keluarga


Hari ini ujian Penilaian Sekolah Rendah bermula dengan kertas Bahasa Melayu. Anak bongsu saya adalah di antara beratus ribu calon yang menduduki ujian ini pada hari ini. Di sekolahnya ada dianjurkan bacaan yasin dan solat hajat beramai-ramai di sepanjang peperiksaan sedang berjalan. Saya tidak mengikuti majlis itu kerana saya lebih gemar membuatnya di rumah sendirian.

exam

Bagaimanakah sikap kita sebagai ibu-bapa apabila ada di antara anak-anak yang akan menduduki  peperiksan besar? Adakah kita sama naik menjadi gelisah dan takut seperti anak-anak ……adakala nya kegelisahan ibu-bapa lebih daripada anak lagi??? Ada di anatara kawan-kawan saya apabila tiba musim peperiksaan penggal anak- anak, semua aktiviti di luar rumah yang lazim dilakukan pada minggu itu terhenti…. kerana ingin memberi perhatian pada anak-anak.

Bagi saya tidak ada perbezaan antara hari-hari biasa bersekolah dengan hari-hari peperiksaan. Saya menganggap setiap hari bersekolah adalah penting dan akan  memberi perhatian dengan kerja-kerja sekolah yang dibawa balik. Saya tidak pernah letak ‘pressure’ ke atas anak-anak supaya dapat markah tinggi dalam ujian. Saya hanya memberi peringatan berulang kali dengan memberi nasihat apa akan terjadi pada dirinya di masa depan jikalau dia gagal dalam pelajarannya.

exam2

Dengan tidak meletak ‘pressure’ ke atas anak-anak membuat mereka berfikir sendiri. Jikalau dibantu pula dengan program motivasi, insyaAllah anak -anak akan terfikir untuk membuat yang terbaik bagi diri mereka. Tugas kita hanyalah memantau agar mereka tidak lalai daripada apa telah kita tetapkan.

Jangan meletakkan harapan yang begitu tinggi terhadap keputusan peperiksaan anak-anak. Jikalau pun kita mempunyai harapan seperti itu jangan disebut kepada anak-anak….biarlah ianya terpendam dalam hati. Ini untuk mengelak berlakunya ‘pressure’ ke atas mereka……maka keluarlah kata-kata kerisauan dalam hati….”macamana kalau aku gagal dapat keputusan seperti yang mak aku hendak?….Habislah akuuu..”

Saya masih teringat ketika saya belajar di  luar negara. Ada seorang ’super senior’ saya yang sangat bijak….seorang pensyarah matematik dari Greek sangat-sangat memuji kebijaksanaannya kerana mampu menyelesaikan apa-apa juga masalah matematik yang diberi. Malangnya dia ini ada penyakit ‘nervous breakdown’. Bila tiba masa nak ambil peperiksaan dia akan menjadi sebagai seorang yang hilang ingatan……disebabkan ini dia tidak mampu meneruskan peperiksaan tersebut. Akhirnya dia pulang ke Malaysia tanpa sebarang ijazah…..satu kerugian kerana dia memang seorang yang bijak. Baru-baru ini saya ada ternampak dia dan isteri serta anak-anak yang masih kecil (berbanding saya yang dah nak ada menantu) di Majlis Alumni suami saya. Dia juga adalah senior suami saya semasa di sekolah.

Ijazah bukanlah segala-galanya.....

Ijazah bukanlah segala-galanya.....

Apakah yang menyebabkan penyakitnya itu? Ada yang menceritakan ianya disebabkan ‘pressure’ daripada ibu-bapa……wallahu’alam. Apapun saya suka menjamu selera anak-anak saya di kedai makan pada malam sebelum peperiksaan sebagai meraikan tugas yang akan dipikul esok harinya……hehehe …pelik…kan? Sebenarnya saya ingin mereka ‘relaks’ sebelum peperiksaan.

Granada :  “The Moorish Jewel”

Granada is one of the pearls of Spain, most visited by tourists from all over the world. The long-time capital of Moorish Andalusia has to offer the most important reminds of this epoch in Spanish history, with the world-famous “Alhambra” at the top of the list.alhambra12

The city is located at the foot of the “Sierra Nevada”, Spain’s highest mountain-massif with great posssibilities for winter-sports. The highest peak, “Mulhacén” arrives to 3478 meters. On the other hand it is not far from the Mediterranean sea, so Granada is a great place to visit in any season.

Kami melancong ke Spain selama 2 minggu dengan menaiki kereta dari Loughborough (tempat tinggal kami semasa di UK) pada tahun 2006. Semasa itu cuti ‘Easter Break’ (bulan April)…. budak-budak  cuti sekolah….so kami pun ambil peluang ini untuk membawa mereka bercuti ke luar ‘negara’. Kami menyeberangi English Channel dengan menaiki Euro Train, yang melalui Euro Tunnel (jalan keretapi di bawah laut)….terus sampai ke Peranchis.

Selama ini setiap cuti panjang kami hanya membawa mereka ke destinasi  pelancongan di dalam UK…..kebanyakannya di England dan pernah sekali ke Scotland dan juga Wales. Malang kami tidak sempat untuk bercuti ke Ireland disebabkan suami sibuk kena habiskan thesis PHdnya sebelum kami  balik Malaysia.

Granada adalah salah satu bandar di Spain yang Kami bermalam selama beberapa hari….yang lain-lain itu kami hanya singgah semalam saja atau pun lalu saja. Tujuan utama kami pergi ke Spain adalah untuk melihat Al-Hambra yang sangat terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri.

Dari sini juga kami berpeluang pergi ke pegunungan Sierra Nevada di mana terdapatnya ski resort. Kami menaiki cable car untuk sampai ke resort di atas, di mana kita boleh bermain ski dan lain-lain aktiviti. Semasa pergi hari itu kami memang ada niat nak bermain ski, tetapi disebabkan masaalah komunikasi, niat tidak kesampaian. Rupa-rupanya tiket untuk bermain ski kena dibeli semasa membeli tiket untuk menaiki cable car. Harga tiket yang kami beli hanya untuk melihat-lihat saja pemandangan  di atas bukit. Kebanyakan orang Spain tidak boleh berbahasa Inggeris……kami pula tidak boleh berbahasa Sepanyol….makanya terjadilah salahfaham itu!

Pemandangan bukit bersalji di Sierra Nevada dari atas jalan di gunung itu

Pemandangan bukit bersalji di Sierra Nevada dari atas jalan di gunung itu

Dalam cable car

Dalam cable car


salji

Pemandangan di bawah dari dalam cable car

Pemandangan di ski resort - berlatar belakangkan bukit bersalji

Pemandangan di ski resort - berlatar belakangkan bukit bersalji

Si Abang dah ready nak baling snowball - siapa target dia agaknya?

Si Abang dah ready nak baling snowball - siapa target dia agaknya?

Ohh...Si yang menjadi targetnya.....Adik pun sudah ready dengan snowballnya

Ohh...Si Adik yang menjadi targetnya.....Adik pun sudah ready dengan snowballnya

Di belakang itulah cable car yang membawa kami dari stesen bawah

Di belakang itulah cable car yang membawa kami dari stesen bawah

Cuaca di Granada ini sangat unik. Kita boleh dapat cuaca sejuk ini dengan hanya pergi ke Gunung dan apabila kita turun ke bawah cuacanya terus panas. Di resort seperti ini mereka boleh melakukan aktiviti meluncur salji sehingga ke bulan Mei jika musim dingin pada tahun itu tidak menentu.

Ini Kami setelah kembali daripada pergunungan itu dan berjalan-jalan melihat bandar Granada:

Membeli-belah di salah satu kedai yang dimiliki oleh keturunan orang Morocco

Membeli-belah di salah satu kedai yang dimiliki oleh keturunan orang Morocco

Berihat sambil makan lunch......makan kebab jer.....kempunan nasi!

Berihat sambil makan lunch......makan kebab jer.....kempunan nasi!

Salah satu daripada lokasi yang menarik terdapat di pusat bandar Granada

Salah satu daripada lokasi yang menarik terdapat di pusat bandar Granada

Anak bujang berposing......manakala Si Adik termenung seorang diri

Wah! Si Abang gaya berposing........Si Adik termenung seorang diri pulak!

Pemandangan bandar dari atas kawasan tinggi di Granada

Pemandangan bandar dari atas kawasan tinggi di Granada

pic-place-cablecarThe Cable Car system is the latest tourist attraction for Langkawi and is located at the Oriental Village, a theme shopping centre housed in 30’s individually designed buildings showcasing Malaysian and Oriental architecture.

For the first time, visitors would be able to observe at close range the unique rock formations geological features of the Machincang range, which was formed 500 million years ago during the Cambrian period, in geological terms.geogolikal park

The over-ruling height of Gunung Mat Chincang (708m), its commanding views over Langkawi, the western slereng gunungea-coast, and the dramatic views over the funnel with its staggered rock blocks will make the visitors wonder in amazement and bring the visitors so close to nature that they can practically touch it!

Hah! ….. Lagi satu aktiviti menarik yang sesuai untuk keluarga yang terdapat di Langkawi ialah menaiki  cable car di Gunung Mat Chinchang. Rasa ‘thrill’ sangat-sangat …….. terasa macam dada nak meletup! …… kerana lajunya degupan jantung. Ia satu pengalaman yang sangat mendebarkan terutama bagi mereka yang gayat pada ketinggian.

Sebelum ini saya  pernah menaiki  cable car di Banjaran Sierra Nevada, Spain dan juga di Singapore. Namun pengalaman yang paling menakutkan ialah yang di Langkawi, terutama ketika ia berhenti dan tergantung-gantung di atas hutan rimba nun jauh kebawah.

pemandangan bawah-rumah

Perjalanan dari stesen bawah ke puncak ialah sejauh 2.2 km dan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Gondola itu bergerak dengan begitu curam sekali, iaitu pada sudut 42 darjah. Kadang-kadang ia berhenti , kadang-kadang ia bergerak dengan lancar dan sekali sekala ia bergerak dengan melonjak. Di kala ia melonjak inilah yang boleh membuat jantung berhenti berdegup kerana fikiran kita mula berfikir yang negatif.

Perjalanan bermula dengan menaiki gondola dari stesen bawah. Sebelum dibenarkan masuk ke stesen para pengunjung tidak dibenarkan membawa sebarang makanan atau minuman. Ini mungkin untuk mengelak berlakunya longgokan sampah di atas sana nanti ……. kerana tabiat masyarakat kita yang kurang prihatin dengan kebersihan persekitaran mereka! Walau bagaimana pun di atas puncak sana ada dijual makan dan minuman …. so jangan risaulah…

Di stesen tengah kita boleh membuat pilihan samada teruskan perjalanan ke puncak atau turun dari gondala dan menikmati keindahan alam dari ketinggian 652 m dari paras laut, kemudian sambung semula perjalanan ke puncak; atau pun  turun dari gondola bergambar sambil menikmati udara segarnya, kemudian terus balik ke stesen bawah…….so ada 3 pilihan di situ. Kami memilih untuk turun sebentar, kemudian teruskan perjalanan ke stesen atas.

Pemandangan dari stesen tengah - gondola dalam perjalanan ke stesen atas (puncak)

Pemandangan dari stesen tengah - gondola dalam perjalanan ke stesen atas (puncak)

Puncak bukit - stesen atas - pemandangan dari jambatan gantung

Puncak bukit - stesen atas - pemandangan dari jambatan gantung

Apabila berada di stesen atas kita boleh saja berlegar-legar di situ sambil menikmati pemandangan di bawah atau pun bagi yang berkemampuan terus ke jambatan gantung. Untuk sampai ke sini kita perlu menuruni berpuluh-puluh anak tangga yang curam. Saya cadangkan beli air botol yang ada dijual di situ sebagai bekalan sebelum meneruskan perjalanan ke jambatan gantung. Ini kerana banyak tenaga diperlukan ketika menaiki semula anak tangga untuk kembali ke stesen dan kita akan berasa dahaga. Pada hari itu kami tidak membawa apa-apa kerana tidak menjangka perjalanan ke jambatan itu begitu mencabar ……. ingatkan ‘direct’ terus sampai. Elok juga kalau memakai kasut kerana kalau bersandal  rasa kurang selesa.

Atas jambatan gantung - 'breezy' dan berkabus

Atas jambatan gantung - 'breezy' dan berkabus - anak bujang saya berposing

Pemandangan dari jambatan

Pemandangan dari atas jambatan

Bagi mereka yang lebih ‘adventurers ‘ boleh mencuba ‘jungle trekking’. Dari atas jambatan itu ada jalan susur keluar ke hutan (mountain trail) dan yang boleh membawa kita terus sampai ke Airterjun Telaga Tujuh. Jauhnya lebih kurang 2.5 km dan mengikut cerita mereka yang sudah melaluinya, perjalanannya  sangat payah kerana perlu banyak mendaki dan amat  mencabar.

Pemandangan dari atas jambatan

Pemandangan dari atas jambatan

Telaga Tujuh Waterfall- pemandangan dari dalam gondola

Telaga Tujuh Waterfall- pemandangan dari dalam gondola

Musim cuti sekolah baru-baru ini (30 Mei – 7 Jun)  saya dan keluarga telah balik kampung di Utara Malaysia. Kami tinggal di Selatan Malaysia. Dalam perjalanan ke Utara kami singgah di bandar Taiping. Rasanya sudah lebih 10 tahun kami tidak lalu di bandar itu. Kami juga bermalam di situ….saja nak bawa anak-anak melihat bandar Taiping keesokan harinya kerana kami tiba sudah lewat petang.

Kami tidak pergi ke mana-mana pun tempat  menarik yang banyak terdapat di Taiping kerana kesuntukan masa. Suami saya sebenarnya ada urusan resmi di Alor Star dan Langkawi. Jadi kami ingin bermalam disana semalam, sebelum terus ke Langkawi.

Bandar Taiping - kami pusing-pusing melihat bandar yang sudah agak lama kami tidak ziarah

Bandar Taiping - kami pusing-pusing melihat bandar yang sudah agak lama kami tidak ziarah

Anak saya sempat menyinggah salah satu shopping kompleks yang terdapat di sana dan membeli beberapa keping video untuk ditonton dalam kereta semasa dalam perjalanan yang jauh itu.

Tua tetapi masih ada daya tarikan - pokok tua yang banyak terdapat di Taman Tasik Taiping

Tua tetapi masih ada daya tarikan - pokok tua yang banyak terdapat di Taman Tasik Taiping

Inilah tasik yang terkenal itu....Taman Tasik

Inilah tasik yang terkenal itu....Taman Tasik

Terdapat beberapa tempat yang menarik yang sesuai dijadikan tempat bersantai bersama keluarga di hujung minggu, di kawasan berhampiran. Kami hanya meninjau dari atas kereta. Walaubagaimana pun kami ada menyinggah di satu tempat yang popular dengan ‘mee udangnya’, sebelum kami meneruskan perjalanan semula. Tempatnya di Kuala Sepetang atau pun nama lamanya Port Weld.

hah!...... inilah mee yang terkenal itu - Mee Udang Banjir...sedapkaaan?

hah!...... inilah mee yang terkenal itu - Mee Udang Banjir...sedapkaaan?

Suami saya kata dia mesti mencubanya, walau pun ketika itu kami masih lagi kekeyangan kerana sarapan lewat. Memang sedap …… sehingga habis kuahnnya anak bongsu saya hirup!

Tak toleh kiri kanan dah! ....... punyalah sedap sehingga licin tinggal mangkuk

Tak toleh kiri kanan dah! ....... punyalah sedap sehingga licin tinggal mangkuk

coretan oleh:

http://saramsa.wordpress.com

http://www.DuniaHerba.net/saramsa

Musim cuti sekolah baru-baru ini (30 Mei – 7 Jun) kami sekeluarga pergi bercuti di Langkawi. Salah satu aktiviti menarik yang disediakan untuk para  pelancong ialah ‘Mangrove Tour’. Perjalanan menggunakan bot kecil laju menyusuri sungai air masin. Ia bermula lebih kurang, dari tepi pantai Tanjung Rhu (bertanda 111 dalam peta) sehingga ke Kampung Kilim dan berpatah balik samada melalui jalan yang sama atau jalan laut terbuka. Dalam Tour ini ada aktiviti sampingan seperti melalui Gua Buaya dengan bot, singgah di Gua Kelawar, melawat pelantar memelihara ikan dan memberi makan burung helang. Keseluruhan aktiviti mengambil masa lebih kurang 2 jam.

bakau tour map

‘Mangrove Tour’ adalah aktiviti keluarga yang menyeronokkan. Kita dibawa menyusuri sungai air masin sambil menikmati keindahan  hutan paya bakau dengan lebih dekat. Bot laju yang kami naiki pada hari itu boleh memuatkan 8 orang dewasa.  Semasa mula-mula menjejakkan kaki ke dalam bot itu, rasa gerun juga kerana kami tidak dipakaikan jaket keselamatan. Apa tidaknya…..saya dan suami langsung tak tahu berenang! Anak-anak tahulah juga sikit-sikit. Kalau terjadi apa-apa……takut nak memikirkannya. Saya yakin ianya ada disediakan dalam bot itu, cuma tidak memakainya…..tetapi tidak pula kami bertanya kerana takut susah hati kalau-kalau andaian itu tidak benar….hee…  hee.. hee.

Hutan paya bakau di sepanjang tebing sungai

Hutan paya bakau di sepanjang tebing sungai

Walaubagaimana pun perasaan itu hilang sedikit demi sedikit dan digantikan dengan kegembiraan kerana kami semua begitu teruja dengan pengalaman baru ini. Namun saya masih berdoa di sepanjang perjalanan agar tidak berlaku apa-apa kecelakaan ke atas kami. Kami juga dihiburkan dengan celoteh ‘Pak Ngah’ pemandu bot kami yang juga bertindak sebagai pemandu pelancong tidak rasmi.

Itulah rupa bot yang kami naiki tanpa memakai sebarang jaket keselamatan sebagaimana yang dikehendaki pihak berkuasa.

Itulah rupa bot yang kami naiki tanpa memakai sebarang jaket keselamatan sebagaimana yang dikehendaki pihak berkuasa.

Sebelum pengalaman yang terbaru ini saya berserta keluarga telah pernah menaiki bot seperti ini tetapi yang lebih besar dan stabil berbanding yang di atas. Kami mencuba ‘River Cruise’ di Thames River di London dan Mersey River di Liverpool. Pemandangan di sepanjang kedua sungai ini sudah tentulah amat berbeza kerana sungai-sungai itu membelah kedua-kedua  kota besar  tersebut. Sementara di Langkawi sungainya membelah hutan paya bakau. ..dua pengalaman yang amat berbeza.

Akar pokok bakau yang sangat unik - boleh menerima air masin dan air tawar

Akar pokok bakau yang sangat unik - boleh menerima air masin dan air tawar

Bekas tapak membakar batang bakau untuk dijadikan arang - salah satu kegunaan pokok bakau

Bekas tapak membakar batang bakau untuk dijadikan arang - salah satu kegunaan pokok bakau

Orkid Putih yang tumbuh di celah-celah batu...SubhanAllah! - bunga putih itu hanya boleh dilihat setahun sekali

Orkid Putih yang tumbuh di celah-celah batu...SubhanAllah! - bunga putih itu hanya boleh dilihat setahun sekali

Itulah pertama kali saya melihat buah bakau secara dekat

Itulah pertama kali saya melihat buah bakau secara dekat

Ini adalah proses semulajadi pembiakan pokok bakau - buahnya akan jatu tercacak ke bawah dan akan hidup menjadi anak pokok

Ini adalah proses semulajadi pembiakan pokok bakau - buahnya akan jatuh tercacak ke bawah dan akan hidup menjadi anak pokok

Bot yang kami naiki menuju ke arah Gua Buaya

Bot yang kami naiki menuju ke arah Gua Buaya

Bot kami sudah berada dalam Gua Buaya - haahh....nasib baik tak ada buaya!

Bot kami sudah berada dalam Gua Buaya - haahh....nasib baik tak ada buaya!

Aktiviti memberi makan ikan di pelantar ikan - petak menternak ikan

Aktiviti memberi makan ikan di pelantar ikan - petak menternak ikan di HOLE IN THE WALL - Fish Show And Wildlife Watch

Pertama kali kami bermain-main dengan belangkas yang masih hidup

Pertama kali kami bermain-main dengan belangkas yang masih hidup

Kelawar tergantung (tidur) di siling Gua Kelawar

Kelawar tergantung (tidur) di siling Gua Kelawar

Memberi helang makan dengan menggunakan perut ayam (hanya ini yang boleh terapung di atas air)

Memberi helang makan dengan menggunakan perut ayam (hanya ini yang boleh terapung di atas air)

Tadi aku diberi makan, sekarang aku posing pulaklah....burung helang merah

Tadi aku diberi makan, sekarang aku posing pulaklah....burung helang merah

Laluan ini juga menjadi salah satu tempat berlabuh untuk kapal layar yang dimiliki oleh rakyat negara asing - mereka akan menggunakannya apabila datang bercuti di sini

Laluan ini juga menjadi salah satu tempat berlabuh untuk kapal layar yang dimiliki oleh rakyat negara asing - mereka akan menggunakannya apabila datang bercuti di sini

Anakanda saya berposing di tengah hutan bakau - air surut ketika ini

Anakanda saya berposing di tengah hutan bakau - air surut ketika ini

coretan oleh:

http://saramsa.wordpress.com

http://www.DuniaHerba.net/saramsa

PADA suatu malam saya masuk ke dalam blog anak saya. Dalam salah satu tulisannya dia merungut terpaksa membantu maknya (saya) membuat kek, walaupun pada malam itu dia berasa kurang sihat. Badannya terasa sengal-sengal dan sakit-sakit.

Apabila terbaca akan keluhan anak saya itu, maka teringatlah saya ketika masa muda dulu. Setiap kali saya berpeluang bersama emak saya semasa cuti, saya akan membantunya membuat sebanyak mungkin kerja rumah yang lazim dibuatnya setiap hari. Ada ketikanya saya juga berasa tak sihat seperti yang dirasai oleh anak saya. Namun disebabkan rasa kasihan pada emak yang tidak pernah ”cuti” daripada kerja-kerja rumah, saya terus juga membantu apa yang terdaya. Tidak sampai hati rasanya membiarkan dia bekerja seorang diri sedang saya duduk berihat.

Kini emak dan bapa saya sudah lama meninggal dunia. Kadang-kadang apabila melihat kawan-kawan yang masih mempunyai ibu-bapa , terasa rindu juga kepada mereka. Kalaulah mereka masih hidup dapatlah saya berjasa lebih lama lagi kepada mereka.

Kepada anak-anak yang masih mempunyai ibu-bapa, cubalah balas jasa mereka sebaik mungkin. Ketika mereka masih hidup kita terlupa bahawa mereka akan meninggalkan kita suatu hari nanti. Apabila mereka sudah tiada barulah terasa rugi kita tidak berpeluang berbakti kepada mereka lagi. Oleh kerana itu rebutlah peluang keemasan ini sementara boleh. Jadilah anak yang s0lih dan solihah. Berdoalah untuk kebaikan mereka ketika masih hidup dan juga selepas kematian mereka.

Dalam surah al-Israk: 23, Allah berfirman yang bermaksud,

” Dan Tuhanmu memerintahkan supaya jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya lanjut usia dalam pemeliharaanmu, janganlah kamu mengatakan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.”

Nabi pula pernah ditanya oleh seorang pemuda.

” Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling perlu untuk saya berbuat baik? ”.

Rasulullah bersabda, ” Ibumu “

Kata pemuda itu, ” Lagi? “

Jawab baginda, ” Selepas itu, ibumu “

” Selepas itu? ” tanya pemuda itu lagi.

” Ibumu “, kata Nabi.

Pemuda itu bertanya lagi, ” Selepas itu? “

” Bapamu ” , balas Rasulullah.

Hanya selepas Nabi menjawab 3 kali ibumu, barulah disebut bapamu. Ini menujukkan menghormati ibu itu adalah wajib selagi mana dia tidak menyalahi perintah Allah.

Ibu sendiri, Ibu mertua, Ibu tiri, Ibu angkat

Antara empat di atas manakah yang paling baik? Kalau ditanya pada anak-anak yang normal sudah pasti jawapannya ibu sendiri. Namun pada hakikatnya jawapan yang standard ini tidaklah sentiasa benar. Dalam keadaan yang tertentu mana-mana ibu di atas boleh menjadi ibu yang paling baik.

Ada seorang kawan saya menceritakan mengenai ibunya yang membuat dia berada dalam keadaan serba salah. Dia tersepit di antara ibunya yang tidak berpuas hati dengannya dan suami yang tidak suka dengan sikap ibunya. Ibunya merasakan tidak cukup bantuan kewangan bulanan yang disumbangkan oleh mereka berdua walaupun kawan saya itu nampak apa yang mereka beri itu cukup bagi tujuan memenuhi perkara asas dalam kehidupan. Mereka tidak mampu untuk memberi lebih kerana mereka juga kena menyumbang kepada kaluarga suaminya. Dia memuji Ibu mertuanya yang sangat prihatin dengan keadaan mereka. Sebelum ibu mertuanya menerima sebarang sumbangan daripada mereka dia akan bertanya samada mereka sekeluarga mempunyai belanja yang mencukupi.

Apa yang dipersoalkan oleh suaminya ialah sikap ibunya yang menceritakan keburukan mereka berdua yang seolah-olah mengabaikan tanggung-jawab mereka, kepada sanak saudara yang datang menziarahinya. Lebih menyedihkan lagi ibunya cuba membandingkan dirinya dengan kakaknya, yang lebih bermewah dengan ibunya. Ini kerana kakaknya mempunyai suami yang lebih lumayan pendapatannya dan berasal dari orang kaya. Keadaannya bak kata pepatah, marah anak sindir menantu.

SEKOLAH cuti, IPT cuti, para ibu sibuk melayani gelagat anak-anak yang berada “fulltime” di rumah. Kebanyakan masa habis digunakan untuk mengurus makan dan minum serta kain-baju mereka. Tidak ketinggalan juga mengemas rumah yang bersepah lebih daripada biasa. Namun dalam kesibukan itu saya sempat mengikuti perkembangan isu semasa yang menjadi tajuk hangat dalam setiap perbualan di “kedai kopi”; kenaikan harga petrol dan disel.

Bagi kita orang biasa ini memang tidak berkuasa hendak menukar apa-apa pada harga yang telah ditetapkan. Apa yang kita boleh buat ialah mengurangkan di sana-sini perbelanjaan harian kita agar kenaikan kos itu tidak terlalu dirasakan. Ini sudah tentu untuk mereka yang mampu berbuat demikian. Bagaimana pula bagi mereka yang sememangnya sudah lama berjimat cermat?

Bagi mengatasi masalah ini saya dan suami telah mengambil beberapa langkah berjimat cermat.

1. Meminta suami mengguna kereta yang lebih kecil enjennya (dpd 2000cc ke 600cc). Kereta yang kecil itu memakan minyak lebih sedikit daripada motor. Sudah tentu ini menjimatkan banyak belanja. Sebelum ini saya sudah meminta suami supaya berbuat demikian tetapi berbagai alasan yang diberi. Kami juga bercadang jika kami berdua saja yang menaiki kereta untuk ke mana-mana destinasi yang tidak berapa jauh agar menggunakan kereta yang kecil itu.

2. Mengurangkan penggunaan barangan letrik seperti cerek letrik. Ini kerana tarif letrik juga telah dinaikkan baru-baru ini. Pastikan semua lampu dan kipas yang tidak diperlukan ditutup.

3. Kurang makan di luar. ( Kalau dulu seminggu sekali makan di luar tetapi sekarang rasanya 3 minggu atau sebulan sekali, kecuali terpaksa )

4. Berbelanja pada barang yang kurang berjenama tetapi ada kualiti. Sesetengah barang dapur sangat berbeza harganya dari satu jenama ke satu jenama.

5. Elakkan pembaziran dalam makanan. Mana-mana makanan yang tidak habis elok disimpan dalam peti ais dan diguna semula, samada dipanas semula atau diubahsuai dan dijadikan menu yang baru.

6. Akhir sekali kurangkan kuantiti apa juga bahan yang kami gunakan jikalau boleh, seperti penggunaan air, sabun, syampu dan lain-lain.

Apa-apa pun dalam setiap sen yang kita belanja daripada rezki yang Allah beri, hendaklah kita ikhlaskan kerana Allah. Apabila ini berlaku barulah kita diberkati oleh Allah. Keberkatan yang Allah anugerahkan , membuat kita berasa sentiasa cukup dengan apa yang kita ada. Kita tidak akan keputusan wang untuk berbelanja walaupun dengan pendapatan yang kecil InsyaAllah. Semestinya amalan berjimat cermat itu tidak diabaikan.

Lagi satu amalan rohiyyah yang memurahkan rezeki kita ialah solat sunat Dhuha. Dalam kitab “An-Nurain” ada disebut, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

” Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Perhatikan doa yang diamalkan selepas selesai mengerjakan solat sunat Dhuha.

Maksudnya : ” Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh .”

coretan oleh:

http://saramsa.wordpress.com

http://www.DuniaHerba.net/saramsa