melancong


Saya dan suami pernah pergi ke tanah besar Eropah dari England dengan menaiki kereta menyeberangi English Channel 2 kali. Pertama kali kami pergi pada tahun 1990 dan kali kedua pula  pada tahun 2006.

Pada tahun 1990 kami melancong ke beberapa negara di Eropah Barat. Kami melalui 10 negara kesemuanya – termasuk England, Peranchis, Belanda, Belgium, Jerman, Luxembourg, Liechtenstein, Austria, Switzerland dan Itali.

Pada tahun 2006 pula kami melancong ke Sepanyol, juga dengan menaiki kereta. Kali ini kami hanya melalui negara Peranchis. Kami mengembara  selama 2 minggu dalam kedua-dua percutian itu dengan memandu sahaja.

peta-e

Ada banyak laluan yang boleh diambil untuk  sampai ke Tanah Besar Eropah dari UK. Semasa percutian kami yang pertama, kereta kami menaiki feri untuk sampai ke seberang sana. Kami memilih untuk mengambil laluan  yang bermula dari Harwich UK ke Westland – Rotterdam, Holland.

Ini boarding kad naik feri

Ini boarding kad naik feri

Di atas feri sementara menuggu feri bertolak

Di atas feri sementara menunggu feri bertolak - kereta berada di bahagian lain feri - diambil pada Sept 1990

Hai.....boringnya ......bila feri nak bergerak?

Hai.....boringnya ......bila feri nak bergerak?

Manakala perjalanan kami yang kedua ke Eropah pula mengambil laluan dari Folkestone – Dover, UK  ke Calais  Peranchis. Kali ini kereta kami menaiki keretapi melalui Eurotunnel iaitu laluan keretapi di bawah laut. Perjalanan melalui Euro tunnel hanya mengambil masa selama 35 minit untuk sampai ke France. Perjalanan (pertama) dengan feri pula mengambil masa selama 7 jam kerana laluan yang dilalui lebih jauh dan kelajuan feri yang lebih lambat.

Inilah dua zaman yang kami lalui dalam situasi yang sama tapi tak serupa…..Percutian ke Eropah.

Zaman pertama di mana penggunaan internet belum meluas lagi. Semua urusan perjalanan dibuat melalui talipon. Euro tunnel pada masa itu masih dalam perancangan. Terfikir juga pada masa itu samada kami berpeluang melaluinya. Alhamdulillah!……Allah memurahkan rezeki kami untuk kembali semula ke England 12 tahun kemudian.

Selepas hampir 4 tahun kami berada di UK untuk kali yang ketiga (yang pertama kali…masing-masing pergi masa bujang!), saya dan suami pun membuat perancangan untuk bercuti di Spain sebelum pulang ‘for good’ ke Malaysia. Kami memang teringin sangat nak melihat Al-Hambra dengan mata kepala sendiri. Sebelum itu hanya melihat gambarnya yang banyak terdapat di internet. Inilah  zaman kedua percutian kami ke Eropah…..zaman yang penggunaan internetnya sangat meluas. Hampir keseluruhan urusan perjalanan adalah melalui internet. Kami berpeluang mengguna Euro Tunnel!

Kereta masuk menuju ke dalam perut keretapi

Kereta masuk menuju ke dalam perut keretapi - diambil pada April 2006

Keadaan di dalam tunnel - traffic warden mengarah kereta-kereta bergerak mengikut susunan mereka

Keadaan di dalam keretapi - traffic warden mengarah kereta-kereta bergerak mengikut susunan mereka - ada 2 lapis parking dalam keretapi ini

Excited sangat ...... first experience .... berada dalam kereta sendiri sementara keretapi meluncur menuju ke France melalui  tunnel

Excited sangat ...... first experience .... berada dalam kereta sendiri sementara keretapi meluncur menuju ke France melalui tunnel

Ada ketikanya keadaan menjadi gelap di dalam tunnel

Ada ketikanya keadaan menjadi gelap di dalam tunnel

Walaupun pada zaman ini ramai orang menggunakan kapalterbang tambang murah dan bas pelancongan untuk melancong, suami saya tidak berapa gemar. Dia kata tidak ada “thrill” ikut cara itu. Dia suka cara bebas begini…..cuma risikonya banyaklah.

Granada :  “The Moorish Jewel”

Granada is one of the pearls of Spain, most visited by tourists from all over the world. The long-time capital of Moorish Andalusia has to offer the most important reminds of this epoch in Spanish history, with the world-famous “Alhambra” at the top of the list.alhambra12

The city is located at the foot of the “Sierra Nevada”, Spain’s highest mountain-massif with great posssibilities for winter-sports. The highest peak, “Mulhacén” arrives to 3478 meters. On the other hand it is not far from the Mediterranean sea, so Granada is a great place to visit in any season.

Kami melancong ke Spain selama 2 minggu dengan menaiki kereta dari Loughborough (tempat tinggal kami semasa di UK) pada tahun 2006. Semasa itu cuti ‘Easter Break’ (bulan April)…. budak-budak  cuti sekolah….so kami pun ambil peluang ini untuk membawa mereka bercuti ke luar ‘negara’. Kami menyeberangi English Channel dengan menaiki Euro Train, yang melalui Euro Tunnel (jalan keretapi di bawah laut)….terus sampai ke Peranchis.

Selama ini setiap cuti panjang kami hanya membawa mereka ke destinasi  pelancongan di dalam UK…..kebanyakannya di England dan pernah sekali ke Scotland dan juga Wales. Malang kami tidak sempat untuk bercuti ke Ireland disebabkan suami sibuk kena habiskan thesis PHdnya sebelum kami  balik Malaysia.

Granada adalah salah satu bandar di Spain yang Kami bermalam selama beberapa hari….yang lain-lain itu kami hanya singgah semalam saja atau pun lalu saja. Tujuan utama kami pergi ke Spain adalah untuk melihat Al-Hambra yang sangat terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri.

Dari sini juga kami berpeluang pergi ke pegunungan Sierra Nevada di mana terdapatnya ski resort. Kami menaiki cable car untuk sampai ke resort di atas, di mana kita boleh bermain ski dan lain-lain aktiviti. Semasa pergi hari itu kami memang ada niat nak bermain ski, tetapi disebabkan masaalah komunikasi, niat tidak kesampaian. Rupa-rupanya tiket untuk bermain ski kena dibeli semasa membeli tiket untuk menaiki cable car. Harga tiket yang kami beli hanya untuk melihat-lihat saja pemandangan  di atas bukit. Kebanyakan orang Spain tidak boleh berbahasa Inggeris……kami pula tidak boleh berbahasa Sepanyol….makanya terjadilah salahfaham itu!

Pemandangan bukit bersalji di Sierra Nevada dari atas jalan di gunung itu

Pemandangan bukit bersalji di Sierra Nevada dari atas jalan di gunung itu

Dalam cable car

Dalam cable car


salji

Pemandangan di bawah dari dalam cable car

Pemandangan di ski resort - berlatar belakangkan bukit bersalji

Pemandangan di ski resort - berlatar belakangkan bukit bersalji

Si Abang dah ready nak baling snowball - siapa target dia agaknya?

Si Abang dah ready nak baling snowball - siapa target dia agaknya?

Ohh...Si yang menjadi targetnya.....Adik pun sudah ready dengan snowballnya

Ohh...Si Adik yang menjadi targetnya.....Adik pun sudah ready dengan snowballnya

Di belakang itulah cable car yang membawa kami dari stesen bawah

Di belakang itulah cable car yang membawa kami dari stesen bawah

Cuaca di Granada ini sangat unik. Kita boleh dapat cuaca sejuk ini dengan hanya pergi ke Gunung dan apabila kita turun ke bawah cuacanya terus panas. Di resort seperti ini mereka boleh melakukan aktiviti meluncur salji sehingga ke bulan Mei jika musim dingin pada tahun itu tidak menentu.

Ini Kami setelah kembali daripada pergunungan itu dan berjalan-jalan melihat bandar Granada:

Membeli-belah di salah satu kedai yang dimiliki oleh keturunan orang Morocco

Membeli-belah di salah satu kedai yang dimiliki oleh keturunan orang Morocco

Berihat sambil makan lunch......makan kebab jer.....kempunan nasi!

Berihat sambil makan lunch......makan kebab jer.....kempunan nasi!

Salah satu daripada lokasi yang menarik terdapat di pusat bandar Granada

Salah satu daripada lokasi yang menarik terdapat di pusat bandar Granada

Anak bujang berposing......manakala Si Adik termenung seorang diri

Wah! Si Abang gaya berposing........Si Adik termenung seorang diri pulak!

Pemandangan bandar dari atas kawasan tinggi di Granada

Pemandangan bandar dari atas kawasan tinggi di Granada

pic-place-cablecarThe Cable Car system is the latest tourist attraction for Langkawi and is located at the Oriental Village, a theme shopping centre housed in 30’s individually designed buildings showcasing Malaysian and Oriental architecture.

For the first time, visitors would be able to observe at close range the unique rock formations geological features of the Machincang range, which was formed 500 million years ago during the Cambrian period, in geological terms.geogolikal park

The over-ruling height of Gunung Mat Chincang (708m), its commanding views over Langkawi, the western slereng gunungea-coast, and the dramatic views over the funnel with its staggered rock blocks will make the visitors wonder in amazement and bring the visitors so close to nature that they can practically touch it!

Hah! ….. Lagi satu aktiviti menarik yang sesuai untuk keluarga yang terdapat di Langkawi ialah menaiki  cable car di Gunung Mat Chinchang. Rasa ‘thrill’ sangat-sangat …….. terasa macam dada nak meletup! …… kerana lajunya degupan jantung. Ia satu pengalaman yang sangat mendebarkan terutama bagi mereka yang gayat pada ketinggian.

Sebelum ini saya  pernah menaiki  cable car di Banjaran Sierra Nevada, Spain dan juga di Singapore. Namun pengalaman yang paling menakutkan ialah yang di Langkawi, terutama ketika ia berhenti dan tergantung-gantung di atas hutan rimba nun jauh kebawah.

pemandangan bawah-rumah

Perjalanan dari stesen bawah ke puncak ialah sejauh 2.2 km dan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Gondola itu bergerak dengan begitu curam sekali, iaitu pada sudut 42 darjah. Kadang-kadang ia berhenti , kadang-kadang ia bergerak dengan lancar dan sekali sekala ia bergerak dengan melonjak. Di kala ia melonjak inilah yang boleh membuat jantung berhenti berdegup kerana fikiran kita mula berfikir yang negatif.

Perjalanan bermula dengan menaiki gondola dari stesen bawah. Sebelum dibenarkan masuk ke stesen para pengunjung tidak dibenarkan membawa sebarang makanan atau minuman. Ini mungkin untuk mengelak berlakunya longgokan sampah di atas sana nanti ……. kerana tabiat masyarakat kita yang kurang prihatin dengan kebersihan persekitaran mereka! Walau bagaimana pun di atas puncak sana ada dijual makan dan minuman …. so jangan risaulah…

Di stesen tengah kita boleh membuat pilihan samada teruskan perjalanan ke puncak atau turun dari gondala dan menikmati keindahan alam dari ketinggian 652 m dari paras laut, kemudian sambung semula perjalanan ke puncak; atau pun  turun dari gondola bergambar sambil menikmati udara segarnya, kemudian terus balik ke stesen bawah…….so ada 3 pilihan di situ. Kami memilih untuk turun sebentar, kemudian teruskan perjalanan ke stesen atas.

Pemandangan dari stesen tengah - gondola dalam perjalanan ke stesen atas (puncak)

Pemandangan dari stesen tengah - gondola dalam perjalanan ke stesen atas (puncak)

Puncak bukit - stesen atas - pemandangan dari jambatan gantung

Puncak bukit - stesen atas - pemandangan dari jambatan gantung

Apabila berada di stesen atas kita boleh saja berlegar-legar di situ sambil menikmati pemandangan di bawah atau pun bagi yang berkemampuan terus ke jambatan gantung. Untuk sampai ke sini kita perlu menuruni berpuluh-puluh anak tangga yang curam. Saya cadangkan beli air botol yang ada dijual di situ sebagai bekalan sebelum meneruskan perjalanan ke jambatan gantung. Ini kerana banyak tenaga diperlukan ketika menaiki semula anak tangga untuk kembali ke stesen dan kita akan berasa dahaga. Pada hari itu kami tidak membawa apa-apa kerana tidak menjangka perjalanan ke jambatan itu begitu mencabar ……. ingatkan ‘direct’ terus sampai. Elok juga kalau memakai kasut kerana kalau bersandal  rasa kurang selesa.

Atas jambatan gantung - 'breezy' dan berkabus

Atas jambatan gantung - 'breezy' dan berkabus - anak bujang saya berposing

Pemandangan dari jambatan

Pemandangan dari atas jambatan

Bagi mereka yang lebih ‘adventurers ‘ boleh mencuba ‘jungle trekking’. Dari atas jambatan itu ada jalan susur keluar ke hutan (mountain trail) dan yang boleh membawa kita terus sampai ke Airterjun Telaga Tujuh. Jauhnya lebih kurang 2.5 km dan mengikut cerita mereka yang sudah melaluinya, perjalanannya  sangat payah kerana perlu banyak mendaki dan amat  mencabar.

Pemandangan dari atas jambatan

Pemandangan dari atas jambatan

Telaga Tujuh Waterfall- pemandangan dari dalam gondola

Telaga Tujuh Waterfall- pemandangan dari dalam gondola

Musim cuti sekolah baru-baru ini (30 Mei – 7 Jun)  saya dan keluarga telah balik kampung di Utara Malaysia. Kami tinggal di Selatan Malaysia. Dalam perjalanan ke Utara kami singgah di bandar Taiping. Rasanya sudah lebih 10 tahun kami tidak lalu di bandar itu. Kami juga bermalam di situ….saja nak bawa anak-anak melihat bandar Taiping keesokan harinya kerana kami tiba sudah lewat petang.

Kami tidak pergi ke mana-mana pun tempat  menarik yang banyak terdapat di Taiping kerana kesuntukan masa. Suami saya sebenarnya ada urusan resmi di Alor Star dan Langkawi. Jadi kami ingin bermalam disana semalam, sebelum terus ke Langkawi.

Bandar Taiping - kami pusing-pusing melihat bandar yang sudah agak lama kami tidak ziarah

Bandar Taiping - kami pusing-pusing melihat bandar yang sudah agak lama kami tidak ziarah

Anak saya sempat menyinggah salah satu shopping kompleks yang terdapat di sana dan membeli beberapa keping video untuk ditonton dalam kereta semasa dalam perjalanan yang jauh itu.

Tua tetapi masih ada daya tarikan - pokok tua yang banyak terdapat di Taman Tasik Taiping

Tua tetapi masih ada daya tarikan - pokok tua yang banyak terdapat di Taman Tasik Taiping

Inilah tasik yang terkenal itu....Taman Tasik

Inilah tasik yang terkenal itu....Taman Tasik

Terdapat beberapa tempat yang menarik yang sesuai dijadikan tempat bersantai bersama keluarga di hujung minggu, di kawasan berhampiran. Kami hanya meninjau dari atas kereta. Walaubagaimana pun kami ada menyinggah di satu tempat yang popular dengan ‘mee udangnya’, sebelum kami meneruskan perjalanan semula. Tempatnya di Kuala Sepetang atau pun nama lamanya Port Weld.

hah!...... inilah mee yang terkenal itu - Mee Udang Banjir...sedapkaaan?

hah!...... inilah mee yang terkenal itu - Mee Udang Banjir...sedapkaaan?

Suami saya kata dia mesti mencubanya, walau pun ketika itu kami masih lagi kekeyangan kerana sarapan lewat. Memang sedap …… sehingga habis kuahnnya anak bongsu saya hirup!

Tak toleh kiri kanan dah! ....... punyalah sedap sehingga licin tinggal mangkuk

Tak toleh kiri kanan dah! ....... punyalah sedap sehingga licin tinggal mangkuk

coretan oleh:

http://saramsa.wordpress.com

http://www.DuniaHerba.net/saramsa

Musim cuti sekolah baru-baru ini (30 Mei – 7 Jun) kami sekeluarga pergi bercuti di Langkawi. Salah satu aktiviti menarik yang disediakan untuk para  pelancong ialah ‘Mangrove Tour’. Perjalanan menggunakan bot kecil laju menyusuri sungai air masin. Ia bermula lebih kurang, dari tepi pantai Tanjung Rhu (bertanda 111 dalam peta) sehingga ke Kampung Kilim dan berpatah balik samada melalui jalan yang sama atau jalan laut terbuka. Dalam Tour ini ada aktiviti sampingan seperti melalui Gua Buaya dengan bot, singgah di Gua Kelawar, melawat pelantar memelihara ikan dan memberi makan burung helang. Keseluruhan aktiviti mengambil masa lebih kurang 2 jam.

bakau tour map

‘Mangrove Tour’ adalah aktiviti keluarga yang menyeronokkan. Kita dibawa menyusuri sungai air masin sambil menikmati keindahan  hutan paya bakau dengan lebih dekat. Bot laju yang kami naiki pada hari itu boleh memuatkan 8 orang dewasa.  Semasa mula-mula menjejakkan kaki ke dalam bot itu, rasa gerun juga kerana kami tidak dipakaikan jaket keselamatan. Apa tidaknya…..saya dan suami langsung tak tahu berenang! Anak-anak tahulah juga sikit-sikit. Kalau terjadi apa-apa……takut nak memikirkannya. Saya yakin ianya ada disediakan dalam bot itu, cuma tidak memakainya…..tetapi tidak pula kami bertanya kerana takut susah hati kalau-kalau andaian itu tidak benar….hee…  hee.. hee.

Hutan paya bakau di sepanjang tebing sungai

Hutan paya bakau di sepanjang tebing sungai

Walaubagaimana pun perasaan itu hilang sedikit demi sedikit dan digantikan dengan kegembiraan kerana kami semua begitu teruja dengan pengalaman baru ini. Namun saya masih berdoa di sepanjang perjalanan agar tidak berlaku apa-apa kecelakaan ke atas kami. Kami juga dihiburkan dengan celoteh ‘Pak Ngah’ pemandu bot kami yang juga bertindak sebagai pemandu pelancong tidak rasmi.

Itulah rupa bot yang kami naiki tanpa memakai sebarang jaket keselamatan sebagaimana yang dikehendaki pihak berkuasa.

Itulah rupa bot yang kami naiki tanpa memakai sebarang jaket keselamatan sebagaimana yang dikehendaki pihak berkuasa.

Sebelum pengalaman yang terbaru ini saya berserta keluarga telah pernah menaiki bot seperti ini tetapi yang lebih besar dan stabil berbanding yang di atas. Kami mencuba ‘River Cruise’ di Thames River di London dan Mersey River di Liverpool. Pemandangan di sepanjang kedua sungai ini sudah tentulah amat berbeza kerana sungai-sungai itu membelah kedua-kedua  kota besar  tersebut. Sementara di Langkawi sungainya membelah hutan paya bakau. ..dua pengalaman yang amat berbeza.

Akar pokok bakau yang sangat unik - boleh menerima air masin dan air tawar

Akar pokok bakau yang sangat unik - boleh menerima air masin dan air tawar

Bekas tapak membakar batang bakau untuk dijadikan arang - salah satu kegunaan pokok bakau

Bekas tapak membakar batang bakau untuk dijadikan arang - salah satu kegunaan pokok bakau

Orkid Putih yang tumbuh di celah-celah batu...SubhanAllah! - bunga putih itu hanya boleh dilihat setahun sekali

Orkid Putih yang tumbuh di celah-celah batu...SubhanAllah! - bunga putih itu hanya boleh dilihat setahun sekali

Itulah pertama kali saya melihat buah bakau secara dekat

Itulah pertama kali saya melihat buah bakau secara dekat

Ini adalah proses semulajadi pembiakan pokok bakau - buahnya akan jatu tercacak ke bawah dan akan hidup menjadi anak pokok

Ini adalah proses semulajadi pembiakan pokok bakau - buahnya akan jatuh tercacak ke bawah dan akan hidup menjadi anak pokok

Bot yang kami naiki menuju ke arah Gua Buaya

Bot yang kami naiki menuju ke arah Gua Buaya

Bot kami sudah berada dalam Gua Buaya - haahh....nasib baik tak ada buaya!

Bot kami sudah berada dalam Gua Buaya - haahh....nasib baik tak ada buaya!

Aktiviti memberi makan ikan di pelantar ikan - petak menternak ikan

Aktiviti memberi makan ikan di pelantar ikan - petak menternak ikan di HOLE IN THE WALL - Fish Show And Wildlife Watch

Pertama kali kami bermain-main dengan belangkas yang masih hidup

Pertama kali kami bermain-main dengan belangkas yang masih hidup

Kelawar tergantung (tidur) di siling Gua Kelawar

Kelawar tergantung (tidur) di siling Gua Kelawar

Memberi helang makan dengan menggunakan perut ayam (hanya ini yang boleh terapung di atas air)

Memberi helang makan dengan menggunakan perut ayam (hanya ini yang boleh terapung di atas air)

Tadi aku diberi makan, sekarang aku posing pulaklah....burung helang merah

Tadi aku diberi makan, sekarang aku posing pulaklah....burung helang merah

Laluan ini juga menjadi salah satu tempat berlabuh untuk kapal layar yang dimiliki oleh rakyat negara asing - mereka akan menggunakannya apabila datang bercuti di sini

Laluan ini juga menjadi salah satu tempat berlabuh untuk kapal layar yang dimiliki oleh rakyat negara asing - mereka akan menggunakannya apabila datang bercuti di sini

Anakanda saya berposing di tengah hutan bakau - air surut ketika ini

Anakanda saya berposing di tengah hutan bakau - air surut ketika ini

coretan oleh:

http://saramsa.wordpress.com

http://www.DuniaHerba.net/saramsa