

وَإِن مِّن قَرْيَةٍ إِلاَّ نَحْنُ مُهْلِكُوهَا قَبْلَ يَوْمِ الْقِيَـمَةِ أَوْ مُعَذِّبُوهَا عَذَابًا شَدِيدًا كَانَ ذلِك فِى الْكِتَـبِ

مَسْطُورًا

“Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab(Lauh Mahfuzh).”

Gempa bumi di Jambi pula berlaku  pada 1 Oktober

Seterusnya gempa di Jambi yang berlaku pada pukul 8.52 am

Sekali lagi  kita cuba memahami peringatan Allah dalam surah 8 (al Anfal) ayat 52

كَدَأْبِ ءَالِ فِرْعَوْنَ وَالَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ كَفَرُواْ بِآيَـتِ اللَّهِ فَأَخَذَهُمُ اللَّهُ بِذُنُوبِهِمْ إِنَّ اللَّهَ قَوِىٌّ شَدِيدُ

الْعِقَابِ

“(keadaan mereka) serupa dengan keadaaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya.  Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaanNya.

2009103gempa padang2Apakah kita mampu untuk mengelak diri dari kemusnahan yang sedemikian apabila Allah telah menetapkannya?

Apa lagi yang boleh dibanggakan …. rumah mewah yang telah dibina sekian lama, kini telah roboh, anak-anak yang menawan hati, telah mati dihimpit runtuhan, suami dan isteri yang selama ini menjadi tempat bergantung dan mengadu, kini telah pergi untuk selamanya, sanak saudara, karib kerabat, semuanya sudah tidak ada lagi, semua sudah musnah. Begitulah hakikat dunia, tidak ada yang kekal padanya.

Namun bagi mereka yang sedar dan insaf akan kebesaran Ilahi,  azab yang dilalui tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan keadaan di Hari Kiamat nanti. Firman Allah yang bermaksud:

“Hari kiamat. Apakah hari kiamat itu? Dan tahukah kamu apa hari kiamat itu?  Pada hari itu manusia seperti kupu-kupu  yang beterbangan. Dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan. Maka adapun orang yang berat timbangan kebaikannya. Maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan (senang). Dan adapun orang yang ringan timbangan kebaikannya. Maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah. Dan tahukah kamu apakah neraka hawiyah itu? Yaitu api yang sangat panas.”

(QS Al-Qari`ah[101] : 1- 11)

Dan ingatlah Allah akan sentiasa melihat kita. Dari masa ke semasa kita diberi peringatan agar tidak menyeleweng dari ajaranNya.

Allah Maha Melihat!….Allahu Akbar!

Mata di langit selepas 3 jam kejadian gempa di Padang Sumatera Barat …… wallahualam … samada ini benar/tidak.

Coretan oleh:

Http://saramsa.wordpress.com

http://www.DuniaHerba.net/saramsa


Semua jenis air termasuk air hujan, mengandungi kimia pelarut yang dipanggil garam, tetapi bukan semua air mempunyai rasa masin. Para saintis menganggarkan bahawa laut mengandungi lebih kurang 50 kuadrilion ton bahan-bahan pelarut. Sekiranya garam di laut boleh dikeluarkan, ia dapat membentuk sebuah permukaan tanah yang besar daripada yang sedia ada. Permukaan garam itu nanti boleh mencapai ketebalan kira-kira 500 kaki dan ketinggian yang sama dengan bangunan yang mempunyai 40 tingkat.

Kebanyakan garam dalam laut wujud akibat proses pemecahan batu-batu igneus yang disebabkan oleh cuaca dan hakisan. Bahan-bahan mineral ini adalah sebahagian daripada Bumi (tanah), akan dibawa ke laut apabila hujan turun. Apabila sungai-sungai  mengalir di atas batu-batan di permukaan bumi,  bahan mineral ini larut di dalam air sungai, lalu menjadi mendapan  di dasar laut , dibawa sungai yang mengalir ke laut. Jenis mineral yang paling banyak terdapat dalam laut sudah semestinya sodium klorida, atau pun garam biasa. Itulah sebabnya kenapa air laut masin. Terdapat juga garam secara semulajadi di lantai laut akibat proses pereputan. Sumber-sumber lain adalah daripada sisa-sisa letupan gunung berapi.

Hidupan laut juga memainkan peranan penting dalam laut. Laut bukan sahaja agen garam tetapi juga bertindak sebagai pembekal bekalan gas oksigen kepada hidupan laut. Contohnya tiram, undersealifescreensaver_fszckerang, dan kepah mendapat kalsium daripada laut untuk membentuk rangka dan kulit. Hidupan laut seperti ketam, udang, udang kara dan tetirip memerlukan sejumlah besar garam galian untuk membina badan. Terumbu karang dibentuk dengan bantuan kalsium karbonat lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu. Plankton juga memerlukan kandungan mineral laut untuk hidup dengan subur.

Air begitu banyak di atas bumi. Banyaknya seperti 326,000,000,000,000,000,000 gallons (326 million trillion gallons) atau pun (lebih kurang 1,260,000,000,000,000,000,000 liters) . Air ini sentiasa berada dalam satu pusingan yang tetap (constant cycle). Ia menyejat daripada laut, bergerak di udara, jatuh ke bumi sebagai air hujan dan mengalir semula ke laut.

coretan oleh:

http://saramsa.wordpress.com

http://www.DuniaHerba.net/saramsa

­

Pada hujung minggu lepas saya menyertai satu bengkel tulisan. Salah satu aktiviti yang dijalankan ialah menghasilkan satu artikel pasal HUJAN. Kami dikehendaki menulis berpandukan tips-tips yang diberi. Berbagai-bagailah stail penulisan yang dihasilkan. Tajuk artikel juga adalah mengikut citarasa sendiri.

Inilah hasil tulisan saya yang bertajuk seperti di atas.

SALAH seorang dairipada anak saya pernah bertanya, “ Kenapa air laut ni masin ek?“. Rupanya dia tertelan air laut ketika sedang mandi . Umurnya masih kecil pada masa itu.

Mengapa pula anak saya ingin bertanya soalan seperti itu, berdetik hati kecil saya. Memang benar jikalau diperhatikan air hujan yang turun apabila dirasa tawar sahaja rasanya. Allah itu Maha Besar , air yang diturunkan dari langit walaupun rasanya tawar tetapi apabila jatuh ke bumi rasanya boleh berubah-ubah. Jika ia menjadi air laut maka masinlah rasanya. Jika terkumpul di paya rasanya menjadi payau pula tetapi jika turun di bukit , jadilah ia seperti air mineral yang dibotolkan.

Hujan adalah antara nikmat-nikmat Allah yang banyak yang di perlukan oleh tubuh manusia seperti udara untuk pernafasan, makan dan minum , tempat tinggal, pakaian, tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang dan lain-lain nikmat yang tidak terhitung jumlahnya. Proses pembentukan air hujan dari wap air yang ringan lalu dibawa oleh awan mendung yang berarak ke sana ke mari dan akhirnya diturunkan sebagai hujan yang menyiram bumi sangatlah menakjubkan. Firman Allah yang bermaksud

Furqan [48]……dan Kami menurunkan dari langit: Air yang bersih suci, [49] [49] Untuk Kami hidupkan dengan air itu bumi yang mati, serta memberi minum air itu kepada sebahagian dari makhluk-makhluk Kami, khasnya binatang ternak yang banyak dan manusia yang ramai.

Bumi yang basah menghidupkan tumbuhan-tumbuhan yang subur untuk segala kehidupan di muka bumi. Cuba bayangkan kehidupan kita tanpa adanya air hujan. Bagaimana agaknya kita menjalani kehidupan di atas muka bumi ini ?

coretan oleh:

http://saramsa.wordpress.com

http://www.DuniaHerba.net/saramsa


Dalam satu penyelidikan ilmiah yang dilaporkan oleh sebuah majalah sains terkenal, Journal of plant Molecular Biologist, menyatakan bahwa sekumpulan saintis yang mengadakan penyelidikan mendapati ada suara halus yang keluar dari sebahagian tumbuhan yang tidak boleh didengar oleh telinga biasa. Suara tersebut berjaya disimpan dan dirakam dengan sebuah alat perakam tercanggih yang pernah ada.


Para saintis itu telah meneliti fenomena yang mencengangkan ini selama 3 tahun. Mereka berjaya menganalisis denyutan atau detak suara tersebut sehingga menjadi isyarat-isyarat yang bersifat cahaya elektrik dengan sebuah alat yang bernama Oscilloscope. Akhirnya para saintis tersebut dapat melihat denyutan cahaya elektrik itu berulang lebih dari 1000 kali dalam satu detik.
Prof. William Brown yang mengetuai para pakar sains bagi mengkaji fenomena tersebut merumuskan, setelah selesai kajiannya, bahwasanya tidak ada penafsiran ilmiah atas fenomena tersebut, walaupun beliau telah menyerahkan hasil kajiannya kepada universiti- universiti serta pusat-pusat kajian di Amerika dan juga Eropah untuk diteliti , akan tetapi semuanya tidak sanggup menafsirkan fenomena itu bahkan semuanya tercengang tidak tahu apa yang harus dikomen.


Pada pembentangan terakhir, fenomena tersebut dihadapkan dan dikaji oleh para pakar dari Britan, dan diantara mereka ada seorang saintis muslim yang berasal dari India . Setelah 5 hari mengadakan penelitian dan kajian, para saintis Inggeris tersebut angkat tangan tanda mengalah. Tetapi sebaliknya saintis muslim tersebut mengatakan: “Kami umat Islam tahu tafsir dan makna dari fenomena ini, bahkan semenjak 1400 tahun yang lalu”.
Maka para saintis yang hadir pun tersentak dengan penyataan tersebut, dan meminta bersungguh-sungguh untuk ditunjukkan tafsir dan makna dari kejadian itu.
Saintis muslim itu pun terus memetik firman Allah:


”Dan tidak ada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun” (QS. Al-Israa’: 44)


Tidaklah suara denyutan itu melainkan lafadz jalalah (nama Allah Azza wa Jalla) sebagaimana dilihat dalam layer (Oscilloscope). SubhanalLaah, Maha Suci Allah! Ini adalah salah satu mukjizat dari sekian banyak mukjizat agama yang haq ini!! Segala sesuatu bertasbih menggunakan nama Allah Jalla wa ‘Ala. Akhirnya orang yang bertanggungjawab terhadap penyelidikan ini, yaitu Prof. William Brown menemui saintis muslim itu untuk membincangkan tentang agama yang dibawa oleh seorang Nabi yang ummi sebelum 1400 tahun lalu tentang fenomena ini. Maka saintis tersebut pun menerangkan kepadanya tentang Islam, setelah itu ia menghadiahkan alQur’an dan terjemahannya kepada professor tersebut.


Selang beberapa hari selepas itu, ketika professor William mengadakan ceramah di universiti Carnich Miloun, beliau mengatakan: “Dalam hidupku, aku belum pernah menemui fenomena seperti ini selama 30 tahun berkecimpung dalam pekerjaan ini, di mana tidak ada seorang pun dari para pengkaji yang melakukan kajian yang mampu menafsirkan makna sebenar dari fenomena ini. Begitu pula tidak pernah aku berjumpa kejadian alam yang satu-satunya tafsir yang boleh kita dapati adalah didalam alQur’an. Hal ini tidak memberikan pilihan lain buatku selain mengucapkan, “ Aku bersaksi bahwa tidak ada ilah yang haq melainkan Allah, dan bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya”.
P
rofessor ini telah mengumumkan Islam nya di hadapan para hadirin .

http://www.DuniaHerba.net/saramsa

Dipetik dari Majalah QIBLATI edisi no. 11 tahun 2006/1427 H
Allahu Akbar !!
Maha Benar Allah dengan Segala FirmanNya.