Sekapur sirih sekacip Pinang

Ungkapan kata” sekapur sirih” selalunya digunakan sebagai pembuka kata atau pengenalan sesuatu program atau aktiviti. Kenapa agaknya? Besar kemungkinan kedua-dua bahan ini banyak dipergunakan dalam adat istiadat orang-orang melayu zaman dahulu. Sirih pinang berperanan penting dalam upacara, adat resam dan budaya semasa, masyarakat Melayu ketika itu. Sejak dahulu lagi ia menjadi satu simbol kebudayaaan dan masih menjadi satu segmen di dalam adat istiadat budaya hingga kini seperti budaya memakan sirih, perkahwinan, adat resam dan adat istiadat sehinggalah kepada penggunaan dalam perubatan tradisional. Begitu berpengaruhnya ia sehingga terhasilnya pepatah seperti “ pinang pulang ke tampuk” bagai pinang dibelah dua”,”sirih naik, junjungan patah” dan “sirih pulang ke gagangnya

Ini adalah kata-kata pertama yang ditulis oleh Seri Pinang sebagai empunya blog. Semoga ianya menjadi titik-tolak kepada penghasilan artikel-artikel yang bernas. Apa yang diharapkan adalah agar apa-apa yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca sebagaimana bermenfaatnya buah pinang dan daun sirih bagi mereka yang ingin mengambilnya. Buah pinang dan daun sirih walaupun tidak sedap dirasa tetapi jikalau diambil dengan betul sangatlah berkhasiat, boleh dijadikan penawar kepada pelbagai penyakit.

Artikel-artikel yang tersiar adalah yang di tulis sendiri dan juga yang disunting daripada bahan-bahan bacaan seperti buku, majalah , e-mail dan internet. Mana-mana bahan artikel yang terambil daripada penulisnya yang asal , tanpa disebut sumber rujukan , harap dimaafkan.

2 Responses to “About”

  1. hidayah Says:

    salam..sy nak tahu lebih lanjut mengenai alhambra boleh x?

    1. seri pinang Says:

      Wa’alaikumsalam. InsyaAllah boleh. Alhambra ……. nak tahu bab yang mana? Kalau nak tahu sejarahnya searh ajer dlm internet. Tulis alhambra spain maka akan keluarlah site2 yang ada hubungan dengan alhambra

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 209 other followers