Awal Disember 2011 saya menemani suami ke Korea Selatan. Dia ke sana atas urusan kerja ( menghadiri konferens) sementara saya pula mengambil kesempatan  ”makan angin” …… melancong sambil bekerja. Konferens suami berlangsung di Pulau Jeju. Jadi kebanyakan masa kami berada di situ. Penerbangan dari Seoul ke bandar Jeju mengambil masa sejam. Kami tinggal di Hotel December  selama empat hari empat malam ( 7 Dis – 11 Dis)

Pulau Jeju (Jeju-do) adalah pulau terbesar di Korea dan terletak di sebelah selatan Semenanjung Korea. Pulau Jeju adalah satu-satunya wilayah berotonomi khusus Korea Selatan dan juga wilayah yang terkecil. Di tengah-tengah pulau ini tersergam puncak gunung Halla yang tingginya mencecah 1,950m di atas paras laut, merupakan gunung tertinggi di  seluruh Korea.

Ada lebih kurang 750 orang Islam kini tinggal di  Jeju. Mereka datang dari negara-negara Islam seperti Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan lain-lain. Dianggarkan seramai 60,000 orang  Islam datang melancong ke Jeju setiap tahun, mengikut kata Professor Kim Dae Yong, anak kelahiran Jeju yang menjadi pengarah Persatuan  Muslim Korea.

Prof. Kim juga adalah timbalan presiden  RISEAP (Regional Islamic Da’wah Council of South-East Asia & the Pacific, Kuala Lumpur, Malaysia) dan setiausaha kehormat Korea & Qatar Friendship Association.

Prof Kim di pejabat RISEAP ........ ia juga dikenali sebagai Mahmud Taib Islamic centre ........ Ketua Menteri Sarawak ini juga adalah Presiden RISEAP

Pada tahun 2010 ada lebih kurang 40 orang penuntut Islam yang belajar di  Jeju National University. Kebanyakan mereka (orang Islam) yang tinggal dan bekerja di Jeju melakukan kerja-kerja yang tidak digemari penduduk tempatan iaitu “3-D jobs” yang bermaksud dirty, dangerous and difficult, seperti sebagai nelayan.

Keluarga Prof Kim (isteri dan seorang anak lelaki) adalah satu-satunya keluarga Islam yang berasal dari Jeju. Beliau dan isterinya  Prof Saffia menjadi pensyarah di universiti Nasional Jeju. Anak  tunggalnya belajar di UIA, Malaysia.

Tempat-tempat Menarik Jeju

Ketika kami melawat Jeju, penduduknya masih merayakan kejayaan Jeju diiktiraf sebagai salah satu dari 7 Wonders  of Nature yang baru. Mereka meraikannya dengan memberi masuk percuma kepada pengunjung-pengunjung ke beberapa tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong, yang mana pada hari-hari biasa dikenakan yuran masuk.

Uniknya pulau Jeju ini ialah keseluruhan pulau itu dipenuhi kecantikan alam semulajadi ciptaan Allah ….. di mana-mana kita pergi dapat melihat  tumbuhan-tumbuhan semulajadi menghiasi bandar dan diselang-seli dengan kebun atau ladang yang diusahakan penduduk. Tidak perlu bersusah payah mencarinya jauh-jauh untuk menikmati keindahannya.

Buah limau 'tangerine' banyak di tanam di sini ...... tanaman utama Jeju dan buah ini hanya boleh didapati di Jeju

Untuk melihat keseluruhan pulau ini memerlukan beberapa hari. Namun kami hanya mampu meluangkan separuh hari saja kerana kos , cuaca dan masa. Kami menyewa teksi (pemandu yang boleh berbahasa Inggeris) untuk sehari bagi memudahkan kami bergerak. Kosnya antara RM 450- RM 500 .Walaupun begitu kami hanya boleh melawat sehingga petang sebelum masuk waktu solat Maghrib (kerana ingin menjamak solat zohor dan asar). Ketika ini musim dingin di mana hari cepat gelap dan keadaan ini juga tidak sesuai untuk melihat dan menikmati keindahan alam, ditambah pula cuaca yang semakin sejuk.

Dalam masa yang singkat itu kami berjaya melawat beberapa tempat menarik yang sememangnya menjadi tumpuan para pelancong. Kami tidaklah duduk lama-lama di satu-satu tempat ….. hanya sekadar melihat-lihat sahaja.

1.  Mt. Halla

Ini tempat yang pertama kami pergi di atas cadangan pemandu teksi kerana dia mendapat berita ada salji turun di sana pagi itu. Musim sejuk di Jeju tidaklah begitu sejuk dan jarang-jarang ada salji turun. Namun pada hari itu semua orang begitu teruja kerana berpeluang menikmati kecantikan salji yang turun sekali-sekala. Di aras bawah salji yang turun tidak dapat bertahan tetapi di atas gunung ia meninggalkan pemandangan yang sangat cantik …. gebu,putih bersih di atas tanah dan ranting-ranting pokok.

Mt. Halla ...... menerima salji pada pagi tersebut

Ini kru dari stesen TV Jeju yang membuat liputan keadaan di Mt Halla pada pagi 9 Dis 2011

Dalam perjalanan naik kami bertemu beberapa kereta yang terkandas, tidak dapat meneruskan perjalanan kerana keadaan jalan yang licin dan merbahaya. Kereta mereka tidak dilengkapi dengan tayar yang khusus untuk bergerak di atas salji seperti teksi yang kami naiki. Salji pada pagi itu agak tebal juga, mampu meninggalkan lapisan ais di atas jalan. Kami juga berpeluang melihat beberapa ekor rusa liar melintas di hadapan teksi …. satu pemanadangan yang biasa di sini.

Salah sebuah kereta yang terkandas disebabkan jalan yang licin lagi merbahaya

Kereta kami hanya boleh pergi setakat ini sahaja disebabkan keadaan yang merbahaya ...... dalam cuaca yang baik boleh diteruskan perjalanan ke aras yang lebih tinggi ..... ada taman di atas

2. Mysterious Road

Dalam perjalanan naik ke gunung Halla kami telah berhenti pada sebatang jalan misteri. Pemandu teksi membuat eksperimen di sini ……. matikan enjin dan lepaskan brek. Di sini kereta yang dimatikan enjin bergerak dengan sendiri menaiki bukit.

Tiada apa-apa yang misteri di sini kerana ianya disebabkan fenomena “gravity Hill” di mana jalan yang dilihat seperti menaiki bukit itu sebenarnya menurun sedikit ….. jadi kereta tersebut sebenarnya bergerak mengikut graviti. Namun apabila kita berada dalam kenderaan , kita betul-betul merasakan seperti kereta sedang menaiki bukit kerana ia hanya ilusi semata-mata.

Fenomena ini telah dijadikan sebagai produk pelancongan dengan mengatakan ada kuasa misteri di situ

3. Jungmun Daepo Columnar-Jointed Lava

Sendi Kolumnar (columnar-jointed lava) di Pantai  Jeju Jungmun Daepo adalah tebing berbatu yang menyusuri sejauh kira-kira 2 km  di sepanjang garis pantai dari Jungmun Dong ke Daepo Dong di wilayah Seogwipo. Ia telah dibentuk oleh penyejukan dan pemejalan aliran basalt dari gunung berapi Nokhajiak di antara 14,000 ke 25,000 tahun yang lalu.

Pemandangan di tepi pantai

Pemandangan yang unik sepanjang pantai

Ia berbentuk sendi-tiang yang dibentuk oleh lava basalt. Apabila lava basalt yang bersuhu tinggi menyejuk, ia mengecut dan sering menghasilkan sendi kolumnar. Jika dilihat dari atas,  kolum-kolum dari batuan basalt ini berbentuk poligon bersisi 4,5 atau 6. Kolum-kolum basalt setinggi 25m  kelihatan seperti disusun rapi ….. unik dan sangat cantik.

Batu-batan dari lava yang berbentuk p0ligon

Kolum-kolum batuan tersusun rapi, kemas, cantik, bagaikan karya agung Alam

4. Joanne Bear Museum

Joanne Bear Museum ialah dewan galleri pameran untuk Joanne Oh, seorang artis teddy bear yang terkenal. Muzium, yang bermegah dengan moto “nature and environmentalism”, mempamerkan teddy bear yang dibuat dari bahan-bahan semulajadi .

Dalam galeri Joanne Oh ..... bersama dengan salah seekor teddy bearnya

Di muzium ini, pelawat boleh melihat proses membuat teddy bear  Joanne Oh secara dekat. Pelawat juga dibenarkan naik ke atas bumbung untuk menikmati pemandangan yang cantik dari situ. Ada sebuah kafe di aras kedua. Bagi mereka yang ingin membawa balik buah tangan boleh membelinya di kedai sovenir yang terdapat di muzium.

Salah satu pemandangan cantik dari atas bumbung .... kelihatan ladang tangerin di bawah

5. Cheonjiyeon Falls 

Ini adalah salah satu daripada tiga airterjun yang terkenal di Pulau Jeju. Cheonjiyeon (maksudnya  airterjun yang menghubungkan langit (Ch’eon) dan bumi (ji)) menerima ramai pengunjung yang mengambil gambar mereka berlatar belakangkan airterjun ini.

Tinggi airterjun ini 22 m dan lebarnya 12 m. Walaupun ada satu kawasan utama di mana air terjun dari tebing, namun saiznya boleh bertambah besar atau airnya akan terjun dari beberapa bahagian lain tebing, bergantung kepada berapa banyak hujan yang diterima. Airnya terjun ke dalam sebuah tasik besar buatan manusia sedalam 20 m dan ditakung menggunakan dua empangan, yang juga berfungsi mengawal jumlah atau paras air dalam tasik.

Airnya terjun ke dalam tasik buatan ...... di sinilah terdapat belut marble (atau mutae) yang hanya aktif di waktu malam

Untuk sampai ke lokasi airterjun para pelawat kena berjalan di laluan yang berlanskap menarik; laluan dalam taman  tumbuhan subtropika. Ia menjadi habitat semulajadi pada 400 spesis hidupan haiwan dan tumbuhan. Dalam sungainya ada berbagai-bagai jenis ikan koi (kap) dan tasiknya pula menjadi habitat bagi belut marble  (mutae eel bagi orang Korea). Itik hijrah juga boleh didapati di sini.

Salah satu jambatan yang boleh digunakan untuk pergi ke seberang sana sungai

 

Walaupun berada dalam musim sejuk tetapi taman ini tetap cantik berwarna -warni dengan tumbuhan-tumbuhan subtropikanya

Di  pintu masuk ke taman ini ada sebuah kedai sovenir. Saya telah membeli sehelai saputangan berpeta Jeju sebagai ole-ole untuk dibawa pulang dengan harga 3,000 won.

6. Seongeup Folk Village

Sebuah kampung kecil tradisional yang terletak di kaki Gunung Halla. Kawasan ini pernah menjadi pusat pentadbiran Jeju semasa zaman Koryo. Rumah-rumah di kampung ini diperbuat daripada atap jerami dan dindingya pula daripada batu dan tanah liat. Rumah-rumah ini masih ada yang didiami walaupun sesetengahnya telah ditambah dengan kemudahan-kemudahan moden.

Rumah ini tidak didiami ..... hanya dijadikan sebagai 'showpiece'

Kampung ini sekarang ditonjolkan sebagai kawasan tarikan pelancong yang mempunyai keunikan tersendiri. Ia mempamerkan kehidupan penduduk Jeju zaman duhulu.

Patung batu di sebelah kiri itu dikenali sebagai Hareubang atau Grandfather's statue ..... selalunya diletakkan di luar pintu pagar kerana ia dianggap sebagai tuhan yang akan memberi perlindungan dari kuasa jahat

Kami tiba di perkampungan ini ketika waktu makan tengahari. Jadi pemandu teksi memberhentikan kami di hadapan sebuah restoran, lalu mengajak kami masuk makan bersamanya. Kami menolak dengan mengatakan kami tidak makan daging ….. nak cerita pasal halal haram dia memanag tidak akan faham kerana kebanyakan orang Korea tidak kenal Islam.  Daging babi berbulu hitam menjadi makanan
kegemaran orang-orang di sini.

 

Cara membacuh kopinya pun ada style ....... bukanlah sekadar tuang air panas sahaja

Kami ada membawa sandwic sebagai bekalan tetapi tidak dapat mencari tempat yang sesuai untuk makan. Oleh kerana itu kami terpaksa masuk ke dalam sebuah kedai kopi yang hanya menjual kopi, sambil makan sandwic kami. Untuk ini kami terpaksa membayar 8,000 won …… 4,000 won (RM 12.00) untuk segelas kopi hitam Brazil!

Sebelum meninggalkan tempat ini kami telah masuk ke dalam sebuah kedai menjual berbagai-bagai produk tempatan. Setelah meninjau-ninjau apa yang sesuai dibeli, akhirnya kami telah membeli dua kotak coklat buatan Jeju.

7. Gimnyeong Maze Park

Tempat yang menarik dan pasti meyeronokkan bagi mereka yang gemar mainan maze ini.

Maze ini sengaja direka menyerupai bentuk Pulau Jeju

Oleh kerana kami  kesuntukan masa pada hari itu, kami masuk ke dalam maze dan memilh jalan yang paling singkat berpandukan peta yang diberi. Kami tidak mahu tersesat kerana takut kehilangan masa. Laluan yang paling dekat antara pintu masuk dan keluar adalah sejauh 190 m dan mengambil masa 5 minit sahaja. Keseluruhan laluan sejauh  932 m.

Sebahagian dari laluan maze

Di dalam taman ini juga terdapat sebuah galeri yang mempamerkam berbagai bentuk mainan maze yang disertai dengan penerangan dan asal-usulnya. Di bawah ini adalah beberapa jenis mainan yang dikategorikan sebagai ‘maze game’.

                                                                                                        

Di bahagian luar taman terdapat banyak patung-patung dari batu yang diukir dengan berbagai-bagai rupa yang ganjil. Ukiran seperti ini boleh didapati di merata-rata tempat di pulau Jeju.

                                                                                    

hareubang-grandfather

Di mana kedai halal?

Di Jeju tidak ada kedai yang menjual barangan halal tetapi ada dua restoran yang menjual makanan halal; restoran Baghdad dan restoran Rajmahal. Mereka mendapat bahan mentah halal dari tanah besar. Kedua-dua restoran ini berkonsepkan restoran India dan dimiliki oleh orang bukan Islam.  Kebanyakan orang-orang Korea tidak ada agama.

Di Jeju juga tidak ada masjid. Prof Kim telah menjadikan ruang pejabatnya di Shin Jeju sebagai “masjid sementara”. Orang-orang Islam di sini masih tidak mampu memperjuangkan hak-hak mereka kerana faktor yang berbagai-bagai.

Salah satu restoran yang ada menu halal

Kami  pernah cuba makan sekali sahaja di Restoran Rajmahal kerana ia berdekatan dengan tempat tinggal kami. Di waktu lain kami hanya makan roti dan bekalan yang kami bawa dari Malaysia. Kalau makan selalu takut over bajet pulak! Harganya sangat mahal ….. untuk 2 orang hari itu kami terpaksa berbelanja sebanyak 40,000 won bersamaan lebih kurang RM 120.00 sekali makan.

Menu hari itu ialah ayam tandoori, salad, kari daging kambing yang dimakan dengan nasi dan roti nan, diakhiri dengan samosa.

...... ayam tandoori

      

menu hari itu ...... salad

Pada malam Jumaat, 9 Dis 2011 Prof Kim telah menjemput kami ke rumahnya untuk makan malam yang dimasaknya sendiri. Ketika kami tiba di rumahnya isterinya masih berada di universiti. Mengikut katanya dia lebih pandai masak daripada isterinya …… itulah sebabya dia sendiri yang masak pada malam itu. Alhamdulillah dapat makan “proper” malam itu …… kalau tidak makan ala kadar saja!

Prof Kim dan isterinya Prof Saffia di rumah mereka

An-nyeong Hi-gye-se-yo Jeju!

Hanya satu perkataan Korea sahaja yang dapat kami ingat sepanjang berada di Jeju ……. kamsahamnida (terima kasih). Kami pelajarinya sewaktu membeli-belah di sana.

Awal pagi 11 Dis kami telah meninggalkan Jeju dan menuju semula ke Seoul. Kami akan berada selama dua hari satu malam di Seoul sebelum berangkat balik ke Malaysia.

di Jeju International Airport


Jumaat 20 Januari 2012

Hari ini selepas mengambil anak daripada Hospital Sultanah Aminah JB kami menyinggah di sebuah masjid yang terletak tidak jauh dari sekolah Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB). Jam sudah menunjukkan 12.50 tgh ketika itu. Kebetulan di tepi masjid ada sebuah kedai makan yang dibuka. Suami dan anak menjamu selera terlebih dahulu sebelum masuk ke masjid untuk menunaikan solat fardhu Jumaat. Saya tidak  makan bersama mereka kerana masih terasa kenyang.

Niat di hati nak join jemaah tetapi keadaan masjid tidak mengizinkan saya solat bersama. Sementara menunggu mereka selesai solat saya pun tunggu di kedai makan dan mengambil keputusan untuk makan sedikit supaya masa lapang itu terisi.

Hari itu sangat panas. Saya hendak menjamu selera di bawah kipas tetapi semua meja yang berada di bawah kipas sudah dipenuhi. Jadi saya pun tunggulah hingga selepas azan berkumandang untuk makan kerana waktu itu mesti semua pelanggan lelaki yang berada di situ akan keluar menuju ke masjid. Selepas azan hanya sebahagian saja yang keluar …… saya agak hairan dan tertanya-tanya sendiri “Kenapa depa tak pi masjid?”.

Saya pun masuk ke dalam kedai. Ada beberapa buah meja yang kosong dan saya duduk di sebuah meja yang berhadapan dengan 2 orang jejaka yang sedang menjamu selera dengan relaksnya  ….. tidak nampak lansung aksi nak dipercepatkan apa yang sedang dibuat. Saya gelar mereka berdua ini Mat Biru dan Mat Belang. Mat biru kacak berpakaian baju melayu biru langit dan berkain pelikat. Mat Belang pula berbaju T-shirt belang melintang biru tua dan putih, juga berkain pelikat. Mereka mungkin berada dalam golongan  pertengahan umur walaupun Mat Biru sudah beruban.

Lelaki-lelaki yang berada di situ samada sedang berborak-borak sambil minum atau makan ataupun sebahagian besar hanya duduk untuk menghabiskan rokok di tangan, walaupun  jelas kedengaran imam sedang berkhutbah. Di pertengahan khutbah pertama, Mat Belang sempat mengoder teh ‘o’ panas. Dalam hati saya beristighfar dan berkata…..Ssempat ke dia nak minum?”. Selamba saja mereka berdua bersembang tanpa menghiraukan khutbah yang sedang dibaca.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

Jika kamu berkata kepada temanmu pada hari Jum’at, “Diamlah kamu” sementara imam sedang berkhutbah, maka sungguh engkau telah berbuat kesia-siaan”. Muttafaqun ‘alaihi
Ucapan “diamlah kamu” teranggap memutuskan perhatian dari mendengar khutbah walaupun sebentar sehingga menghasilkan kesia-siaan. Ini adalah keadaan orang yang menasehati (baca: menegur), maka bagaimana pula dengan orang yang memulakannya (yang ditegur-pent.)

Al-Hafzh menyatakan dalam Al-Fath, “Maka jika beliau (Nabi) menghukumi ucapan “diamlah kamu” -padahal dia adalah orang yang beramar ma’ruf- sebagai kesia-siaan, maka ucapan yang lainnya lebih lagi dianggap sebagai kesia-siaan”.

Selesai khutbah pertama dibaca Mat Biru dan beberapa orang yang lain bangun meninggalkan kedai menuju masjid tetapi Mat Belang bersama beberapa orang yang lain, termasuk Pakcik ‘ambil oder’ dan mamat ‘tukang bancuh air’ masih berada dalam kedai. Apabila khutbah kedua mula dibaca Mat Belang minta ketul ais untuk tehnya yang masih panas untuk diminum. Selesai khutbah kedua dibaca barulah dia berserta beberapa yang lain bangun  menuju ke masjid.

Menurut jumhur ulamak, khutbah merupakan antara syarat sah solat Jumaat.  Sa’id bin Jubair berpendapat bahawa khutbah menyamai 2 rakaat solat zuhur, seandainya khutbah ditinggalkan dan mengerjakan Solat Jumaat sahaja bererti kita telah meninggalkan dua rakaat solat Zuhur

Kemudian saya terpandang di sebalik almari lauk-pauk masih ada empat orang anak muda duduk bersembang-sembang di sebuah meja. “Mereka ini budak-budak China agaknya.”, hati saya berkata-kata.

Semasa khutbah kedua sedang dibaca hujan turun dengan lebat sekali…..agaknya sebab itulah cuaca sebelum hujan itu sangat panas (mengikut teori orang tua-tua). Apabila solat hendak bermula saya pun berpindah duduk di bahagian luar kedai supaya saya dapat melihat bahagian dalam masjid. Mudah untuk saya tahu bila solat telah slesai sambil menunggu hujan rahmat berhenti.

Sebaik sahaja keluar terpandang di kiri saya dua orang budak sekolah sedang nyenyak tidur di sebuah sofa buruk. Saya pun kejutkan mereka dan dengan bingkas mereka bangun dan kelihatan begitu terkejut apabila terpandang saya, menyuruh mereka pergi solat. Tanpa banyak bicara mereka meninggalkan sofa buruk itu. Selepas itu saya mencari tempat duduk di sebelah kanan. Alangkah terkejutnya saya apabila melihat sekumpulan empat orang anak muda yang saya sangka berketurunan China itu sebenarnya orang Melayu yang secara otomatiknya beragama Islan di Malaysia ini. Salah seorangnya lengkap memakai baju melayu berkain pelikat. Sampai hati mereka tak ke masjid yang hanya beberapa meter saja dari meja duduk mereka!

Siapakah yang hendak mereka tipu ……. ibu-bapa mereka, kawan-kawan, diri mereka ataupun Allah? Tidak ada lansung perasaan malu dalam diri mereka!

Salah Siapa?

Siapakah yang sepatutnya dipersalahkan dalam hal ini? Siapakah yang akan menanggung dosa …… tuan kedai, pelanggan atau kedua-dua?

Islam tidak melarang umatnya berjual beli pada hari Jumaat tetapi bersyarat. Firman Allah di dalam surah al-Jum’ah ayat 9  yang bermaksud:

 ”Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikumandangkan seruan mengerjakan Solat Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah S.W.T dan tinggalkanlah jual beli (pada saat itu) ; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu , jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah dari limpah kurnia Allah S.W.T, serta ingatlah akan Allah S.W.T banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya ( di dunia dan di akhirat).

Dalam kes di atas kami berasa selesa dapat menjamu selera di situ kerana dapat menjimatkan waktu supaya suami dan anak dapat masuk awal ke masjid.

Allah S.W.T  memberi ganjaran yang besar kepada mereka yang sering berusaha datang awal ke Masjid  pada hari Jumaat terutama sebelum khatib berkhutbah. Dalam sepotong hadith Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Apabila tiba hari Jumaat, maka pada setiap pintu masjid  terdapat malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutan. Apabila imam / khatib telah duduk di atas mimbar, maka malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengar khutbah.”

Dilema di atas boleh dielakkan jika semua pihak (penjual, pembeli dan pihak berkuasa) mengambil beberapa tindakan seperti di bawah:

Pertama: Aktiviti jual beli hendaklah ditangguhkan sementara waktu ketika mana  azan kedua berkumandang.

Kedua: Perniagaan boleh diteruskan dengan syarat urus niaga tersebut dijalankan antara penjual wanita dan pembeli wanita sahaja.

Ketiga:  Para jemaah lelaki disarankan agar menangguhkan urusniaga di samping  mengambil peluang  masuk awal ke dalam masjid mendengar khutbah .

The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2011 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

The concert hall at the Sydney Opera House holds 2,700 people. This blog was viewed about 11,000 times in 2011. If it were a concert at Sydney Opera House, it would take about 4 sold-out performances for that many people to see it.

Click here to see the complete report.

Saya pasti ramai di kalangan rakyat Malaysia yang ternanti-nanti akan hari pembukaan  Legoland Malaysia yang dijangkakan pada penghujung tahun ini. Taman tema ini  bertemakan sistem mainan Lego dan Legoland Malaysia adalah yang pertama di Asia dan keenam di dunia selepas Denmark, England, California, Florida dan German. Ia adalah  satu taman yang mampu memenuhi citarasa sebuah keluarga yang ingin menghabiskan masa bersama-sama. Kenyataan saya ini bukanlah berdasarkan andaian semata-mata tetapi ianya adalah satu kebenaran dari pengalaman kerana kami sekeluarga telah melaluinya pada musim panas 2005 di Legoland Windsor, England

"park brochure" yang di dalamnya ada "park map"

Legoland Windsor is a child-oriented theme park in Windsor, Berkshire in England.The park opened in 1996 on the former Windsor Safari Park as the second Legoland after Legoland Billund in Denmark. In common with the other Legolands across the world, the park’s attractions consist of a mixture of Lego-themed rides, models and building workshops. 

Keluasan Legoland Malaysia lebih kurang 76 ekar tetapi Legoland Windsor berkeluasan 150 ekar (ketika 2005).. ….jauh lebih besar dari sudut keluasan. Namun dari sudut aktiviti interaktifnya dijangkakan tidak jauh berbeza – Legoland Malaysia akan mempunyai 50 aktiviti sementara Legoland Windsor pada ketika itu mempunyai lebih dari 50 aktiviti. Mungkin kini sudah ada penambahan.

Jom kita masuk!

pintu masuk ke Legoland - ciri serupa di semua taman tema di dunia

Aktiviti Interaktif

Kebanyakan aktiviti di sini sesuai untuk seluruh isi keluarga kecuali beberapa aktiviti yang dikhususkan untuk kanak-kanak. Konsep Legoland sebenarnya memenuhi impian kanak-kanak yang berumur antara 3-12 tahun.

Beberapa aktiviti menarik yang terdapat di Legoland Windsor, England.

The Orient Express - membawa kami meredah hutan dan berinteraksi dengan penghuni-penghuninya

Harimau Lego - gambar diambil dari atas keretapi

mazes - permainan kegemaran anak bongsu saya dan abangnya

Here we go ...... permulaan pada satu perjalanan yang berbelit-belit

Space Tower - abang ngah yang ditugaskan menemani adik bongsunya ..... menarik tali untuk sampai ke atas

Jungle Coaster - a mini version of Roller coaster

Pirate Falls - satu pengalaman perjalanan dengan bot yang bertemakan lanun ...... lanun-lanunnya dibuat dari lego

Miniland

Satu-satunya daya tarikan  di Legoland yang dapat menghiburkan peminat-peminat setia lego, samada yang kecil atau tua, ialah “Miniland”nya. Rasa sungguh terpesona dengan keindahan dan ketepatan rupabentuk replika-replika  bangunan dan binaan yang terkenal di dunia dan juga tempatan. Pada 2005 sebanyak 35 juta Lego Bricks digunakan di Miniland ini sahaja. Kini saya pasti jumlahnya sudah bertambah kerana mereka sentiasa membuat penambahan struktur-struktur yang baharu. Manakala Legoland Malaysia akan hanya menggunakan sebanyak 30 juta Lego Bricks di keseluruhan taman tema nya.

Tower Bridge, London Eye . Big Ben dll

stonehenge - satu binaan purba yang terkenal di England

windmill - yang terkenal penggunaannya di Belanda

Bt Tower London

Gambar-gambar seterusnya juga, semuanya diperbuat daripada Lego Bricks

Figura dalam taman

Ada berbagai-bagai bentuk figura yang terdapat dalam taman tema ini. Tidak semua yang dapat kami rakamkan dan bergambar bersama disebabkan keluasan taman ini dan masa yang terhad.

Abah dan anak-anak berposing dengan Presiden Lincoln?

Ashraf, Afiq, Afnan and their Lego friend posing with Lego Earth

These two giraffes look very real

Ini patung dari kebudayaan mana tak pasti.....tetapi yang pasti ia juga dibuat dpd Lego Bricks

a giant spider Lego

Abah dan adik bersantai bersama sebuah keluarga Lego

Adik sangat gembira duduk dalam wheelbarrow yang ditarik oleh "abang Lego"

Ashraf, Kausar and their Lego friend

Oleh kerana Legoland Windsor ini sangat luas, kami tidak dapat mencuba kesemua aktiviti yang ada di situ. Kami hanya memilih beberapa aktiviti yang tertentu disebabkan keletihan. Ada sesetengah aktiviti yang popular akan mempunyai queue giliran yang sangat panjang . Faktor ini juga telah  mempengaruhi pemilihan kami. Bagi penduduk tempatan mereka akan mengambil tiket tahunan yang  membenarkan mereka masuk berulang kali dalam tahun itu. Dengan cara ini semua aktiviti yang ada dapat dicuba dan dinikmati dengan sepuas-puasnya. Di negara seperti England yang mempunyai iklim empat musim, taman tidak dibuka sepanjang tahun ….. jadi perlu ambil tahu bila ia dibuka dan ditutup.

Apabila Legoland Malaysia dibuka saya yakin ia akan menjadi satu-satunya Legoland dalam dunia ini yang “mesra Islam” atau “Islam friendly”. Ketika kami ke Legoland Windsor, kami tidaklah dapat hendak menjamu selera sekali di sana kerana tiada gerai menjual makanan halal. Bagi pengunjung Islam pula mereka tentu bermasalah mencari tempat solat bagi mereka yg tidak boleh menjamak solatnya . Alhamdulillah kami datang dari jauh, kami boleh menjamakkan solat zohor ke asar. Kebetulan pula di musim panas waktu siangnya panjang. Jadi kami tidak menghadapi masalah itu.

Saya pasti masalah seperti ini tidak akan timbul di negara kita yang diberi jolokan “Islamic country”. Sudah tentu disana nanti akan ada surau serta gerai dan kedai makanan halal. Jadi kepada bakal pengunjung-pengujung Islam yang komited, samada dari dalam atau luar negara, Legoland Malaysia merupakan pilihan terbaik jika anda ingin ke Legoland.

Mulalah menabung dari sekarang kerana tiket masuk berharga RM 140 untuk dewasa dan RM 110 untuk kanak-kanak. Mereka yang mempunyai Mykad akan diberi diskaun sebanyak RM 30.

6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432

Ini merupakan hari yang bersejarah bagi saya dan keluarga. Inilah kali pertama kami dapat berkumpul seramai mungkin dalam satu masa……lebih kurang 80 orang (tua, muda dan kecil) dalam satu majlis qurban. Saya mempunyai 10 orang adik beradik dan sejak ibu-bapa kami meninggal terasa begitu susah untuk berkumpul adik-beradik. Masing-masing ada komitmen terhadap keluarga sendiri menyebabkan kami jarang berjumpa antara satu sama lain. Malah di Hari Raya Aidil Adha yang bersejarah ini pun hanya 8 orang sahaja daripada kami yang dapat hadir.

inilah sebahagian daripada keluarga yang dapat hadir ke majlis Qurban hari itu

Walau apapun saya tetap bersyukur dapat beraya Haji di kampung …….. rasanya dah lamaaaa betul saya tidak bersembahyang  raya di kampung!

Khutbah Raya di pagi itu agak menarik. Saya, suami dan anak-anak serta beberapa orang ahli keluarga yang lain  menunaikan solat sunat Aidil Adha  di surau Pusat Pendidikan Al-Barakah. Kami berkesempatan bersolat berimamkan  Ustaz Kazim (yang glamour di youtube), pengasas pusat ini. Antara lain isi khutbah pada tahun ini ialah:

Khutbah Pertama

Sikap umat yang menjadikan dunia sebagai matlamat hidup 

1. Ramai ibu-bapa yang terlalu bimbang tentang apa yang akan dimakan oleh anak selepas kematian mereka, berbanding apa bekalan akhirat yang bakal di bawa. Ramai ibubapa yang terlalu bimbang dengan persiapan dan hasil peperiksaan anak di sekolah dan universiti tetapi tidak menghiraukan apa yang bakal dijawab dengan soalan mungkar nakir dalam kubur dan hitungan atas neraca timbangan Allah di akhirat yang lebih dahsyat. Sabda Nabi,

قَالَ رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَقُولُ ابْنُ آدَمَ : ” مَالِي مَالِي ، قَالَ : وَهَلْ لَكَ يَابْنَ آدَمَ مِنْ مَالِكَ إِلَّا مَا أَكَلْتَ  فَأَفْنَيْتَ أَوْ لَبِسْتَ ، فَأَبْلَيْتَ أَوْ تَصَدَّقْتَ  فَأَمْضَيْتَ   - رواه مسلم

Maksudnya : Berkatalah anak Adam : Hartaku! Hartaku! Maka sabda nabi : Sedangkan engkau sebenarnya tidak memiliki daripada hartamu kecuali apa yang telah engkau makan lalu menjadi najis isi jamban, apa yang engkau pakai maka ia menjadi lusuh lalu dibuang atau apa yang engkau sedekah hanya ia yang kekal menjadi bekalan

2. Renungan/tafsiran surah al-A’ala ayat 14-17  …. ia antara surah yang selalu dibaca oleh nabi Muhammad s.a.w dalam solat hari raya.

Antaranya Allah membenci mereka yang menjadikan dunia sebagai tujuan, sebaliknya mencintai mereka yang mengambil dunia sekadar keperluan atau cara meraih keredhaan-Nya. Sesiapa yang menjadikan amal perbuatannya untuk meraih habuan dunia dan bukan mencari redha Allah dan kehidupan akhirat, maka dia akan mendapat apa yang dikehendakinya daripada sebahagian keuntungan di dunia tetapi tidak mendapat bahagian di akhirat. Dari kecil sehingga tua ramai manusia yang menjadikan fokus hidupnya adalah untuk meraih gelaran dan kesenangan dunia. Tidak sedikit dalam kalangan umat Islam sendiri yang hidupnya sibuk sehingga lupa untuk menuntut ilmu sebagai bekal memahami erti iman, Islam dan taqwa. Kerana terlalu ghairah mengejar masa depan dunia, terlupa pentingnya ilmu-ilmu aqidah untuk masa   depan akhirat.  Akibat terlalu sibuknya bekerja, sehingga terlupa untuk belajar tentang solat dan melaksanakannya. Kebanyakan daripada mereka hanya berhenti dari kesibukan tersebut setelah ajal yang amat ditakuti datang tanpa disedari. Sabda Nabi,

رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , يَقُولُ : ” مَنْ كَانَتِ الدُّنْيَا هَمَّهُ , فَرَّقَ اللَّهُ عَلَيْهِ أَمْرَهُ , وَجَعَلَ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ , وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلَّا مَا كُتِبَ لَهُ , وَمَنْ كَانَتِ الْآخِرَةُ نِيَّتَهُ , جَمَعَ اللَّهُ لَهُ أَمْرَهُ , وَجَعَلَ غِنَاهُ فِي قَلْبِهِ , وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَةٌ ” – رواه ابن ماجه

Maksudnya : Sesiapa yang menjadikan dunia sebagai harapannya, nescaya Allah akan mencerai-beraikan urusannya dan menjadikan kefaqiran berada di depan matanya dan dunia tidak akan datang kepadanya melainkan sekadar apa yang telah ditetapkan baginya. Dan sesiapa yang akhirat menjadi harapannya nescaya Allah akan mempersatukan baginya urusan serta menjadikan rasa cukup di dalam hatinya  dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan patuh dan hina.”

3. Keadaan umat Islam yang parah disebabkan beban hutang …. mengikut statistik,  seramai 38,357 individu berusia 25 hingga 41 tahun, diisytiharkan muflis di seluruh negara dalam tempoh 65 bulan sehingga Mei lepas  yang berpunca daripada kegagalan menyelesaikan pinjaman sewa beli kenderaan, tidak dapat mengawal penggunaan kad kredit serta pinjaman peribadi. Budaya berhutang bagaikan berjangkit daripada sikap pemimpin negara yang suka menimbun hutang dengan kehidupan mewah ketika rakyat semakin tersepit dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin tinggi.

4. Pemimpin negara yang tidak amanah ……  kita begitu marah dan kecewa apabila melihat bukan sahaja amalan berhutang untuk bermewah dalam menguruskan harta Negara malah berdasarkan Laporan Audit Negara 2010 menunjukkan bagaimana berlakunya begitu banyak penyelewengan, pecah amanah, pembaziran yang melibatkan ratusan juta duit rakyat.

Bila dunia menjadi matlamat hidup maka halal haram diketepi, dosa pahala tidak dihirau lagi, syurga neraka sudah tidak dipeduli. Ingatlah samada kita pemimpin, pegawai, kakitangan atau apa sahaja pangkat kita jangan sama sekali kita mengkhianati harta rakyat. Ingatlah suatu amaran nabi,

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” مَنِ اقْتَطَعَ حَقَّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ بِيَمِينِهِ ، فَقَدْ أَوْجَبَ اللَّهُ لَهُ النَّارَ ، وَحَرَّمَ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ ” ، فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ : وَإِنْ كَانَ شَيْئًا يَسِيرًا يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : وَإِنْ قَضِيبًا مِنْ أَرَاك

Maksudnya : “Sesiapa yang mengambil hak seorang muslim dengan sumpahnya (yang dusta), maka sesungguhnya Allah mewajibkan baginya neraka dan mengharamkan ke atasnya syurga.”  Lalu seorang (yang hadir bersama) bertanya kepada baginda: “Sekalipun terhadap sesuatu yang remeh wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Ya!, sekalipun sebatang kayu arak (kayu untuk bersugi)

5.  Kegagalan melaksanakan perintah wahyu Allah yang nyata iaitu al-Quran, termasuk dalam melaksanakan hukum hudud yang pernah dilaksanakan di Negara kita sebelum kedatangan penjajah …… kita tidak mampu mengambil roh pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.

Contohnya dalam kes zina;

Kajian Isu Pembuangan Bayi oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) pada September hingga November 2010 yang melibatkan seramai 5,016 responden yang dipilih secara rawak di mana seramai 2,260 responden mengakui pernah berzina. Manakala 1,922 daripada mereka mengetahui rakan mereka mempunyai sejarah hitam mengandung anak luar nikah. Setiap 3 daripada 6 remaja berumur antara 15 hingga 28 tahun di negara ini mempunyai rekod hubungan zina dan yang lebih mengecewakan ramai pelajar universiti yang turut terlibat sama dengan jenayah yang dahsyat ini.

Alasan rakyat tidak faham sepatutnya disusuli dengan usaha memberi faham tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya termasuk Belanjawan 2012 tidak ditekan bantuan kepada pengajian agama dan program menangani masalah kerosakan akhlak. Apa yang lebih menyedihkan program hiburan yang merosakkan semakin subur termasuk lambakan filem seram yang menyuburkan amalan khurafat dan tahyul sedangkan ia merupakan antara perkara yang boleh merosakkan aqidah. Sabda Nabi,

قَالَ رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً  -رواه مسلم

Maksudnya : Sesiapa yang mendatangi dukun yang meramal atau mendakwa tahu(sesuatu yang ghaib) maka tidak diterima solatnya selama 40 malam

6. Krisis kecelaruan identiti …….. satu kajian  menunjukkan lebih 6 juta belia di negara ini didakwa menghadapi krisis kecelaruan identiti disebabkan terpengaruh dengan gaya hidup Barat. Perkara ini semakin parah apabila adanya suatu kumpulan yang menganjurkan Festival Seksualiti Merdeka bertujuan untuk menyokong dan memperkasa cara hidup bebas golongan lesbian, gay, bisexual and transgender yang jelas merosakkan akhlak. Program ini akhirnya diharamkan oleh pihak keselamatan setelah dibantah di seluruh negara walau pun ia telah pun dianjurkan dengan restu pemerintah sejak tahun 2008 lagi. Sabda Nabi,

نْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” أَرْبَعَةٌ يُصْبِحُونَ فِي غَضَبِ اللَّهِ ، وَيُمْسُونَ فِي سَخْطِهِ ، أَوْ يُمْسُونَ فِي غَضَبِهِ ، وَيُصْبِحُونَ فِي سَخْطِهِ ، شَكَّ الْمُحَدِّثُ ، قِيلَ : مَنْ هُمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : الْمُتَشَبِّهُونَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ ، وَالْمُتَشَبِّهَاتُ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ ، وَالَّذِي يَأْتِي الْبَهِيمَةَ ، وَالَّذِي يَأْتِي الرَّجُلَ  - رواه الطبراني والبيهقي

Maksudnya: “4 kelompok manusia yang bangun dari tidurnya di bawah kemarahan Allah dan pergi tidur di bawah kemurkaan Allah. Mereka yang mendengarkan perkataan Baginda bertanya: Siapa mereka ya Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: Lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan hubungan seks dengan binatang dan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki.”

Khutbah kedua

Seruan berjihad untuk Islam

1.Menjadi kewajipan umat Islam menukar sistem jahiliah kepada  Islam …… keluar daripada kegelapan kufur kepada terangnya iman. Sekiranya umat Islam tidak berani menukar system tersebut maka keadaan Negara hanya bertukar pemimpin yang akan meneruskan kezaliman dan penindasan. Kita doakan semoga pertukaran kepimpinan di Mesir, terbaru di Libya serta tidak ketinggalan kemenangan Parti Islam di Tunisia akan memberi sinar kepada Islam dan umatnya bukan meneruskan penderitaan seperti di Afghanistan dan Iraq sebelum ini.

2.Mengambil iktibar daripada tindakan kerajaan Belanda yang mengharamkan sembelihan cara Islam dan Yahudi atas alasan menyakitkan binatang.

Kajian saintifik diketuai oleh Profesor Wilhelm Schulze dari Jerman mendapati kaedah sembelihan dalam Islam terbaik kerana haiwan tidak mengalami kesakitan sewaktu disembelih berbanding kaedah kejutan elektrik yang digunakan di beberapa negara Barat. Hasil pemerhatian Profesor Temple Grandin dari Universiti Negeri Colorado pula mendapati haiwan yang disembelih menggunakan pisau yang tajam dengan kaedah betul memberikan reaksi tenang dan berada dalam keadaan tidak sedar ketika sedang disembelih. Dr Aisha El-Awady pula mengatakan pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang. Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya. Kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang. Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih. Inilah keindahan Islam yang sentiasa menanamkan sifat ihsan termasuk ketika menyembelih binatang

Akhir sekali Ustaz Kazim memberi nasihat kepada para jemaah yang masih ada ibu -bapa agar menghargai kehadiran mereka ketika masih hidup.  Belai dan ambil berat terhadap mereka. Beliau yang baru kehilangan ibunya terasa ada kekosongan dalam kehidupannya kini walaupun dikelilingi orang-orang yang tercinta.

Bahagian akhir ini tidak termasuk dalam teks ucapan khutbah dari Majlis Agama Islam.

Bacaan Talbiah:

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ

 إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ

Labbaikallahumma Labbaik
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Ni’mata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalak

Erti bacaan talbiyah:

Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya pujaan dan ni’mat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu

Setiap kali  mendengar bacaan talbiah ini teringat ketika saya dan suami berada di Tanah Suci menunaikan ibadat haji lebih kurang 10 tahun yang lalu. Pilu dan sedih mendengarnya dek perasaan rindu untuk menziarahinya sekali lagi. Kami teringin sangat untuk kembali ke sana tetapi keadaan tidak menizinkan buat masa ini.

Sehingga ke hari ini saya masih tertanya-tanya, “Apakah saya mendapat haji mabrur?”, “Apakah saya sudah laksanakan semua rukun-rukun haji itu dengan sempurna?”. Alangkah ruginya kalau ibadat haji saya itu tidak diterima ….. kerana itulah perlu berhati-hati dalam menunaikannya …… persediaan dari sudut fizikal dan rohani amat-amat  diperlukan.

Apakah Haji Mabrur?

Para pakar fiqh mengatakan bahawa yang dimaksud haji mabrur adalah haji yang tidak dikotori dengan kemaksiatan pada ketika melaksanakan rangkaian manasiknya (tata cara haji).

Al Hasan Al Bashri rahimahullah mengatakan,

“Haji mabrur adalah jika sekembali dari haji menjadi orang yang zuhud dengan dunia dan merindukan akhirat.”

Al Qurthubi rahimahullah  menyimpulkan,

“Haji mabrur adalah haji yang tidak dikotori oleh maksiat ketika melaksanakan manasik dan tidak lagi gemar bermaksiat setelah balik haji.”

Manakala An Nawawi rahimahullah pula berkata,

“Pendapat yang paling kuat dan yang paling terkenal, haji mabrur adalah haji yang tidak  dinodai oleh dosa, diambil dari kata-kata birr yang bermakna ketaatan. Ada juga yang berpendapat bahawa haji mabrur adalah haji yang diterima. Di antara tanda diterimanya haji seseorang adalah adanya perubahan menuju yang lebih baik setelah pulang dari pergi haji dan tidak membiasakan diri melakukan berbagai maksiat. Ada pula yang mengatakan bahawa haji mabrur adalah haji yang tidak dicampuri unsur riya’. Ulama yang lain berpendapat bahawa haji mabrur adalah jika sekembali dari haji tidak lagi bermaksiat. Dua pendapat yang terakhir telah tercakup dalam pendapat-pendapat sebelumnya.”

Setelah faham apa yang dimaksudkan dengan haji mabrur, maka sewajarnya orang yang berhasil mencapai ketetapan  tersebut akan mendapatkan keutamaan sebagaimana yang disebutkan dalam sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ

“Dan haji mabrur tidak ada balasan yang layak baginya selain syurga.”

(HR. Bukhari no. 1773 dan Muslim no. 1349).

An Nawawi rahimahullah menjelaskan, “Yang dimaksud, ‘tidak ada balasan yang layak baginya selain syurga’, bahawasanya haji mabrur tidak cukup jika pelakunya dihapuskan sebagian kesalahannya; bahkan ia memang layak untuk masuk syurga.”

Di antara bukti dari haji mabrur adalah gemar berbuat baik terhadap sesama insan.Dari Jabir, ia berkata bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang haji yang mabrur. Jawapan beliau,

إطعام الطعام و طيب الكلام

“Suka bersedekah dengan cara memberi makan dan memiliki tutur kata yang baik”      (HR. Hakim no. 1778)

Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini hasan.

Demikianlah kriteria haji mabrur. Kriteria penting pada haji mabrur adalah haji tersebut dilakukan dengan ikhlas dan bukan atas dasar riya’, hanya ingin mencari pujian, seperti ingin disebut “Pak Haji”. Ketika melakukan haji pun melalui jalan yang benar, bukan dengan cara menipu atau menggunakan harta yang haram. Ketika melakukan manasik haji, harus menjauhi maksiat, ini juga termasuk kriteria mabrur. Begitu pula disebut mabrur adalah sesudah menunaikan haji tidak boleh lagi berbuat maksiat tetapi berusaha menjadi yang lebih baik.

Adalah  menjadi tanda tanya besar jika seseorang selepas haji  masih meneruskan maksiat yang dulu sering ia lakukan, seperti seringnya ponteng solat lima waktu, masih suka mengisap rokok atau malah masih berseronok berkumpul untuk berjudi. Kalau di kalangan artis pula masih aktif dengan aktiviti lama mereka dan kalau yang perempuan masih tidak menutup aurat, malah masih ada yang berpakaian seksi. Manakala para pemimpin pula tidak menunjukkan sebarang perubahan pada cara kepimpinan mereka, masih mengamalkan rasuah, menipu dan tidak amanah.

Jika demikian keadaannya, maka sungguh sia-sia haji yang ia lakukan. Pembiayaan  yang beribu dan tenaga yang tercurah selama haji, jadi sia-sia belaka.

One fine morning in April 2006, we made a historical journey to the world’s tallest and longest bridge, Millau Viaduct in southern France. We were on our way back to Paris to catch the 12.00 midnight eurotrain from Calais to  Folkstone, UK.

Our journey actually started the day before from Barcelona,  Spain. We spent the night at an F1 hotel (the French budget hotel) in a small town not far from Millau. We wanted to pass through the bridge in the morning. We wanted to see the awe – inspiring technology and experienced the flying like journey crossing the Tarn River Valley….. a drive through the sky. SubhanaAllah …… it’s amazing!

approaching the bridge ......

.....a drive through the sky .....

the bridge is behind us now ....... Millau, France 2006

Ashraf and Millau Bridge , France 2006

Kausar and Millau de viaduct, France 2006

  News from AP Associated Press,

14 Dec 2004, Millau France

Piercing the sky above the verdant hills of southern France, a roadway bridge hailed as the tallest in the world was officially inaugurated Tuesday.

Celebrated as a work of art and an object of French national pride, the Millau bridge will enable motorists to take a drive through the sky — 891 feet above the Tarn River valley for 1.6-mile stretch through France’s Massif Central mountains.

Designed by British architect Norman Foster, the steel-and-concrete bridge with its streamlined diagonal suspension cables rests on seven pillars — the tallest measuring 1,122 feet, making it 53 feet taller than the Eiffel Tower.

The bridge, which has an airy and fluid appearance, was designed to have the “delicacy of a butterfly,” Foster said in an interview with regional daily newspaper Midi Libre.

“A work of man must fuse with nature. The pillars had to look almost organic, like they had grown from the earth,” said Foster, who also designed London’s Millennium Bridge.

At 2.4km long, and 270m above the river at its highest point, the Millau viaduct spans a 2km valley in the Massif Central mountain range and forms the final link in the A75 highway from Paris to Barcelona. Despite its huge length, journey time over the structure is expected to be just one minute.

Barcelona is 832 km from Paris and about 8 hrs driving. Millau is about 400 km from Barcelona.

Sudah menjadi trend penduduk UK, melancong di dalam atau luar negara setiap kali musim cuti sekolah, terutama di musim bunga dan panas.

Semasa Easter break  2003 kami juga tidak ketinggalan pergi melancong di dalam negeri. Ini merupakan  cuti sekolah panjang yang pertama bagi anak-anak saya yang baru mula belajar di UK. Kami mengambil kesempatan ini untuk membawa mereka melihat tempat-tempat baru yang menarik dan terkenal di negara yang mereka hanya kenal dan tahu dari jauh sebelum ini.

Membawa anak-anak bercuti dan melihat tempat-tempat lain adalah sebahagian daripada tarbiah kami kepada mereka. Masa yang terluang bersama mereka dimanfaatkan sepenuhnya. Hubungan erat sesama ahli keluarga dapat dipupuk ….. makan bersama, gelak ketawa bersama, berkemas bersama ….. semuanya dilakukan bersama.  Mereka juga diperingatkan supaya berfikir dan meneliti akan ciptaan dan kekuasaan Allah setiap kali menikmati keindahan alam, milik yang Maha Pencipta. Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal”

Ali-Imran:190

Cuti Easter tahun itu kami menziarah anak saudara saya yang tinggal di Newcastle sambil bercuti. Satu perjalanan yang agak jauh, lebih kurang 350 km dari Loughborough, tempat tinggal kami . Dengan menggunakan kereta lama sudah tentu perjalanannya juga mengambil masa yang lama, di antara 5 hingga 6 jam.

Tempat yang bertanda A itu adalah Loughborough, sebuah pekan  yang nyaman, tenang dan tidak begitu sibuk tetapi mempunyai sebuah universiti yang unggul dan terbilang. Bandar Newcastle terletak di utara England dan tidak berapa jauh dari Sunderland, sebuah bandar tepi laut.

Sunderland sangat dekat di hatiku. Inilah tempat pertama saya tinggal berseorangan dan berjauhan dari keluarga. Banyak kenangan silam dan pengalaman baru yang dilalui  selama 2 tahun berada di sana. Di sinilah berlaku “the turning point in my life” ….. di sinilah saya mula-mula mendapat pancaran cahaya ilahi yang sebenar-benarnya ….. di sini jugalah saya diperkenalkan dengan kata-kata azimat ….”Islam as a way of life” ….yang mana sehingga kini saya masih mengamalkannya, alhamdulillah!

Memang sudah lama saya ingin kembali menjejak kaki ke bandar itu setelah meninggalkannya pada tahun 1981. Walaupun saya pernah kembali ke England pada tahun 1990 tetapi saya tidak berkesempatan ke sana. Namun pada kali ini saya tidak melepaskan peluang yang ada ……. so sebelum meneruskan perjalanan pulang kami buat detour …… From Newcastle to Sunderland.

Kami berada selama 2 malam di Newcastle.  Ketika di Newcastle kami hanya sempat berjalan-jalan ke pantai, carboot dan tempat kegemaran anak-anak lelaki ….. stadium bola pasukan  Newcastle United, St James Park. Kami tidak berminat ke shopping complex  kerana  di mana-mana pun di UK suasananya lebih kurang sama. Pada pagi hari yang ketiga sebelum  bertolak balik kami melencong ke Sunderland.

St James Park, Newcastle 2003 .......sempat masuk ke kedainya ..... adik dapat bola sebagai souvenir

St James’ Park is an all-seater stadium in Newcastle upon Tyne, England. It is the home of Newcastle United Football Club, and the oldest and largest football stadium in the North East of England. It is the sixth largest football stadium in the United Kingdom.

bergambar bersama anak saudara, cucu saudara, sepupu-sepapat dan ...... di tepi pantai Newcastle 2003

Saturday Carboot in Newcastle, 2003 ....... jarang2 ada, selalunya Sunday carboot

Apabila tiba di Sunderland terasa begitu teruja sekali ……. ohhhh…..Sunderland I’m back after 22 years. Sebenarnya kami hanya drive through bandar Sunderland sahaja ……. tidak menjejak kaki pun tetapi kami ada menyinggah ke beberapa tempat yang berhampiran seperti Stadium of Light dan Roker & Seaburn Beach.

Stadium of Light juga terletak di kawasan Monkwearmouth dan tanda arrow itu adalah sebahagian daripada pantai yang panjang di Roker Beach dan disambung dengan Seaburn Beach

Roker (kalau tak silap?) .......... Sunderland 2003

Seaburn Seafront, Sunderland 2003

Ashraf, Afiq & Afnan ........ and Stadium Of Light 2003

The Stadium of Light is the magnificent home of Sunderland AFC, widely regarded as one of the best stadiums in Europe.

wearmouth bridge ...... merentasi sungai wear ...... satu landmark yang sangat-sangat diingati hingga kini

Apabila melihat dan melintasi jambatan di atas teringatlah ketika di mana saya dan kawan-kawan sekolej menaiki bas setiap hari melaluinya  untuk pergi ke kolej. Setiap pagi saya mengambil bas dari bandar ke kolej yang terletak di kawasan bernama Monkwearmouth di sebalik sana sungai. Ketika  melalui bandarnya pula terkenanglah saat-saat saya berada di sana …… menunggu bas dalam keadaan hujan renyai-renyai  berserta salji, kesejukan ditiup angin kencang yang sangat menyukarkan  berjalan …… satu pengalaman yang tidak akan pernah saya lupakan.

Oleh kerana kesuntukan masa kami tidak dapat meninjau dengan lebih jauh ke dalam bandar. Adalah sesuatu yang mustahil  untuk mengimbau kembali kenangan lama dalam masa yang begitu singkat. Namun terpaksalah berpuas hati dengan lawatan yang singkat dan ringkas ini, sekadar mengembalikan nostalgia yang saya pernah berada di sini 22 tahun yang lalu.

Walaubagaimana pun di zaman yang canggih ini saya dapat mengimbau kembali kenangan lama dengan mudah melalui google earth. Dengan cara ini saya boleh merayau-rayau dengan sesuka hati mencari tempat-tempat yang familiar dan banyak memberi kenangan. Antara tempat-tempat yang menjadi sebahagian dari kehidupan ketika itu ialah seperti Elmwood street ( tempat tinggal tahun pertama ‘A’ Level), Salisbury Street (tempat tinggal  tahun kedua ‘A’ Level), Havelock Terrace (rumah rakan-rakan sekolej), Western Hill ( kedai mendapatkan daging halal) dan Mowbray Park (tempat melepaskan tension).

gambar diambil melalui google earth ....... salah sebuah kedai di mana kami selalu mendapatkan bekalan daging dan ayam halal

Kedai di atas beralamat di Western Hill. Dulu kami memanggilnya Kedai Paki (ringkas dari Pakistan), tetapi kini kalau dilihat daripada namanya ia dimiliki oleh orang Bangla. Kali terakhir kami meninggalkan UK (2006)  perniagaan seperti ini memang banyak dimonopoli oleh orang-orang Bangla. Bangsa mereka sangat menonjol di kalangan masyarakat Islam UK.

 Abdul  Latip Talib dalam novel sejarahnya yang bertajuk Hulagu Khan telah menceritakan bagaimana orang Monggol tidak takut betapa besar sekalipun jumlah tentera Islam Abbasiah, banyaknya pedang tentera Islam bersinar atau banyaknya anak-anak panah berterbangan dari pihak Islam.

Apa yang mereka geruni dari pihak lawan  hanyalah doa orang Islam; kerana doa inilah yang menakutkan Genghis Khan, datuknya, dari menawan kota Baghdad dulu. Kerana doa ini jugalah menakutkan Hulagu Khan dari mara ke Makkah dan Madinah di hujung usianya. Doa dan munajat kepada Tuhan adalah senjata sebenar umat Islam.

Hulagu Khan seorang pemimpin perang yang pintar. Mereka memperdaya dahulu para alim ulama, imam-imam, tokoh-tokoh agama dengan diberi makan daging babi dan anjing. Makanan haram inilah menyebabkan doa-doa para ulama di belakang Khalifah al-Mu’tasim tidak dimakbulkan selama 40 hari 40 malam.

Sesuap saja makanan haram, akan mengakibatkan doa kita selama 40 hari tidak terkabul. Apabila makanan haram yang masuk ke perut kita lebih dari sesuap bahkan berkali-kali sehingga tidak terhitung lagi, sudah tentu sampai matipun kita berdoa, Allah tidak akan mengabulkannya.

Pada suatu hari Saad bin Abi Waqqas bertanya kepada Rasulullah,

“Ya Rasulullah, doakan aku kepada Allah agar aku dijadikan Allah orang yang makbul doanya.”

Rasulullah menjawab, “Hai Saad, makanlah yang baik, (halal) tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang memegang jiwa Muhammad, sesungguhnya seorang yang pernah melemparkan sesuap makanan haram ke dalam mulutnya (perutnya), maka tidaklah akan dikabulkan doanya selama 40 hari. Siapa saja manusia yang dagingnya tumbuh dari makanan yang haram, maka nerakalah yang berhak untuk orang itu.”

(HR. Alhaafidh Abubakar bin Mardawih dikutip oleh Alhaafidh Ibnu Kathin dalam tafsirnya).

Allah amat dekat dengan orang yang berdoa. Firman Allah,

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

(QS. Al Baqarah: 186)

Sebagian sahabat radhiyallahu ‘anhum berkata,

يَا رَسُولَ اللَّهِ رَبُّنَا قَرِيبٌ فَنُنَاجِيهِ ؟ أَوْ بَعِيدٌ فَنُنَادِيهِ ؟ فَأَنْزَلَ اللَّهُ هَذِهِ الْآيَةَ

“Wahai Rasulullah, apakah Rabb kami itu dekat sehingga kami cukup bersuara perlahan ketika berdo’a ataukah Rabb kami itu jauh sehingga kami menyerunya dengan suara kuat?” Lantas Allah Ta’ala menurunkan ayat di atas.

(Majmu’ Al Fatawa, 35/370)

Abul ‘Abbas Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata, “Kedekatan yang dimaksud dalam ayat ini adalah kedekatan Allah pada orang yang berdo’a (kedekatan yang sifatnya khusus).”

(Majmu’ Al Fatawa, 5/247)

Perlu diketahui bahwa kedekatan Allah itu ada dua jenis:

  1. Kedekatan Allah yang umum dengan ilmu-Nya, ini berlaku pada setiap makhluk.
  2. Kedekatan Allah yang khusus pada hamba-Nya dan seorang muslim yang berdo’a pada-Nya, yaitu Allah akan mengijabahi (mengabulkan) do’anya, menolongnya dan memberi taufik padanya.                                                  (Taisir Al Karimir Rahman, hal. 87)

Kedekatan Allah pada orang yang berdo’a adalah kedekatan yang khusus seperti jenis kedua. Allah begitu dekat pada orang yang berdo’a dan yang beribadah pada-Nya. Sebagaimana disebutkan dalam hadis juga bahawa tempat yang paling dekat antara seorang hamba dengan Allah adalah ketika ia sujud.

(Majmu’ Al Fatawa, 15/17)

Siapa saja yang berdo’a pada Allah dengan menghadirkan hati ketika berdo’a, menggunakan do’a yang ma’tsur (dibimbing), menjauhi hal-hal yang dapat menghalangi terkabulnya do’a (seperti memakan makanan yang haram), maka niscaya Allah akan mengijabahi do’anya. Lebih-lebih lagi jika ia melakukan sebab-sebab terkabulnya do’a iaitu, tunduk pada perintah dan larangan Allah dengan perkataan dan perbuatan, dan disertai dengan mengimaninya.

(Taisir Al Karimir Rahman, hal. 87)

Berdasarkan pengetahuan ini seharusnya seseorang tidak meninggalkan berdo’a pada Rabbnya yang tidak mungkin menyia-nyiakan do’a hamba-Nya. Yakinilah bahawa Allah benar-benar begitu dekat dengan orang yang berdo’a, bererti akan mudah mengabulkan do’a setiap hamba. 

Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda,

ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ

Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan  ketahuilah bahawa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai.

(HR. Tirmidzi no. 3479. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Ingatlah hadis dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda,

لَيْسَ شَيْءٌ أَكْرَمَ عَلَى اللَّهِ تَعَالَى مِنَ الدُّعَاءِ

Tidak ada sesuatu yang lebih besar pengaruhnya di sisi Allah Ta’ala selain do’a.”

 (HR. Tirmidzi no. 3370, Ibnu Majah no. 3829, Ahmad 2/362. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini hasan).

Ada beberapa jalan Allah kabulkan do’a. Dari Abu Sa’id, Nabi SAW bersabda,

« ما مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلاَ قَطِيعَةُ رَحِمٍ إِلاَّ أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلاَثٍ إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِى الآخِرَةِ وَإِمَّا أَنُْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا ». قَالُوا إِذاً نُكْثِرُ. قَالَ « اللَّهُ أَكْثَرُ »

Tidaklah seorang muslim memanjatkan do’a pada Allah selama tidak mengandung dosa dan memutuskan silaturahmi (antara kerabat, pen) melainkan Allah akan beri padanya tiga hal: [1] Allah akan segera mengabulkan do’anya, [2] Allah akan menyimpannya baginya di akhirat kelak, dan [3] Allah akan menghindarkan darinya keburukan yang seumpama.” Para sahabat lantas mengatakan, “Kalau begitu kami akan memperbanyak berdo’a.” Nabi SAW lantas berkata, “Allah nanti yang memperbanyak mengabulkan do’a-do’a kalian.

(HR. Ahmad 3/18. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanadnya jayyid)

Dalam sesetengah keadaan kemungkinan Allah menunda mengabulkan do’a. Boleh jadi pula Allah mengganti apa yang dihajati kita dalam do’a dengan sesuatu yang Allah anggap lebih baik. Atau boleh jadi pula Allah akan mengganti dengan pahala di akhirat. Jadi do’a tidaklah sia-sia.

 

http://tinyurl.com/626qv26

Sayang Sarawak adalah kek lapis Sarawak yang terbaru semasa saya ke sana pada 15 April lepas, sehari sebelum pilihanraya negeri itu. Harganya sebiji RM20.00 dan rasanya sangat sedap.

Yumm ...... kek lapis "sayang sarawak"

Sebenarnya ini adalah kali pertama saya kembali ke Sarawak setelah meninggalkannya  lebih kurang 17 tahun yang lalu. Selama 3 tahun  saya dan keluarga tinggal di Kuching kerana mengikuti suami yang dihantar bertugas di sana.

Sebelum balik bertugas ke Semenanjung, kami telah membuat satu perjalanan jauh dengan kereta dari Kucing ke Miri sehingga ke seberang Brunei. Ketika itu jalan yang dilalui masih dalam pembinaan …… kami terpaksa melalui jalan batu kelikir sebahagian besar daripada perjalanan itu.

Apabila saya dan suami bercadang untuk ke Sarawak bersama baru-baru ini, kami telah merancang untuk melakukan “revisit” dengan melalui jalan yang sama. Kami telah menyewa sebuah kereta wira selama 4 hari dan mengulangi perjalanan yang kami ambil 17 tahun dulu. Namun disebabkan kesuntukan masa, kami hanya  sampai ke Bintulu. Keadaan jalanrayanya kini jauh lebih baik daripada  dulu.

Langkah Bermula

Kami tiba di bandaraya Kuching   tengahari Jumaat, di mana besoknya orang-orang Sarawak akan sibuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Suami saya mengajar di Politeknik Kuching pada hari Sabtu dan pagi Ahad. Oleh kerana itu kami hanya memulakan  ekspedisi ke Bintulu pada petang Ahad. Ketika di sini kami bermalam di The Lime Tree hotel. Walaupun hotel ini kecil tetapi makanannya sedap dan WIFI percuma. Hotel ini agak jauh sedikit daripada Kuching waterfront ….. yang dekat dengan harga yang berpatutan, semuanya fully booked disebabkan pilhanraya itu.

Dari Kuching kami terus ke bandar Sri Aman dan tiba di sana lewat petang. Kami membeli nasi goreng bungkus untuk dimakan dalam perjalanan seterusnya iaitu ke Sarikei. Kami sampai ke sini lebih kurang pukul 9 malam. Kami bermalam di Hotel 808, sebuah hotel murah tetapi ada WIFI  percuma. Sarikei adalah tempat di mana nenas Sarawak banyak didapati. Tanda mercu bandar ini melambangkannya, iaitu buah nenas.

Lihat nenas Sarawak gergasi

Bintulu

Pagi Isnin selepas sarapan kami meneruskan perjalanan ke Bintulu. Kami lalu bandar Sibu tetapi tidak menyinggah kerana tidak tahu mana hendak dituju. Sibu adalah bandar kedua tebesar di Sarawak. Kami tersesat juga ketika mencari jalan keluar. Dalam perjalanan seterusnya kami berhenti di sebuah pekan kecil yang bernama  Selangau untuk makan tengahari, Akhirnya kami tiba di Bintulu pada petang Isnin dan check-in di  Riverview Inn. Hotel ini mengadap ke Sungai Kemena yang  menjadi terminal bot expres , feri dan lain-lain pengangkutan air. Di sini juga disediakan talian WIFI percuma.

Salah satu servis pengangkutan yang menggunakan sungai di Bintulu

Pada sebelah malam kami dijemput makan malam oleh seorang kenalan lama suami ke rumahnya. Kebetulan kawannya itu adalah juga salah seorang calon dalam pilihanraya yang baru lepas ……. jadi dalam pertemuan itu banyak bercerita pasal politik.

Pada keesokan harinya (selasa pagi) kami mencuba menaiki salah sebuah Bot Penambang ke seberang sungai iaitu ke Kampong Jepak. Kampong ini jikalau melalui jalan darat agak jauh, lebih kurang 22 km daripada bandar Bintulu, tetapi melalui sungai hanya 5 min sahaja. Tambangnya hanya 50 sen sahaja. Tiada apa yang istimewa di kampong ini kerana pihak kerajaan tidak menjadikannya sebagai tempat tarikan pelancong. Ia hanyalah sebuah kampong nelayan yang menghasilkan produk laut seperti belacan, cencaluk, budu, udang gergau kering yang cantik dan ikan kering, dengan  menggunakan kaedah tradisional. Hasil produknya dijual di Pasar Tamu di bandar Bintulu.

Kampong Jepak ..... dari Sungai Kemena

udang gergau yang sedang dikeringkan ...... sedap dimakan bersama sambal belacan

Jalan-jalan makan angin di Kg Jepak

Hasil utama Sarawak ....... balak diangkut ke kilang melalui jalan air

Sebelum meninggalkan Bintulu kami ada membeli beberapa barangan kraftangan dan juga baju, selain daripada produk laut. Setelah membuat perbandingan harga dengan yang di Kuching, kami dapati barangan kraftangan di sini lebih murah tetapi kain dan pakaian lebih mahal. Mungkin peniaga mendapat stok  terus dari pengeluar  hasil tangan.

Belacan Bintulu  pula memang terkenal tetapi agak mahal. Di pasar tamunya saya ada membeli seketul kecil (berat 200g) dengan harga RM10. Kalau beli yang 500g dapatlah RM20 ….. jadinya sekilo RM40. Belacan yang saya beli itu diusahakan di Kg Assyakirin Fasa 1. Kampong ini berdekatan dengan Masjid Assyakirin agaknya. Sebelum kami meneruskan perjalanan pulang pada petang itu, kami sempat menziarahi masjid ini.

Masjid Assyakirin Bintulu

Perjalanan Pulang

Kami mulakan perjalanan pulang ke Kuching pada petang selasa selepas makan tengahari. Sebelum meninggalkan Bintulu kami sama-sama mengeluh dengan berkata, “Kesian orang Bintulu ……… terlalu sedikit perkembangan yang berlaku dibandingkan dengan bandar Sibu dan Kuching, yang membangun begitu pesat.”

Hasil buminya lumayan …….minyak banyak, balak pun banyak. Ketika berhenti untuk solat Zohor-Asar di sebuah perhentian seperti R&R, kami terserempak dengan beberapa buah lori,  sarat dengan muatan balak yang juga berhenti rehat di situ.

Balak......hasil kekayaan Sarawak ........ kali ini diangkut melalui jalan darat.

Dari Bintulu kami terus menuju ke bandar Sri Aman untuk bermalam di sana sebelum menyambung perjalanan ke Kuching pada keesokan paginya.  Kami bermalam di Good View Inn. Di sini juga ada disediakan WIFI percuma walaupun ianya dikategorikan sebagai budget hotel. Keadaan ini amat berbeza dengan hotel-hotel di KL di mana jarang sekali ada disediakan talian WIFI percuma walaupun  hotel yang besar-besar dan mahal!

Di sepanjang perjalanan ke Sri Aman kami menemui begitu banyak Rumah Panjang. Ada yang sudah hampir roboh, ada yang masih dalam pembinaan dan ada yang nampak baru.

Salah satu Rumah Panjang yang banyak terdapat di sepanjang jalan

Sungai Batang Lupar - bahagiannya yg terlebar terletak di Sri Aman ..... kelihatan berkabus di waktu pagi

2 ekor burung merpati menjadi landmark Bandar Sri Aman .......foto diambiil ketika kereta sedang bergerak

Sebelum kami sampai ke Kuching kami singgah di bandar Serian. Kalau dahulu kami selalu ke Serian untuk membeli tikar rotan Sarawak kerana di sana lebih murah dari di Kuching. Pekan Serian hanyalah 45 minit dpd bandar Kuching. Namun kini ketika putar-putar mengelilngi pekan itu tidak pula kelihatan sebarang tikar.

Gambar kenangan menyinggah di Serian

Kuching

Flight balik  pada petang Rabu. Jadi sebelum pulang ke semenanjung kami sempat membeli belah di sepanjang Jalan Main Bazaar – Jalan Gambir, Kuching. Apakah yang dibawa pulang? …….macam-macam ….dari batu mata kucing, kraftangan, makanan, pakaian, hingga ke gambir Sarawak yang terkenal tuh!

Begitu banyak sekali perubahan yang berlaku di Kuching. Saya yang sangat lemah dalam bab “orienteering” ini, tidak dapat mengenali mana-mana jua landmark yang “familiar”. Selepas membeli belah kami pun pusing-pusinglah sekejap di bandar Kuching dan juga di kawasan tempat tinggal lama, Petrajaya di Kuching Utara. Kami juga ke Kampong Gersik yang terletak di seberang sungai. Kalau naik bot penambang hanya mengambil masa 5 minit untuk sampai tetapi dengan berkereta , lebih kurang 15 minit baru sampai. Kami ke sana untuk membeli kek lapis sarawak yang dibuat di situ.

Bot Penambang di Kuching waterfront ....... masih dalam perancangan ketika kami tinggalkan Kuching 17 tahun lepas

Favourite spot ....... pelancong bergilir-gilir bergambar di sini

Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) ...... menarik dan unik design bangunan ini

nostalgia ..... mengimbau balik kehidupan kami di sini selama 3 tahun .... jln Perupok tempat tinggal kami ..... SK Gita sekolah anak

Sebelum kami ke lapangan terbang pada petang itu, kami sempat menziarahi sorang sahabat lama yang tinggal di Bintulu tetapi kebetulan pada ketika itu beliau menziarahi ibunya yang sakit di Kuching. Rumah ibunya di Taman Sejoli, tidak jauh dari SK Gita. Kami lalu dihadapan sekolah ini tetapi suasananya amat berbeza dari zaman sekolah anak saya.

Begitulah berakhirnya percutian kami di Sarawak. Masih banyak lagi tempat yang belum kami sampai. Walaubagaimanapun lawatan ini mengembalikan nostalgia kehidupan di sana selama 3 tahun.

Sebenarnya kami suka mengembara. Selepas ini kami bercita-cita untuk berkereta merentasi 3 negeri pula ……. Sabah, Berunai, Sarawak. Bila ada kesempatan, insyAllah kami akan cuba laksanakannya.

Next Page »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 209 other followers